Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, December 30, 2011

Tentang mutiara.

Assalamualaikum.

Kali ni, tergerak akak nak bercerita tentang mutiara atau " pearls" yang menjadi impian ramai orang,
( bukan pasal mutiara kata, atau mutiara hadis tau!) Tapi mutiara hiasan tu.., terutamanya kaum hawa lah yang minat..siapa yang tak geram melihat kilauan dan kecantikannnya.samada dibuat rantai leher, gelang, subang dan jam pun cantik...

  Baru-baru ni, ketika melawat Beijing, akak berpeluang singgah ke sebuah kilang pearls ni..tu yang membuat akak semakin minat dan ingin mengetahui lebih lagi tentang tiram dan mutiara ni.

So, Akak pun dah google lah sikit dan dapat lah serba sikit info pasal mutiara ni yang nak akak kongsikan kat blog akak ni.

Sebelum tu, cuba tengok gambar yang sempat akak ambil semasa lawatan akak baru-baru ni. Sebenarnya ikut kan memang nak ambil gambar lagi, tapi kat dinding kilang tu dah terpampang.." No photo!"
so, tak berani lah nak lebih-lebih..ini pun, akak buat muka selamba je ambil gambar orang tu..huhu. Sibuk anak-anak menegur..mana boleh ambik gambar lah Umi..huhu.

Puteri-puteri ku sedang asyik memilih aksesori untuk diri sendiri dan ole-ole untuk dibawa pulang sebagai kenangan. ( beli yang murah-murah je..:) )

Pekerja sedang mengeluarkan mutiara dari tiram . ( ini ada lah tiram air tawar yang masih " baby" sebenarnya)

Tak de sorang pun yang dapat meneka dengan betul..rupanya terdapat begitu banyak sekali mutiara didalam satu tiram ni..huhu

Ayah begitu asyik mendengar penerangan tentang mutaiara.hehe.




rujukan:
www.dkp.go.id wwww.pearl-guide.com www.mutiara-mutiara.blogspot.com dan www.blog.lautku.com


Mutiara banyak rupa bentuk maupun jenisnya. Samada mutiara tiruan/imitasi atau mutiara alami. Selain mutiara asli, ada juga mutiara sintetis, Selain warna dan bentuknya beragam lapisan luarnya juga cantik dan menyerupai mutiara aslinya.

Mutiara imitasi merupakan mutiara buatan manusia yang dibuat dari plastik, kaca, resin, keramik atau kulit kerang.  Teknik pelapisan mutiara imitasi berbagai jenis walau ianya bagus dan menarik tetapi bentuk dan kilauannya sudah tentu tidak dapat menandingi yang asli.. 
Tapi para penjual tetap menyebut mutiara (imitasi) huhu..

Pelapisan luar mutiara imitasi antaranya:

- Glitter : Permukaan luarnya dilapisi kilauan habuk glitter
- Semi transparent : Lapisan nipis agak tembus pandang
- Tekstur: Permukaan yang tidak rata terdapat kerutan yang menyerupai kulit jeruk,
- Matte : Permukaan agak kusam
- Metalic : Memberi efek menyerupai metal
- Glossy : berkilat


Mutiara Asli Alami dan Mutiara Budidaya

Untuk mutiara asli juga di bagi dua iaitu, mutiara air laut (alami) dan mutiara air tawar(budi daya). 
 
Mutiara air laut sudah agak jarang ditemukan kerana itu lah  harganya  sangat mahal.

Kategori mutiara berdasarkan bentuknya, antaranya:

Round (bulat)
Drop (tetesan)
Coin/button (kancing)
Oval
Semi-round (semi bulat)
Circle/ring (lingkaran)
Baroque (tidak beraturan)
Stick (panjang)
Potato













Kerang penghasil mutiara

Umumnya berasal dari famili Pteriidae. Yang dikenal antaranya:

- Pinctada maxima (kerang mutiara bibir emas atau bibir perak) Penghasil mutiara Queen Of Pearls yang terdapat di Australia, Indonesia, myanmar, Vietnam dan Filiphina

- Pinctada margaritifera (kerang mutiara bibir hitam) Hasil dari mutiara yang paling dikenal ialah mutiara Tahiti/mutiara hitam,






- Pinctada Fucata Martensii (Penghasil mutiara klasik jepang Akoya)

- Pteria penguin merupakan kerang yang tidak dapat menghasilkan mutiara yang utuh, mutiara yang dihasilkan yaitu Mutiara Blister (hanya memiliki satu sisi yang dilapisi mutiara) dan untuk membentuk Mutiara Mabe (mutiara yang dilekatkan pada mother of pearl/lapian dalam kerang)

- The winged-pearl oyster/Koji Wada (kerang mutiara bersayap) merupakan penghasil mutiara oriental yang berasal dari Teluk Persia, Laut Merah dan Sri Lanka




 
 
 
Bagaimana membezakan mutiara sintetis dengan mutiara asli?

1.Gigit mutiara tersebut, jika terasa licin dan kadang terkelupas lapisan luarnya berarti itu mutiara sintetis. Jika mutiara asli apabila digigit akan terasa berpasir kadang terasa ngilu dan permukaanya masih tetap mulus.

2.Sebahagian jenis mutiara sintetis semakin lama permukaan luarnya akan mengelupas.

3.Pada bahagian lubang mutiara sintetis, terdapat bahagian yang tidak tertutup lapisan pewarna atau ada juga lapisan luarnya yang terkelupas

4.Gesek pada permukaan kasar dan keras mutiara tersebut, mutiara sintetis permukaan luarnya akan memudar atau mengelupas

5.Cara terakhir, bakar mutiara tersebut. Jika terbakar, mutiara asli tidak akan meleleh bagian dalamnya maupun lapisan luarnya. (ingat!! Ini cara terakhir ya)


Panduan untuk membeli mutiara budidaya:

Warna : Tentukan dulu warna yang akan dipilih, Sekarang terdapat berbagai macam warna dipasaran, dari warna-warna alami putih, cream, pastel dan hitam hingga ditambah warna buatan seperti ungu, biru, hijau dan lainnya. Akan lebih baik memilih warna putih atau cream, yang memberi kesan klasik dan sesuai dipasangkan dengan segala warna baju.

Berat: Mutiara budidaya tidak dapat ditentukan dari beratnya, karena mutiara tersebut adalah hasil dari pemasukan pelbagai bahan.

Kilapan: Mutiara yang bercahaya dan berkilau mempunyai lapisan nacre* yang tebal, bermutu tinggi dan tahan lama.

Permukaan: Mutiara yang bermutu tinggi permukaannya halus tanpa cacat dan tertutup nacre*

Ukuran: Semakin besar, semakin mahal harganya

Bentuk: Mutiara berbentuk bulat mulus paling baik dan mahal daripada bentuk baroque, titis air dan lainnya.

*Nacre: zat kapur dengan unsur dasar karbon yang jernih yang dikeluarkan oleh suatu kerang-kerangan sebagai alat mempertahankan diri dalam melawan zat asing (pengganggu) yang masuk ke dalam badannya.

Cara penjagaan:

-Sebolehnya hindari  dari sabun, pewangi, kosmetik dan produk kimia lainnya. Jika terkena segera bilas  dengan air bersih dan keringkan segera.

- Cukup dengan cara di lap kain lembut (khusus seperti untuk cerminmata) sebelum disimpan kembali setelah dipakai

- Jangan campurkan dengan aksesoris lain.

- Untuk tahan lebih lama, jika dirangkai dengan tali, ganti talinya 2-3 tahun sekali, untuk menghindari debu dan kotoran.
 
Sekian dulu perkongsian kali ini. Moga sedikit sebanyak akan menambah ilmu anda berkaitan mutiara.

Jumaat terakhir

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang mulia buat semua.

Hari ni merupakan Jumaat yang terakhir bagi  tahun 2011.

Selamat tinggal 2011..

Selamat datang 2012.. 

Sekadar renungan hari ini..
Al-Hadiid:1-6
[1]Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [2]Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu...
Sesungguhnya beruntunglah bagi mereka yang mahu berfikir dan tahu bersyukur kepadanya.. 

Thursday, December 29, 2011

"LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA"

Assalamualaikum.
 "LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA" 

Sebenarnya agak jarang Akak menyertai apa-apa segmen memandangkan masa yang amat mencemburui, namun bukan bermakna Akak tak menyokong kawan-kawan. 

Kebetulan sekarang Akak tengah cuti, jadi ada masa lebih sikit, selain Lulu ni sebenarnya seorang blogger yang baik hatinya, bukan Akak bertujuan nak ' bodek ' ke apa..tapi dari hati akak cakap, dari mula Akak terjun kedunia blog lagi, Lulu antara hanya beberapa orang lain lagi yang selalu singgah ke blog Akak dan memberi semangat kepada Akak untuk terus menulis walaupun pernah ada waktunya Akak rasa macam dah malas nak meneruskan..tapi dengan kata-kata peransang dari rakan blogger seperti Lulu yang membuat Akak terus kekal bersemangat untuk terus berblog.

Akak akan sangat berbesar hati kalau Lulu sudi mereview blog Akak yang tak seberapa ini jika dibandingkan dengan ribuan blog lain diluar sana yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Pada Akak dengan cara " review" yang betul Insyaallah akan memajukan diri Akak dalam dunia blog ni, sebab hanya orang lain yang dapat memberitahu kita apa dan dimana silap atau kekurangan yang perlu kita perbaiki. Lagi pun Akak sebagai mewakili 
" golongan umur pertengahan" sebab kebanyakan yang Akak perhatikan sekarang begitu banyak sekali blog dari remaja -remaja diluar sana yang memang lah ramai follower mereka, kadang sampai mencecah ribuan dah..

Bagi akak dengan berblog, minda kita akan lebih terbuka kerana   dapat berkongsi berbagai kisah, ilmu dan pengalaman hidup yang berguna.. dan yang paling Akak suka lagi, kita mendapat ramai kawan, yang walau pun tak pernah bersua muka, namun terasa begitu dekat sekali dihati..korang rasa macam tu tak?

Akhirnya, sori lah kalau akak terover pulak ye..samada terpilih atau tak untuk direview oleh LULU CALDINA, ( kalau terpilih, lagi lah best! ) namun Akak rasa seronok dapat turut sama memeriahkan segmen Lulu ni dan dapat jumpa geng-geng blogger yang lain.Terimakasih 

Selamat maju jaya buat semua.

Spontaneous Thursday- Nak tempah baju

Assalamualaikum.

Bangun pagi ni, teringat pada China silk yangAkak beli baru ni..
Ingat nak pergi tempah lah hari ni..kat Kak Bedah yang merupakan tukang jahit dan kawan baik Akak juga.

Dah bertahun Akak hantar baju kat dia..memang serasi betul..sedap memakainya.

Akak buat baju kurung biasa je, sebab memang minat baju kurung biasa,lagi pun senang nak sesuaikan untuk kemana-mana, pergi mengajar pun boleh pakai..:)


Pengajaran buat pemuda punk di Banda Aceh

Assalamualaikum

Elok juga mereka dihukum rendam dalam sungai macam ni..sebagai pengajaran dan memberi kesedaran buat mereka.Dan yang paling mereka sayang iaitu rambut mereka yang dibangga kan selama ini pun turut dibotakkan.

 



DENGAN mengenakan pakaian seragam polis, 65 pemuda punk itu berjalan dalam tiga barisan lurus. Mereka bergerak menuju ke dataran Kompleks Sekolah Polisi Negara (SPN) Seulawah di Aceh Besar, Sumatera, Indonesia.

Melangkah penuh disiplin, mereka kemudian duduk bagi mengikuti sesi kaunseling membina jati diri yang dikelolakan oleh Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU).
Di situ, mereka tidak dilayan sebagai pesalah sebaliknya digelar pelatih memandangkan mereka dikehendaki mengikuti sebuah modul pemulihan akhlak dan jati diri dalam tempoh tertentu.
Pada sesi itu, beberapa remaja kelihatan menundukkan kepala sambil mengesat air mata. Selama 10 hari mengikuti kem motivasi diri itu, mereka diajar menguruskan kehidupan dengan lebih baik yang semestinya berteraskan agama Islam.

Sama ada terpaksa atau atas kerelaan sendiri, rata-rata komuniti punk Aceh itu mengaku menyesal atas kealpaan mereka selama ini.

Pada 10 Disember lalu, 65 remaja dan belia punk itu ditahan ketika mereka menghadiri konsert punk di Banda Aceh.
Golongan punk umumnya tidak diterima oleh masyarakat Aceh.
Malah, lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang di wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah itu apatah lagi membuat rambut tercacak.
Rantai anjing
Semasa ditahan, kesemua mereka didapati memiliki elemen budaya liar punk. Kebanyakan mereka mempunyai tatu di badan, bertindik, memakai gelang anjing, berbaju compang-camping, berseluar ketat dan berambut trojan.
Budaya sebegitu sememangnya tiada toleransi di Banda Aceh. Sejurus ditahan, mereka dikurung di dalam sebuah lokap. Pakaian, subang tindik dan rantai anjing mereka dibuang.
Selepas itu, kepala lelaki punk itu dicukur sehingga botak, manakala rambut perempuan dipotong pendek seperti polis wanita.
Pelatih lelaki juga diarahkan mandi beramai-ramai di dalam sungai.
Daripada 65 orang yang ditahan, 30 daripadanya berasal dari Aceh manakala selebihnya datang dari wilayah lain di Indonesia seperti Lampung, Palembang, Jambi, Batam, Riau, Sumatera Barat, Jakarta, Bali dan Jawa Barat.
Seorang remaja punk yang dikenali sebagai Riyan berkata, latihan membina jiwa yang dijalaninya di SPN sangat berguna.
"Banyak perkara yang diajar kepada kami terutamanya mengenai disiplin dan peranan kami sebagai anggota masyarakat.

PEMUDA punk yang telah dibotakkan kepala direndam di sebatang sungai di Banda Aceh bagi membersihkan diri mereka.


"Secara peribadi, kini saya merasakan saya mampu untuk mengatur hidup dengan lebih baik.
"Lebih penting lagi, kami dididik untuk mendirikan solat lima waktu," katanya kepada portal berita tempatan.
Pendapat Riyan itu disokong rakannya, M. Fauzi.
"Selain disiplin, kami didedahkan dengan latihan fizikal untuk menjaga kecergasan tubuh.
"Saya juga menghargai usaha kumpulan ulama yang datang ke sini untuk memberi kefahaman akidah kepada kami," katanya.
Selain suapan rohani dan jasmani, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari.
Hasil pemeriksaan mendapati tiga pelatih mempunyai gejala hepatitis dan seorang disahkan positif penyakit itu.
"Jika ada pelatih yang tidak sihat, dia akan dikecualikan daripada mengikuti aktiviti fizikal," kata Fauzi lagi.
Syariah
Seorang pelatih perempuan, dikenali sebagai Sarah, 18, memberitahu, sepanjang berada di kem tersebut, dia menjadi lebih berdisiplin dan mendapat banyak pengetahuan agama.
Dia yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah berkata, pengaruh kawan telah mengheretnya kepada budaya punk.
"Saya sedar saya silap. Selepas keluar dari sini, saya mahu ke sekolah dan berazam menjadi anak yang baik," ujarnya.
Walaupun SPN bertujuan mendidik kumpulan yang telah rosak akhlak, masih ada pihak di Indonesia yang menganggap penahanan itu sebagai satu pencabulan hak asasi manusia.
Bagaimanapun, Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf mempertahankan tindakan tersebut.
"Mereka terbabit dalam gaya hidup yang bertentangan dengan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh.
"Didikan disiplin, akidah dan moral ini merupakan keprihatinan kerajaan tempatan dan bukannya pencabulan hak asasi manusia," jelas Irwandi.
Menurut beliau, lebih 700 pengikut punk tinggal di Aceh. Mereka biasanya makan dan tidur di tepi jalan atau di tempat letak kenderaan.

RIAK sedih remaja punk apabila rambutnya dipotong pendek oleh pihak berkuasa.


Mereka tidak mempunyai pekerjaan bahkan tidak mendapat pendidikan di sekolah agama mahupun sekolah biasa.
"Walaupun itu hak mereka, kerajaan perlu memikirkan masa depan mereka.
"Bolehkah mereka sekadar menjadi punk ketika muda? Bagaimana jika mereka gagal mendapat pekerjaan? Apa akan jadi pada mereka pada masa akan datang?" tanya Irwandi.
Selepas tempoh latihan di SPN tamat, pihak berkuasa akan membantu pelatih terbabit mencari pekerjaan yang sesuai. Mereka juga diberi biasiswa bagi meneruskan persekolahan.
Wajar

"Kami menahan mereka bukan disebabkan cara mereka berpakaian. Islam tidak melarang umatnya berpakaian seperti kumpulan punk.

"Ramai juga yang mengaitkan penahanan ini dengan undang-undang syariah di Aceh tetapi ia sebenarnya tiada kaitan langsung," kata Irwandi.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Malah, mahkamah syariah Aceh mempunyai bidang kuasa yang berbeza berbanding mahkamah syariah yang terdapat di wilayah lain.

"Perundangan syariah memang wajar dilaksanakan bukan sahaja di Aceh tetapi di seluruh Indonesia kerana 95 peratus penduduknya beragama Islam.

"Bahkan, Indonesia adalah negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia," kata Ketua Komuniti Masyarakat Aceh Malaysia, Mansur Usman.
Mansur yang sudah 28 tahun berhijrah ke Malaysia menyifatkan penahanan komuniti punk baru-baru ini sebagai wajar.

"Punk adalah budaya liar yang mengancam sosiobudaya masyarakat Aceh. Sebelum pengaruhnya terus menular, ia perlu disekat.
"Sekurang-kurangnya kehidupan mereka masih boleh dibetulkan dan menjadi pengajaran kepada orang lain," ujarnya ketika ditemui di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PEMUDA bertatu dididik supaya mendirikan solat secara teratur.


Bukan untuk menzalimi, katanya lagi, undang-undang syariah dianggap pelengkap ke arah kesempurnaan Islam.

Menurut peniaga makanan, Fida, 38, masyarakat Aceh menerima baik pelaksanaan undang-undang tersebut.
"Sebelum ini, gadis bebas memakai pakaian ketat dan tidak bertudung, begitu juga pergaulan lelaki dan perempuan. Namun, sekarang keadaan berubah.

"Mereka patuh kepada undang-undang kerana enggan dimalukan di khalayak umum," katanya yang pulang ke Aceh setahun sekali.
 
Agaknya kat Malaysia boleh tak buat macam ni ye..?



  

Wednesday, December 28, 2011

Di ambang 2012






Assalamualaikum.

Dalam tak sedar, rupanya cuma tinggal beberapa hari je lagi kita akan melangkah ketahun baru 2012.
Masuk tahun baru, bermakna makin meningkat umur kita,makin bertambah kematangan atau pengalaman kita. Tanggungjawab kita pun tentu semakin banyak pula.. Syukur Alhamdulillah, kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah dimuka buminya ini. Banyak perjuangan yang belum selesai lagi..

Tahun depan, cuma tinggal seorang anak Ariana yang bersekolah, Eisya , dah darjah enam pun.Maknanya tahun ni merupakan tahun penting bagi Eisya kerana akan menempuh peperiksaan penting UPSR, sebelum menjejak ke alam menengah tahun depan ( 2013 ).Umi rasa macam baru je menghantar Eisya ke kelas darjah satu nya..sedar tak sedar dah habis sekolah rendah dah, tanpa apa-apa masalah sangat sebab Eisya memang anak bungsu yang baik, walau pun kadang-kadang kemanjaanya menjadi " kecemburuan" kakak-kakaknya Yaya n Tiha. Ariana dah lalui semuanya bila ketiga-tiga anak ariana bersekolah..macam-macam nak dibeli dan begitu sibuk terutama pada hari pendaftaran mereka..so, ariana faham sangat bagamana keadaannya kawan-kawan atau adik-adik rakan blogger di luar sana yang anak-anak mereka masih kecil atau ramai yang masih di alam persekolahan tu..:)

Bagi dua orang lagi anak dara Ariana tu..Yaya yang baru je habis diplomanya, Insyaallah..akan memulakan kerjanya ( sementara menunggu untuk sambung belajar keperingkat ijazah), tak jauh pun cuma dipejabat Abahnya di Zahari Architect je. Walaupun, di pejabat Ayah sendiri, tetapi bukan bermakna Yaya boleh sesuka hatinya masuk kerja dan apatahlagi sambil lewa dalam bekerja..sebab Abahnya dah pesan awal-awal..apabila kita dipertanggung jawabkan membuat sesuatu pekerjaan itu, haruslah dengan penuh rasa tanggung jawab dan bersungguh-sungguh, baru lah kita akan berjaya dalam hidup. Semoga Yaya pegang kata-kata Abahnya dan buktikan..walaupun hanya bekerja untuk Abah dan untuk sementara. Semoga Abah akan bangga dengan anaknya..yang sememangnya diharapkana menjadi pewaris syarikatnya suatu masa nanti, Insyaallah..dan Umi, hanya mendoakan yang terbaik untuk semua anak-anak Umi..

Buat Tiha, puteri kedua Umi pula..yang sedang menunggu keputusan SPM nya,terpulanglah..katanya nak minta kerja juga dan baru tadi dia menelefon ke " Secret Recipe" nak memohon kerja kat situ, kebetulan kawannya Siti Hajar dah pun start kerja kat situ. Elok juga rasanya. sekurang-kurangnya kat situ nanti Tiha dapat belajar sesuatu yang berguna kan, daripada Tiha lepak dirumah, bangun pun bila matahari dah memancar kan. Untung-untung dapat bawak balik " free cake " untuk Umi sesekali..hehe.

Dan buat diriku pula..Seperti biasa lah akan kesekolah, mendidik anak-anak muslim setakat termampu. Insyaallah, pada tahun hadapan tiada perubahan sangat dan Ariana masih lagi memegang kelas tahun 5 yang mana pada tahun ini pelajar akan menghadapi peperiksaan yang penting iaitu UPKK. Ariana berdoa moga akan bertambah-tambah kekuatan dan semangat demi kejayaan anak murid tersayang. Orang kata kerjaya perguruan ni amat penting..dan yang utama sekali adalah keikhlasan dalam mendidik sebab bukan senang untuk memberi ilmu, bukan sahaja ilmu duniawi bahkan ukhrawiyah dan tidak dilupakan adab-adab serta akhlak mereka juga, terutama pada zaman ini, yang memerlukan sangat bimbingan sejak kecil, sebelum terlambat. Dan yang paling utama rasanya adalah minat, Alhamdulillah, sebagai anak seorang guru juga, ariana memang mewarisinya dari arwah Ayahnda Ariana dulu, bagaimana dari kecil lagi Ariana telah dibesarkan dalan suasana " keluarga guru" bahkan kami tinggal pun di perumahan guru, dan sering pula mengikut Arwah kesekolah walaupun belum masuk sekolah lagi..dari situ lah agaknya timbul minat yang mendalam ini. Alhamdulillah.

Nampaknya dah panjang sangat Ariana bercerita ni..Terlebih semangat..almaklum nak menyambut tahun baru..Dalam pada tu, cuba juga merenung sendiri..dah tercapaikah semua azam-azam ku tahun yang lalu..huhu. Anda bagaimana?

Setakat ini dulu buat kali ini. Semoga kita semua akan disinari " Nur " atau cahaya baru dalam kehidupan kita.

Wassalam.

Wordless Wednesday


Tuesday, December 27, 2011

My family trip- Beijing ( Last episode )

Assalamualaikum.

Dah dua entri sebelum ni , Ariana bercerita pasal Beijing. Kali ni nampaknya yang terakhir lah.

Kali ni lebih kepada " Cerita bergambar "
Harap korang sudi menatap gambar sambil membaca keterangan berkaitannya ye.

Oh ye, sebelum tu, Ariana ada satu pesan atau maklumat yang nak dikongsi bersama berkaitan Beijing yang telah Ariana lawati baru ni..

1) Sentiasa bawa bersama bekas untuk isi air sewaktu ke tandas, sebab tandas Orang China ni tak de air kat dalam tandasnya ekk..
( faham2 lah hehe )

2) Kalau kita nak beli apa-apa barang, biar lah kita menawar harganya separuh dari harga asal, sebab diorang memang suka letak harga tinggi yang amat, tapi, bila diorang dah bagi harga yang kita nak tu, jangan tak jadi beli tau.., sebab diorang akan amat marah . Mesti beli ..huhu..Ariana dah tempuh insiden , hubby Ariana kena marah, sebab tak jadi beli padahal minta kurang sangat harga..

3) Apabila nak bayar barang, lebih baik bayar wang yang mencukupi, kerana jika kita membayar duit yang besar nilainya, ada diantara mereka (lebih kepada mereka yang menjaja di kawasan terbuka saja ) yang akan memulangkan " fake money " Duit palsu. Pun dah terjadi kepada Hubby dan FIL Ariana semasa membeli barang di Summer Palace. ( Padahal tour guide kami, Betty dah pun mengingat kan sebelum tu..huhu. )

4) Pemandu disini, sangat suka menggunakan hon kereta, tapi sebagai tanda amaran atau memberitahu, bukan macam di Malaysia, biasanya orang akan marah apabila di hon..)

Ok lah..
Ariana rasa itu sajalah info yang dapat Ariana kongsi kan.
Mohon maaf andai ada tersalah silap ye.

Jom layan gambar..


Pertunjukan pentas yang amat mengagumkan

Di pentas pun mereka boleh buat banjir seolah-olah betul2 banjir. Hebat!

Posing sebagai kenangan kat Summer Palace

Kenangan ngan SIL Nor dan Kamariah

Bilik darjah untuk Putera Raja china

Asyik semasa menonton persembahan " Golden Mask"

Ini lah YUEN.

Suasana di Airport

Dalam flight otw back to Malaysia

Besar-besar durian yg di jual di TESCO

Strawberi pun ada..fresh2 semuanya. Best!

Cik Abang ketika di kedai ubat tradisional Sedang merendam kaki utk nyah toksin

Tabib yang berasal dari Indonesia sedang menerangkan berkaitan penyakit dan ubat-ubatan.

Cuba teka berapa banyak mutiara didalam tiram ni?

Tersangat lah banyak nya mutiara dalam tiram yang masih " baby" ni..

Ayah ( FIL) sedang asyik mendengar penerangan tentan mutiara dan tiram.

Sedang memilih gelang dan rantai mutiara.

Apalah yang dibincang anak beranak ni..?

Good Bye Beijing!

Persinggahan terakhir di pasar Tienjin sebelum keairport utk pulang ke Malaysia.

Lapangan terbang antarabangsa Tienjin, China

Pose yang terakhir di China.

Periksa semua barang dan passport sebelum pulang

Tiket ku..Rinduu Malaysia..


Sekian dulu..Wassalam.

Friday, December 23, 2011

Kaulah Maha segala-galanya.

Assalamualaikum.

Subhanallah. 
Maha suci Allah. 
Maha agung yang mencipta langit, bulan , matahari, gunung ganang, lautan luas, makhluk dan seisi alam ini. 

Sesungguh nya engkaulah maha atas segala-galanya.

Terharu dan kagum hambamu ini..
Pabila melihat keindahan ciptaanmu..
Bersyukur hambamu diberi peluang mengecapi sejuta nikmat anugerah dari mu..

Sesungguhnya..Engkaulah maha segala-galanya, Ya Allah. 











T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink