Pada minggu lepas, sempat juga bawa anak2 bercuti ke Cameron Highland selama 3 hari dua malam, setelah jenuh berfikir nak kemana kali ini, sedangkan cuti sekolah cuma tinggal beberapa hari je lagi..
Pada mulanya anak2 ajak ke Jakarta atau Bandung, tapi sebab dah pernah pergi sebelum ni, akak pulak teringin nak ke Lake Toba, Medan.Orang kata sgt cantik kat sana, tapi encik suami x berapa setuju memandangkan ramalan cuaca sana sini keadaan x begitu baik, dgn hujan lebat, laut bergelora, almaklum lah musim tengkujuh, so terpaksalah batalkan niat, tapi Cameron Highland pun, sangat menarik juga, ditambah lagi dgn udaranya yg segar, sejuk dan nyaman..
Kami kesana melalui jalan Bentong-Sungai Koyan.Jalannya ok, cuma ada beberapa selekoh tajam, terutama bila dah sampai keatas..
Perlu berhati-hati memandu dan tak boleh laju.bahaya..
Oh ye, lupa nak bagitu, kalau dimusim cuti jalannya memang agak jammed tau..al maklum terlalu ramai pengunjung..so, anda memang perlu bersabar...hihi
Mula2 melalui Ringlet, kemudian tanah rata dan terus ke Tringkap dimana terletaknya apartment yg kami sewa.
Keadaan di Tringkap tidak sesibuk dan 'crowded'seperti di tanah rata, cuma kalau menyewa hotel di tanah rata, agak senang nak ke pasarnya yg pemes tu, hanya dgn berjalan kaki.
Terpulang lah nak menginap dimana, akak perhatikan hotel dan apartment sangat banyak, samada kita nak walk in atau booking terlebih dahulu, tapi suami akak lebih suka booking melalui Agoda.
Antara tempat yang boleh dilawati disini, tentu lah ladang teh nya yang seluas mata memandang, di lereng2 bukit, anda boleh memilih samada nak ke ladang tea boh, tea Bharat dan banyak lagi ladang2 teh lain.Selepas penat melawat ladang teh dan berposing, boleh lah singgah minum teh segar di cafe2 nya.,
Memang nikmat menghirup teh panas berlatar belakang kan pemandangan yang indah., terlupa sejenak segala masalah dan urusan2 kerja..
Selain ladang teh, jangan lupa ke ladang strawberi dan sayur2an serta kaktus..
Semuanya tumbuh segar kat sini, kami sempat juga ke ROSE VALLEY, dimana terdapat berbagai jenis dan warna pokok bunga ros., memang cantik sangat...malah akak sempat beli sepokok dua bunga ros, dan pokok strawberi juga..pokok strawberi tu encik suami akak yang beria nak beli dan nak bereksperimen, tak tau lah boleh hidup ke tidak bila di bawa pulang ke rumah yg bercuaca agak panas...huhu
Sebelah malam pula boleh lah mengunjungi pasar malam tanah rata Cameron..
Macam2 yang dijual disini, hinggakan benda yg jarang dilihat pun ada..buah kelapa laut, sayuran yang berbagai jenis, fresh strawberi yang dicelup dengan coklat., sgt sedap..yummy..
Jagung, ubi keledek, makanan pun bermacam-macam..sampai tak tau nak pilih yang mana satu..akak try kambing panggang yang dicucuk macam sate dan diselang seli dgn carrot..mmg sedap.. (lupa nk ambik gambar)
Itu lah serba sedikit kisah percutian akak kali ini..
Akak memang syorkan tempat ni bagi mereka yang ingin merehatkan minda dari kesibukan kerja dan sebagainya..
Sekian dulu..
Seterusnya biarlah gambar yang berbicara..
2 comments:
bestnya minum teh dekat bharat teh :)
Cherry tomatoes are sweet.
Nice pictures. Looks like fun.
Post a Comment