Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, February 18, 2016

Bercuti ke Guilin,China.( part 1 )

Ikutkan, ni cerita lama kira-kira sebulan lebih dah..hari ni baru datang mood rajin akak nak menulis..
Rasa sayang pulak kalau kenangan ni tak di abadikan didalam blog bersawang akak ni..
jomlah kita tinjau2 sejauh mana ingatan akak tentang percutian "last minit" ni.. 

Tak rancang beriapun sebab pada awalnya anaknda kedua akak, Fatiha tak dapat cuti walaupun pada masa tu cuti sekolah, tapi entah macamana kerana semangat nak berjalan tu kuat sgt, so dia tiba2 mintak cuti dari kolej dia..dapat lah pulak walaupun kena leter jg dengan pensyarah kolej katanya..hihi

Mulanya tak tau nk bercuti kemana.. nak pergi tempat yang tambang tak terlalu mahal dan tak terlalu jauh..
pening juga mengoogle sana sini, akhirnya berkenan lah kat tempat ni..GUILIN,CHINA.

Melalui hasil google dan pembacaan akak di blog2 lain,tempat ni terkenal dengan pemandangannya yg indah, banyak gunung ganang dan sungai-sungai yg mengalir,kiranya ni kawasan pedalaman atau kampung lah di China..Sesuai sangat bagi yang nak bercuti sambil merehatkan minda dan fikiran..dgn suasana tenang dan damai..satu lagi..nak makan pun tidak lah terlalu susah kerana agak ramai China muslim disini..
Apatah lagi kalau kita pergi menggunakan khidmat travel agent..ambik muslim pakej..so mmg diorang terus bawa kita ke restoren muslim..

kami bertolak pada 28hb disember 2015.


sambil tunggu flight posing sikit..hihi

aisya ngan bantal kartunnya

akak dengan gigihnya menahan mata dari tidur,semata-mata nk captured gambar sun rising ni..

 Flight yang kami naiki dari KL pada jam 6.00 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Subhanallah, cantiknya..

brekpes budak aisya ala barat..macaroni kalau taksilap, uminya mkn nasi lemak lah..

hahaha nk promote ubat resdung adik ipar ku.KASTURY .turut naik flight ke China..

ni hari dah cerah, dah tak lama nak sampai gitu..cantik kan awan..

Alhamdulillah, selamat mendarat di lapangan terbang di GUILIN LIANJANG international airport.
 Sampai je kat epot, terus ada yg menunggu kami dari travel ajen tu.. siap pegang nama Akak..
Namanya apa yek..Jenny rasanya..tu nama senang nk panggil lah nama China nya x ingat dah akak..
orangnya ok lah agak peramah dan fasih berbahasa Inggeris..so senang lah kami nak communicate.. tak payah lah susah hati takut jadi mcm ayam bercakap ngan itik..hehehe
sampai terus sarung jacket sebab musim sejuk kat sana..
 Di Guilin terdapat empat musim. Winter atau musim sejuk (Disember- Februari), Autum atau musim bunga September -November ), Summer atau musim panas ( Jun-Ogos ) dan spring  atau musim luruh ( Mac-Mei).
tol kat Guilin



pemandangan semasa menuju ke hotel

kiri kanan memang berbukit bukau..
Perut pun dah lapar, Jenny terus bawa kami ke Restoren Muslim ni yg terletak di Chongsan Road.
 Dibelakang restoren ni terletaknya Masjid Chongsan, dekat sgt kami hanya berjalan kaki shj.
rasa yakin sgt bila nmpk tulisan shahadah kat belakang tu..:))

bergambar sementara tggu makanan sampai..

menu  hari ni ikan goreng, sayur sup cendawan dan ayam goreng.. sedap jg rasa dia..

sayur kacang tu goreng ngan daging paling akak suka sbb sayur fresh..

cuba perhati betul2.. ada bendera Malaysia rupanya..bangga sekejap..tak tau lah knp, lupa nk tanya kot owner nya org msia ke..

ini adalah daging segar halal yg dijual berhampiran masjid.

tabung derma rasanya ni didlm masjid.

kelas agama barangkali ni, ada tulisan jawi.

cantik dekorasi masjidnya.

suasana didlm masjid, lengang sbb bukan waktu solat lg, baru jam 12 tghr.


ustajah tumpang bergambar skjp..


terpampang kalimah suci..
kami bergambar sekeluarga dihadapan Masjid Chongsan, Guilin, China.

ini lah penjual daging segar tadi, sedang memotong daging untuk dijual..sekali pandang macam orang melayu kita je..


sempat ambil gambar kanak2 di sekolah..tengah rehat tu

 Selepas makan, kami dibawa bersiar ke Shangrila Park yang terletak berhampiran dengan hotel kami.
Sila lah jamu mata melihat pemandangan yg cantik2 kat belakang kami tu ye..kalau tak suka just ignore gambar muka2 kami tu..hihi
Nun jauh disana ada jambatan..









 Setelah penat berjalan disekeliling tasik dan taman Shangri la , kami pun dibawa ke bilik hotel yang terletak tidak jauh dari taman tersebut.Syukur lah cantik dan selesa juga hotel kami rupanya...Sempat lah kami solat jamak takhir di bilik hotel kami, dan selepas magrib, Jenny berjanji akan membawa kami keluar untuk makan malam sambil berjalan jalan disekitar bandar.

Ni lah gambar hotel kami, tapi sori akak pinjam je gambar tu sbb lupa nk ambik gambar baru ni.. Eva Inn hotel.


Setakat ini dulu part one kisah percutian kami ke Guilin kali ini.. InshaAllah akan bersambung lagi..tgguuu..





2 comments:

juelee said...

guilin ni cantekkan.... one of location in my bucket list

ariana said...

@juelee mmg cntik..may yur dreams come true too..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink