Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, December 11, 2013

Worldless wednesday ~bah

Suasana selepas bah ditempat ku..
Semoga Allah ringankan beban mereka serta kuat kan hatinya.

Saturday, December 7, 2013

Banjir oh banjir..

Akak mohon dari rakan2 blogger diluar sana sama2 lah mendoakan semoga keadaan banjir dipantai timur akan pulih dan ringan kan lah beban mangsa2 banjir tak kira dimana jua mereka berada..
Di kawasan tempat akak tinggal, memang amat menyedihkan kerana begitu ramai mangsa yg terlibat..
Rumah akak pun terkena tempiasnya, namun akak bersyukur kerana air hanya setakat matatangga yg kedua, mungkin kerana kawasan rumah akak yg agak tinggi.syukur kpd Allah.
Dengan keadaan cuaca yg masih tidak menentu, dan hujan masih turun sekejap2 dipantai timur, terutama ditempat akak, daerah Kuantan ini tidak mustahil air akan naik lagi dan berlaku gelombang kedua banjir..
Harap2 ianya tidaklah begitu terok...tlg doakan ye kengkawan yg budiman..

Sunday, December 1, 2013

Visit Kota Bharu

Minggu lepas, akak folo incik suami berseminar di Kota Bharu, Kelantan.Lama nya tak kesini..berbelas tahun dah rasanya, kali terakhir akak pergi waktu menghantar adik akak 'jemput menantu' masa dia kawin, suaminya org KB, sekarang anak sulungnya dah berumur 13 thn sama umur ngan Eisya sibungsu akak...itu yg kali ni bila abg kata ada seminar kat sana akak nak ikut sgt2...hihi
Kami menginap kat hotel Grand river view..sesuai dgn namanya mmg menghadap sungai Kelantan rupanya...
Melangkah je masuk dalam bilik terus mata tertumpu ke jendela hotel..air sungai mengalir deras, dan agak kekuningan..mungkin kerana musim tengkujuh agaknya...
Hotel ni terletak tak jauh dari pusat bandar Kota Bharu dan boleh jalan kaki je pun dari hotel..walaupun ada beca, tapi akak tak sampai hati pulak nak naik bila tgk pakcik2 yg dah agak berumur yg membawanya...huhu
Sebelum incik suami masuk dewan berseminar keesokan harinya, sempat lah kami bersiar dan melawat beberapa tempat yg kiranya wajib dikunjungi di koto baru ni...antaranya tentu lah Pasar Siti Khadijah, sempatlh beli budu, jala mas, asam jawa bergula, dan beberapa jenis makanan tempatan kat situ, nak bawak balik sebagai buah tangan..
Kami sempat juga ke Istana lama, Istana Jahar, Kampung kraft,semuanya terletak berdekatan je antara satu sama lain.
Sebelah ptg ke zon bebas cukai Pengkalan kubur, dan sebelah malam ke pasar malam Wakaf Che Yeh.
Tak beli apa sangat pun, sekadar cuci mata je..
Selama tiga hari dua malam di Kb memang terasa kedamaian disini, dgn makanan yg berbagai jenis dan org2nya pun murah dgn senyuman..
Selamat tinggal negeri Cik Siti Wan Kembang atau negeri Serambi Mekah.Ada rezeki, ingin ke sini lagi..

Jom layan gambar..

Wednesday, November 20, 2013

Yeay..cuti dah..

Cuti sekolah dah bermula..akak pun bercuti panjang lah juga..almaklumlah ustajah..ni lah antara yg bestnya jadi cikgu cikgi ni..hihi
Pada tahun2 yang lepas akak ada juga ambil kelas mengajar dalam cuti selama sebulan, bermakna sikit je lah cuti akak, tapi tahun 2013 ni rasa nak rehat sepenuhnya lah, lagipun nak operasi lah sikit, rumah penuh debu dan sawang dah ni.., huhu
Sabtu pertama tu terus dah ada kenduri kawin sepupu akak Atiqah, di Temerloh. Balik bertiga je ngan isya dan abah dia, ank akak Yaya, tak balik kat U dia, Tiha pulak dah start keje baru seminggu kat Radix fried chicken. ( tiap2 hari bawak balik ayam goreng sekarang..hihi)
Oh ye, esok pulak nak ikut incik suami yg berseminar di  Koto Bharu, Kelate., bestnya...cuti boleh lah ikut..tak kisah lah kena berkurung dalam bilik hotel pun..berdua ngan sibungsu Isya jugak..
Ok lah..setakat ni dulu, takde cerita menarik sgt..
SELAMAT BERCUTI PADA ANAK2, RAKAN GURU DAN SEANGKATAN DGNNYA..
Penuhi lah dgn perkara yg berfaedah..
Layan gambar jap.
Gambar lantai koridor yg akak baru tenyeh, berkilat lah sekejap...dan..gambar kenangan bersama pengantin baru.

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah, esok kita akan berhijrah ke tahun baru hijriah..1435h.
Semoga tahun mendatang hidup kita akan bertambah bahagia serta dirahmati Allah.
Dan...semoga juga kita dapat menambah amal ibadah serta meningkat kan prestasi dalam kehidupan kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini.
Jom baca doa awal tahin dan akhir tahun..

Sunday, November 3, 2013

Penghargaan dari murid

Rupanya tak habis lagi siri mengejutkan ustajahnya...oleh murid2ku...sempena hari jadiku.
Pada hari Jumaat baru ni, sebaik saja aku membuka pintu bilik darjah, berdentum dentam bunyi..terkejutnya aku bkn main, sempat lah juga terlompat-lompat kat depan pintu tu.rupanya ini komplot bersama murid tahun 5 Shafie nak buat surprise bday party kat ustajah dorang ni.memang seprais sungguh, di letupkannya mercun dan belon..sib baik x de sakit jantung..pandai pulak tu menyimpan rahsia sesama dorang..patutlah semalam mcm2 pertanyaan..sampai kegemaran aku pun dorang tanya, aku jawab buku2 agama..3 biji hadiah buku agama aku dapat dorang bagi sebagai hadiah..
Pastu yg best part nya..kek yg sangat cantik, sayang pulak rasa nak potong, tapi dah ambik gambar sebagai kenangan..., ada mee hoon dan kue2 lagi...air botol, malah pinggan dan gelas pun dorang bawak siap2..
Ya Allah, terharunya rasa..tak sangka sanggup bersusah payah demi aku, walaupun sering dorang kena marah, kena leter ngan aku kat dlm kelas...
Yang wat aku tambah kagum, kerjasama dari mak syah dorang..sanggup keluar duit beli kek dan lain2...terimakasih sangat..
Aku tak pernah minta untuk diraikan macam ni, namun, alhamdulillah...syukur..hepi sgt sebab dihargai dan disayangi murid2ku..
Jom tgk gambar..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink