Selepas beraya bersama family tersayang,sebelah Akak di Temerloh dan sblh suami di Trengganu,pada hari raya ke lima sampai lah masanya kami naik burung besar ke Ho Chi minh City atau Saigon..
Tiket memang dah beli lama,kami terpaksa pilih tarikh ni sebabnya hanya pd waktu ni semua anak2 bercuti,kalau tidak,x dpt lah nak bawa semya sbb cuti tak sama..
Dah rasa berjalan berdua je je Perth,Ostalia baru ni,memang asyik teringat anak2 je waktu kat sana..huhu
Kali ni kami bermalam di sebuah hotel yg menyediakan perkhidmatan bas yg membawa kami terus ke Klia 2, hotel tu terletak di Sepang,tak jauh dah dari epot,kereta pun boleh parking drpan hotel dgn selamatnya dan yg penting sekali free of charge.Dah brp banyak dpt save kat situ..:)
Yang lepas2 kami terpaksa parking jauh,lps tu naik pula lrt atau bas ke epot..blm apa2 dah penat,kali ni legaa rasanya..senang sgt..
Jom lah tgk gambar kami waktu di hotel Unique,Sepang.
Dan beberapa gambar waktu didalam flight dan mula sampai di Ho Chi Minh city..
Banyak lg..insyaallah nanti sambung balik tentang bandar yg sinonim dengan bandar penuh motosikal ini..,tentang pengalaman kami di Sg.Mekong, bagaimana penduduknya.henpon ank akak kena curi,air tebu yg enak,buah2nya,bungaan yg segar dari ladang,baju kurung murah dan banyakkk lagiii..tggu..
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Thursday, August 14, 2014
Aidilfitri di Saigon
Friday, June 13, 2014
Perth vacation(part 3)
Kisah percutian ke Perth disambung lagi..
Kali ini akak nak tunjuk 'rupa' apartment yang akak sewa selama 3 mlm,setelah bermalam selama 2 mlm dihotel Season yg terletak betul2 dipusat bandar Perth.
Apartment kami ni terletak di COTTLESLOW BEACH, kira2 15 minit perjalanan dari bandar Perth.Yang best nya tentang apartment ni ialah sebahagian dinding diruang tamu dan master bedroomnya yang menghadap ke laut bercermin kaca... Bayangkan..
Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam rumah tu..Subhanallah...cantiknya terus nampak pemandangan pantai yang indah...
Akak ngan kawan akak,maz rasa tak sabar pulak nak menjejakkan kaki dipasir pantai tu..takpe banyak masa lagi,nanti kita pergi.. Hihi
Kalau kat hotel sebelum ni,kami hanya makan kat luar,tapi kat apartment ni ada can lah kami memasak ringkas2,sebab siap ada dapur dan alatan memasak.Mujur akak dah ada pengalaman waktu di Sydney dan Beijing aritu,akak x lupa bawa sabun thoharoh akak iaitu sabun untuk samak pinggan mangkuk atau kuali sblm akak memasak.hihi
Masak pun jenis yg ringkas2 je...kami singgah disupermarket,beli udang,sayur dan maz kwn akak pulak buat inti roti gozlimi yg ditirunya dari roti arab yg baru kami makan kat restoren arab semalam..cuma,inti smlm menggunakan ground beef stau daging hancur tp kami gunakan tuna dlm tin yg akak bawa dari Malaysia..,pastu bubuh lah salad,timun dan tomato yg kecil2 tu..hihi..ringkas tapi menyelerakan..
Jemput makan semua..
Nak tgk tak apartment akak dan pantainya yang indah..jom layan gambar..Dan..
Akak masukkan sekali gambar semasa kami bersiar dipinggir bandar Freemantle sambil menaiki cruise...lama.juga kat dalam cruise lebih kurang 45 minit gitu..banyak rumah- rumah besar dan mewah di pinggir pantai...
Kami terpegun melihatnya..
Kaya sungguh tuan2 rumah tu..huhu
