Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, August 31, 2013

Musafir di Sydney (3) Sydney Opera House.

Sambungan kisah musafir ye..
Setelah sampai di apartment di Summer Hill, memang rasa legaa..sebab tempat penginapan kami yg hanya ditempah secara on line dari Msia, rupanya sangat selesa, dan lebih rasa berbaloi, sebab berjaya "save" banyak juga, berbanding menginap di hotel2 ditengah bandaraya Sydney..kini tiba masa nak mencuba menaiki kenderaan awam untuk ketempat2 yang kami nak lawati..kami memilih untuk menaiki train.Sebelum memilih tempat tinggal kami ni, memang dah bertanya pada tuan aparment tu melalui e mail, dan memang dekat dgn stesen train katanya..boleh jalan kaki je, hanya beberapa blok jaraknya.Destinasi kami yang pertama off course SYDNEY OPERA HOUSE berdekatan ngan bridge di Darling Harbour.Tak sah kalau tak ke sini, kalau ke Sydney kata orang..dan kami pun dah berjanji dengan family adik akak untuk berjumpa kat sini.. (mereka menginap dihotel lain).Dan..rupanya rasa sangat gembira yg sukar nak dijelaskan bila bertemu dgn orang yg kita kenal ditempat orang macam ni..:)
Family adik akak, Hazamin yang kebih dahulu merancang untuk kesini dan mempelawa kami untuk turut sama, Alhamdulillah tercapai juga impian..hihi.
Ok lah, jom layan gambar ye..Memang cantik dan menakjubkan sgt pemandangan dari jauh maupun dekat bangunan Sydney Opera House.., berjalan2 disepanjang benteng sambil memberi makan burung merpati dgn tiupan angin sepoi2 bahasa., cewahh..Syukur n Subhanallah.
Kalau nak tahu lebih lanjut berkaitan Sydney Opera House, sila klik sini.

kat dalam train

Friday, August 30, 2013

Musafir di Sydney (2)

Alhamdulillah, akak nak sambung balik kisah percutian akak n family di Sydney baru-baru ni..
Kami selamat sampai di Sydney Airport jam 7 am waktu Australia, kat Malaysia baru pukul 5 am..belum subuh lagi, tolak 2 jam waktu Australia.

Perasaan, happy.. mungkin sebab dah lenguh2 badan sebab 7 jam dalam flight,lagipun memang excited sangat nak memijak bumi Australia ni.. dalam hati tertanya-tanya..sejuk sangat ke, cukup ke baju yang aku pakai ni..dan ada satu perkara lagi yang agak merisaukan kami, sebab kami dah bawa segala macam makanan kat dalam beg kami,  mee segera maggi berbagai jenis,sardin, bubur nasi segera, kopi 3 in 1, milo 3 in 1 malah kami bawa serunding daging dan ayam.. walaupun dah dengar orang cerita macam-macam, susah nak lepas masuklah...tapi kami tawakal je lah..sebab waktu bercuti ke Beijing dulu, alhamdulillah lepas, so kali ni,kiranya main buat2 berani je lah, habis2 pun dia suruh buang kan..Tapi, Alhamdulillah, pegawai kastam tu cuma tanya apa yang kami bawa, hubby cakap bawa instant noodle..dia terus angguk dan bagi arahan suruh jalan..macam tak percaya pun ada, dah memang rezeki anak2..syukur lah.
Kira macam nasib juga lah kan..

Sampai airport Sydney tu terus cari cab untuk bawa kami ke apartment kami.
Tak susah, banyak cab menanti kat luar airport tu, teksi dorang ni pun guna meter sama macam kat Malaysia.Tunjuk alamat, dia terus je bawa kami ke apartment kami yang tak jauh sangat pun dari airport.
Kena dalam 40 dollar untuk 5 orang, sebab dia terpaksa guna kereta mpv, ( disana satu teksi hanya benarkan 4 orang naik, kami kan berlima..huhu)

Apartmentnya memang selesa sangat..serba serbi cukup, dengan dapur dan peralatan memasak, ( terimakasih pada my sil yang beri separuh dari sabun toharahnya untuk aktiviti menyamak..)
Mesin basuh dan dryer pun ada..Akak terus tepek dua2 gambar tempat penginapan kami, satu kat Sydney dan satu lagi kat Gold coast. dua-dua pun selesa, tapi akak lebih suka yang kat Gold Coast sebab tuan rumahnya memang berjiwa kreatif dengan deco yang simple but nice..siap katil besi dan meja tv antik..gambar2 kat wall pun antik. Memang rasa sayang lah nak balik..huhu
Orang-orang dia kat sini pun sangat baik hati, peramah, murah dengan senyuman dan tak lokek mengucap "thank you"..


meter kat dlm cab


bukan main encik abah berehat..kat sofa apartment

Tv n d most important thing..heater.


old building at Summer Hill Town




Cooking dinner- asam pedas salmon


Salmon sedia utk digoreng, buh garam kunyit je,en.abah terbeli brown rice,sabo je lah..huhu

nampak tu, kuah sambal Brahims yg berjaya dibawa masuk dr Malaysia..hihi

Bilik tidur ank2 di Gold Coast dah ni ( 2 mlm di Sydney, 5 mlm di Gold Coast),kreatif sgt hiasan dalamannya.

Dapur nya simple dan kemas

Encik Abah, posing lg kat kerusi empuk

Ada balconi




Master bedroom..nice n romantic :) Egyptian style.

Meja antik

Antara menu kat sini, sardin masak kari, ( ada bawa coconut powder)

Sebenarnya sangat banyak pilihan hotel, apartment dan dorm pun ada kat Sydney maupun Gold Coast, harga berbagai, terpulang pada masing2, tapi kena rajin survey dan godek2 kat tenet cari tempat, dan harga yang bersesuaian atau pun memenuhi kehendak dan yang penting POKET kita..Almaklum, dah lah nilai matawangnya tinggi, ( lebih kurang rm3 duit kita bersamaan 1 dollar Aus je.) Nak kena fikir pasal makan minum lagi, bayaran nak masuk ke tempat2 yang kita nak lawati lagi, kereta sewa pun senang nak cari kat sini, sesampai di airport pun dah ada syarikat kereta sewa, cuma kalau nak kan harga yang lebih murah, better cari kereta sewa on line, lebih murah, dapat save dah kat situ, begitu juga tiket untuk masuk ke amusement park atau Zoo dan sebagainya, biasanya ada pakej yang disediakan, macam akak terus ambil 3 in 1,tiket ke Movie world, world n wild dan sea world, atau whale watching yang mana kita berpeluang ke tengah lautan menaiki bot yang besar untuk melihat ikan paus yang sungguh menakjubkan..( akak akan ceritakan dan bubuh gambar nanti).

Setakat ini dulu untuk kali ini, Insya Allah,akan datang akak akan sambung kisah di Sydney Opera house,bridge, Madame Tussoud,Sea world, Movie World dan whale watching.
Bye dulu.





Saturday, August 24, 2013

Musafir di Sydney,Australia.(1 )

 Sepertimana perancangan sejak beberapa bulan yang lalu, Alhamdulillah, tercapai juga hasrat kami sekeluarga nak bercuti ke Negara kanggaroo,turut sama adik akak dan familinya,tapi kami tak naik flight yang sama, cuma jumpa kat Sydney je bila sampai tu..

Perjalanan bermula pada hari raya ke 6, 14hb hingga 21 hb Ogos 2013.

Tak tau nak mula cerita kat mana..banyak sangat cerita menarik yang nak dikongsikan ni..hihi.
Apapun, akak mula kan kisah musafir 1 ni dulu ye, dari mula bertolak sampai ke hari pertama sampai di Sydney. Akak lebih suka tepek gambar..biar gambar yang bercerita.. Insya allah, lain kali akak sambung cerita lagi.Jom layannn gambar. :)


tengok lah ni,rajinnya si Eisya buat semua ni..semangat nak berjalan lah katakan..

Packing time
Ni pun Eisya yg buat..hihii




Kat Lcct,tunggu flight ke Changi airport,Spore





check in flight



Robbi yassir wala tuassir

Sedapnya nasi beriani dlm flight air asia

Encik abah sibuk isi macam2 form

Pemandangan Singapore dari atas flight

Safely landed at Changi airport, tggu flight ke Sydney jam 2 am

tiket n passport
Alhamdulillah,safely arrived Sydney airport at 7am
Happy faces..

Hello Sydney..:)




T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink