Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, October 13, 2012

Malay style spaghetti.

Assalamualaikum.

Selamat berhari minggu semua..akak dah macam dalam iklan biskut..( sekarang dah tak de iklan tu..) sekejap ada sekejap tak de..macam tu lah perumpamaannya kehadiran akak dlm dunia blog ni..hihi.
Tak kisahlah...sebab akak pun bukan lah blogger tegar..atau full time gitu..

Saja suka2 jew..tinggalkan serba sikit kisah hidup, kenangan ngan keluarga tersayang..terutama anak2 bila Umi nya dah tiada nnti..ada kisah mereka membesar juga kat blog ni..walau pun sekarang mereka tak begitu kisah atau membaca..manatau bila Umi nya dah tiada nanti baru mereka terkenang dan menncari-cari " Ariana story " ni kot..

Hari ni, hari Sabtu, hari cuti..tapi kami sekeluarga malas nak keluar sebab sangat lah selesa bersantai dirumah.Almaklum lah cuaca kat luar tersangat nyaman macam kat tanah tinggi Cameron pulak..sebelah pagi tadi redup..dah tengahari sikit tu hujan pulak turun..tu yang semua jadi 'pemalas' hari ni..huhu

Dalam malas tu perut pulak terasa lapar..so nak tak nak akak pun ke dapur juga lah..menu ringkas hari ni..
Sarapan..nasi goreng tomyam ( guna rempah nasi goreng tomyam),
Sampai lah ketengahari, pastu dah petang sikit..lapar lagi..
kedapur lagi..tengok ada bahan..
menumis lah akak lagi...

 MALAY STYLES PAGHETTI

Macamana nak buat dia? senang sangat..
Akak main campak2 jew sebenarnya..
lebih kurang macam ni lah..

Bahan:
spaghetti ( boleh guna mee apa pun yg kamu suka)..angle hair ke..
sos spaghetti ( terpulang nk perasa bolognaise atau tradisional) dan jgn lupa perhatikan yg ada tanda Halal Jakim ye..:)
 daging hancur ( grown beef)
sedikit kentang
sedikit karot
sedikit cili giling
sedikit rempah kari
bawang besar
sedikit chesse( kalau suka)
cendawan butang ( kalau suka)

rasanya tu je lah bahan yang akak guna tadi..
Caranya akak rasa tak payah tunjuklah kot..tumis je macam biasa..hihi

SELAMAT MENCUBA YE..



3 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

cuti hujung minggu mmg best kalo lepak2 kat umah

mun said...

saya pon kalo masak..main campak2 je... ikut selera sendiri je nak masak cam mana..hehehehe

Izan Ishak said...

samalh rutin kami kalau hujung minggu kak. lebih suka santai2 kat umah. nak2 skrg ni musim hujankan.

alaaa...dah lama tak makan spageti~

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink