Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, February 15, 2015

Istanbul aku datang ( part 2 )


Alhamdulillah, akhirnya selamat juga kami sampai dan menjejakkan kaki di negara islam Istanbul.

Sebaik sampai di lapangan terbang Atartuk kami disambut oleh wakil ejen kereta sewa yg telah kami booking dari Malaysia lagi..

Keterujaan untuk memandu sendiri ditempat orang bercampur dgn perasaan berdebar dan takut almaklumlah ditempat org ditambah pula keadaan sterengnya yg terletak disebelah yg bertentangan dgn di Malaysia.

Namun kami berdoa semoga segalanya dipermudahkan Allah.

Walaupun padamulanya kami menempah van besar yg boleh memuatkan kami seramai 11 org, namun oleh kerana tarikh tempahan dibuat sudah agak lewat akhirnya kami terpaksa terima saja apa kereta yg ada. 

Tapi yg bestnya sebuah ialah mpv mercedes dan sebuah lg kereta yg agak kecil sesuai untuk sil aku, Nor dan dipandu oleh suaminya ,Mie.
Lihat tu terpampang nama suami sil ku.. Hihi.Sempat disnap oleh anaknya.
Ini pula adalah gambar ejen tu sedang memberi penerangan kpd suami dan anakku berkenaan kereta tersebut.

Ni lah kereta merc kami kat sini, amacam? Menarik tak.. Hihi

Oleh kerana perancangan kami ialah
untuk kepuncak Gunung Uludag bermain salji pada keesokan harinya maka musafir kami diteruskan lg memandu sejauh lebih kurang 200km menuju ke aparment yg kami sewa berdekatan kaki gunung Uludag.

Tak terasa lansung penat mungkin kerana keseronokan melihat pemandangan disepanjang  perjalanan kami..

Untuk sampai ke tempat yg dituju kami sekali lagi teruja kerana dapat menaiki feri yg besar ( lebih kurang mcm yg ada di p.pinang) cuma perjalanannya agak lama merentas lautan untuk sampai keseberang.. Cuaca semakin dingin, selepas berselfie kami memanaskan badan didlm cafe yg terdapat diatas feri tersebut..

Sedikit pesanan utk rakan yg ingin menaiki feri di sana.. Terdapat beberapa buah feri dari syarikat yg berlainan. Ada yg mahal dan ada yg murah. Alhamdulillah feri yg kami naiki ini agak murah nama company atau ferinya ialah Istanbul Line.
Ianya mungkin murah kerana hanya mengira harga kereta tanpa mengira bilangan org manakala yg lain pula mengira mengikut bilangan kereta dan bilangan org jg dan itu yg menyebabkan ianya agak mahal.

Tiket boleh dibeli samada on line atau terus beli sewaktu nak menaiki feri tersebut. Anak akak cuba jg nak beli on line waktu di Malaysia tetapi agak susah nak dpt hinggalah kami bertawakal saja dan terus beli disana. Harga tiket lebih kurang rm115 utk kereta besar dan rm100 utk kereta kecil.
Bergambar beramai-ramai didalam feri.

Subhanallah..cantik sungguh pemandangan..

Banyak burung2 berterbangan disekitar..
Kalau nak tgk gambar kami sedang memberi makan burung2 tersebut kena tunggu kisah akak di episod yg akan dtg
Sebab otw balik semula ke bandar Istanbul nanti sekali lg kami akan menaiki feri dan kali ni my fil siap bawa roti lg utk bird feeding.. Hihi

Jom tgk pemandangan indah sepanjang perjalanan menuju ke Uludag..
Terdapat banyak juga universiti2 disini..
Teringat cita2 salah seorang adikku yg berniat untuk menghantar anaknya menuntut ilmu disini..moga terkabul hajatnya..

Akhirnya setelah menempuh perjalanan selama  2 jam lebih, kami sampai ke apartmen kami.. 

Pada yg ingin memandu sendiri disana, adalah perlu untuk menyewa sekali GPS bagi memudahkan kita utk sampai ke destinasi, walaubagaimanapun setelah sampai ke kwsn perumahan tersebut, bkn lah mudah jg kerana keadaan lorong dan jalan disana amatlah sulit dan tidak teratur, bahkan terpaksa melalui jalan sempit, curam dan berbukit..
Akak memang kecut perut dan beberapa kali menjerit kerana keadaan jalan yg curam dan amat sempit terutama apabila berselisih kereta.

Dipendekkan cerita, setelah beberapa kali memusing mencari rumah akhirnya bertemu jg, tuan rumahnya siap menanti diluar apartment menunggu kedatangan kami.

Alhamdulillah, sangat selesa apatmentnya dengan 5 buah bilik termasuk dapur utk memasak beserta peralatan memasak, mesin basuh kain beserta pengering(x tau lah rajin ke tak nk mendobi.. Hihi )
Pemandangan dari balkoni apartment kami ditingkat 12.
Aisya puteri bungsu akak yg suka selfie ntah apa2 di luar apartment berhampiran carpark.
Keesokannya rupanya kereta kami disaman kerana tak meletak kan parking tiket, namun pegawai yg menjaga tu sgt baik n friendly lebih2 lg bila mengetahui kami sama2 muslim, siap bersembang pulak dgn kami dan my fil yg paling rajin melayan..dah lupa sape nama dia.. Tp mmg nama muslim.. Boleh berbahasa inggeris sikit2 campur isyarat tgn namun yg paling menghubungkan kami ialah kata2 'assalamualaikum' dan 'masyaaallah'.
I'm so proud to be a Muslim...
Malam pun menjelang.. Sebenarnya awal sgt magrib disini oleh kerana masih dlm musim winter disini pkl 5 ptg dh gelap ye..mcm tak percaya..
So oleh kerana kepenatan dan esok pun nk bangun awal untuk ke gunung Di Uludag , kami masuk tidur awal..

Bismikallahhumma ahya waamutu..

Jumpa lg di part 3 Istanbul aku datang..

2 comments:

maszull said...

Assalamualaikum zana...mmg seronok jenjalan makan angin kn...cantik pemandangan kat sana...;)

ariana said...

Wmslm mas..alhamdulillah mmg kagum dgn keindahan alam ciptaan yg esa. Tqvm mas sudi singgah kat blog bersawang saya hihi

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink