Assalamualaikum.
Mata merupakan pancaindera yang amat penting bagi kita..Syukur pada Allah dengan pemberian nikmat penglihatan yang baik buat kita..Namun..tak semua bernasib baik..ramai diantara kita diluar sana yang mengalami masalah penglihatan.kadangkala faktor umur menyebabkan mata kita semakin hari semakin kabur, kurang jelas untuk melihat..Ini menimbulkan rasa kurang selesa malah menganggu urusan kerja kita seharian juga..
Dalam usia yang dah memasuki empat puluhan.., Incik suami akak selalu je mengeluh sejak kebelakangan ni..sebab matanya yang kurang nampak tu..
Akak dah suruh dia jumpa optometris..buat cermin mata tapi dia tak mau..leceh katanya pakai cermin mata ni..huhu..dah tu nak buat macamana?? Tak dapat lah nk nolongnya..hihi
Rupanya Incik suami akak ada dengar pasal rawatan mata lasik ni..akak pun ada dengar tapi tak terfikir pulak nak buat rawatan tu..macamana caranya dan berapa kos nya pun tak tahu..mesti mahal agaknya, tapi suami akak kata..mata kan penting..duit boleh dicari..lagipun, habiskan duit beli benda2 lain tu boleh pulak katanya..bertekad sungguh nampaknya dia nak buat pembedahan lasik ni..so, ok lah kalau betul-betul nak, biarlah akak tolong cari kan info berkaitan lasik ni..
Kalau yang lain pun nak tumpang baca, silakan ye..
Info ini akak dapat dari
sini
Dan yang paling melegakan..pembedahan ni tak sakit seperti yanga akak bayangkan....hihi
Pembedahan Teknologi Lasik – Selamat Tinggal Rabun
Sungguh merimaskan, setiap kali
bangun pagi terpaksa meraba-raba mencari cermin mata yang diletakkan
entah di mana sebelum boleh menekan butan telefon bimbit untuk mematikan
jam loceng.
Bayangkan setiap hari anda melakukan
perkara yang sama tanpa gagal, sudah bertahun-tahun anda mengalami
masalah rabun dan setiap tahu cermin mata terpaksa diganti dengan kanta
yang semakin tebal.
Tanpa cermin mata anda tidak boleh
berbuat apa-apa, untuk menekan butang telefon bimbit pun mengalami
masalah besar apatah lagi untuk membaca atau menulis yang menjadi
aktiviti penting dalam kehidupan setiap orang.
Ya… aktiviti anda sangat terbatas tanpan cermin mata!
Jika anda mengalami rabun jauh,
pergerakan menjadi sangat terbatas, pandangan terhadap objek di hadapan
hanya samar-samar yang sudah tentu sangat membahayakan jika anda ingin
memandu kerta atau menunggang motorsikal.
Tapi bayangkan dalam kerimasan terpaksa
menggunakan cermin mata atau kanta lekap selama puluhan tahun tiba-tiba
anda boleh melihat seperti biasa macam orang lain tanpa sedikit pun
memerlukan bantuan cermin mata.
Tentunya sukar untuk dipercayai bukan?
Tentu sekali golongan yang mempunyai
masalah mata rabun berangan-angan untuk memiliki penglihatan yang jelas
tanpa perlu memakai cermin mata atau kanta lekap. Adakah ianya mustahil?
Perunding Pakar Bedah Mata, Ketua Pusat
Mata dan Lasik, Pusat Perubatan Prince Court (Prince Court), Prof Dr
Muhaya Mohamad berkata, telah membuktikan angan-angan itu bukanlah
tinggal angan-angan. Tetapi pembedahan dengan menggunakan sebuah mesen
canggih dengan menggunakan teknik yang dipanggil Lasik telah berjaya memberikan kegembiraan kepada ramai pesakit yang mendapat rawatan dari pusat rawatan tersebut.
Malahan masalah mata silau juga dapat di atasi dengan baik, pembedahan Lasik adalah sangat selamat dan tidak menggunakan pisau dan semsetinya langsung tidak merasa sakit.
“Kami tidak menggunakan pisau dalam
prosedur ini, sebaliknya penggunaan laser sepenuhnya. Kaedah terbaru ini
membolehkan mereka yang rabun pulih kekal.
“Kami melakukan lebih 2,000 rawatan mata
sejak September 2008 dan daripada jumlah itu cuma enam pesakit perlu
membuat sekali lagi rawatan.
“Masalah ini berlaku kerana pesakit
tercalar matanya selepas prosedur, sama ada menyentuh atau melukakan
matanya. Ia juga boleh berlaku jika ketika prosedur, laser berkenaan
tidak kena tepat pada mata pesakit, sebaliknya tersasar,” katanya.
Dr Muhaya berkata, tahap rabun paling
tinggi pesakit yang pernah menjalani kaedah ini di Prince Court ialah
1,400 manakala paling silau, 525. Pesakit paling muda ialah 18 tahun
manakala pesakit paling tua 67 tahun.
Walau bagaimanapun wanita hamil dan
menyusikan anak tidak secuai menjalani kaedah rawatan ini kerana
perubahan hormon yang kengakibatkan ketidakstabilan status reflaksi
mata.
“Sebelum prosedur, kita meminta mereka
membaca huruf yang dipaparkan di skrin dan selepas prosedur, sekali lagi
pesakit diminta melakukan perkara sama. Kira-kira 90 peratus pesakit
yang menjalani rawatan lasik mampu membaca tulisan berkenaan.
“Mereka akan berehat di hospital dua jam
selepas prosedur kerana mata mereka akan berair. Sesuatu yang
menggembirakan ialah, selepas beberapa jam menjalani lasik, ada pesakit
boleh meneruskan kegiatan harian seperti menghadiri mesyuarat,
menunaikan solat Jumaat atau bertugas di luar daerah. Selepas rawatan,
kebanyakan pesakit juga boleh bekerja keesokan hari,” katanya.
Untuk menjalani rawatan
Lasik,
seorang pengguna kanta lekap dikehendaki menghentikan penggunaan alat
tersebut sebelum ujian Lasik dijalankan untuk memastikan bentu kornea
tidak berubah.
Pembedahan Lasik hanya mengambil masa
selama 15 hingga 30 minit tetapi sebelu itu perlu menjalani pemeriksaan
selama lebih kurang 2 jam dengan memastikan kesihatan mata melalui 17
langkah yang tertentu.
Antara prosedur penting yang akan
dialami ialah melihat lampu hijau yang berkelip selama 30 saat, dalam
waktu yang sama laser akan dilancarkan bagi menghasilkan ‘flap’ atai
bukaan pada kornea. Sentuhan ada mata oleh doktor sangat minima iaitu
kurang dari 5 minit.
Selepas pembedahan yang tidak
menyakitkan, mata perlu diteteskan dengan cecair yang dipanggil air mata
palsu sebanyak empat kali sehari selama seminggu. Ini bergantung kepada
keada tahap kekeringan mata. Untuk memastikan mata sembuh dengan
sempurna, menggunakan alat solek pada mata hendaklah dielakkan selama 5
hari dan aktiviti berenang tidak boleh dilakukan selama 4 minggu.
Setelah mendapat maklumat yang berguna ni, akak terus 'print' pasal pembedahan lasik ni, siap dengan alamat hospital Prince Court dengan map nya sekali..
Address: 39 Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Alamat Poskod: 50450 Kuala Lumpur
Tel: +603 2160 0000,
Fax: +603 2160 0010
Website: http://www.princecourt.com/
GPS Coordinates: N3 08.922 E101 43.323
Prince Court Medical Centre
Insyaallah, nanti Incik suami akan telepon dan buat appoiment lah tu..:)