Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label dua sejoli. Show all posts
Showing posts with label dua sejoli. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Raikan cinta

Pada tarikh 12 Januari 2014 baru2 ini, hari yg penuh berbahagia buat anaknda saudara sulung sebelah suamiku..bahkan seluruh keluarga pun turut sama rasa gembira dan teruja meraikan cinta mereka berdua.
SELAMAT PENGANTIN BARU AZHAR & NAIMAH.
Semoga berbahagia dari dunia till jannah.
Jom layan gambar sekitar hari bahagia mereka..

Jgn terkejut ye..banyak gambar ni...

Yg akak pakai baju kuning tu, waktu majlis akad nikah sebelah malam, baju pink, keesokan harinya..sampailah ke hari menyambut menantu di Melaka..

Sori tak dpt nak caption satu persatu gambar sebab guna tab ni..huhu

Friday, December 21, 2012

Cinta luar biasa

Selamat pengantin baru buat kedua pasangan pengantin istimewa ini, Farah Roslan dan pasangannya Ayie-suara fm. 
Gambar ini Ariana perolehi dari  http://www.facebook.com/BercintaSelepasNikah.
Rasa terpanggil untuk memaparkan cinta luarbiasa ini..Marilah sama-sama kita mendoakan semoga pasangan pengantin ini akan berbahagia hingga ke syurga.
Cinta yang bertaut dibawah keikhlasan dan redha Ilahi,In sha Allah akan sentiasa berkekalan dan mekar sampai ke akhir hayat. aamin. 

Tahniah dan Selamat pengantin baru!


Monday, December 17, 2012

Musim orang kawin

Rasanya cuti kali ni, banyak juga majlis kahwin yang akak berpeluang hadiri..Cik Abang pun agak kelapangan dan sporting kali ni, so dapat lah temankan akak...selalu juga akak terpaksa pergi kenduri ngan anak-anak atau ngan Bonda akak je, bila time Cik abang sibuk atau out station lah..memang tak best sebab orang akan tanya2 mana suami kita kan..huhu

Kali ni akak balik kampung asal arwah Ayah akak di Jerantut, kali ni anak sepupu akak yang berkahwin,kalau disebelah arwah Ayah ni akak memang dah jadi "tua" sangat tau..dah ada cucu sedare..mereka panggil Tok long dah...huhu
Takpe, semakin kita sedar kita dah tua, mudah-mudahan mengingatkan kita tentang mati dan pada Allah..:)

Kali ni, tak sempat ambil banyak gambar, sebab begitu sibuk bersalaman dan berpelukan, dan menjeritan bila berjumpa semula dengan sedare mare yg sangat lama dah tak jumpa..almaklum masing2 ada yg dok jauh dan sejak ayah akak dah meninggal, kalau balik pun cuma sehari dihari raya, tak sempat nak jumpa semua..

Jom tengok gambar, menurut ibu pengantin ( sepupu akak), majlis ni diadakan secara mengejut, sepatutnya pada bulan Februari tahun depan..( jgn salah sangka pulak..), tapi oleh kerana pengantin pompuan tu ( Nadwa nama dia), baru dapat kerja kat Kuantan( kebetulan dekat rumah pengantin lelaki) so. seisi kelauarga bersetuju mempercepatkan majlis, supaya senang ..boleh lah terus dok sekali, dan ada org nak menghantar Nadwa pergi balik kerja..owh..gitu ceritanya..patut lah majlis pun simple2 je, tp tetap meriah..
Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin...

Selamat pengantin baru Nadwa n suami..

T-shirt kuning hijau tu cik abang akak bersama sepupu2 akak.


Bergambar kenangan di atas pelamin, bersama Bonda akak , Eisya n sepupunya Umairah




Paling seronok dpt jumpa sepupu akak yg sorang ni, Kak Intan sbb kami sgt rapat dulu..huhu 



Sunday, November 11, 2012

Majlis pertunangan


11.11.2012..
Tarikh yang dipilih oleh kedua pasangan bagi memeterai janji di majlis pertunangan yang begitu gilang gemilang..Al maklum, bagi pihak perempuan ,merupakan anak tunggal dalam keluarganya, tentulah majlis diatur dengan begitu meriah, ceria dan takkan dilupakan bagi seisi keluarga.
Majlis pertunangan yang bertemakan warna ungu ni adalah diantara Nur Naimah ( merupakan anaksaudara sulung sebelah suami akak), dan pasangannya Azhar.

Jom sama-sama kita layann gambar..


Nak tiru idea ni nnti utk anak akak..:)

Sudut yg jd tumpuan terutama kanak2..

puding dan tart..yummy

ignore akak..tgk yg blkng tu..

gambar kedua pasangan..sweetnya..

yg ni akak paling gerammm ..fruit tart

pelamin..ni baru bertunang..dulu, kalau bertunang, tak de mcm ni..beruntung org skrg..:)

sesi cedok mencedok mknan..

hantaran kasih..

bergambar ngan mak pengantin..ehh bakal pengantin..(biras akak ni..)

Selamat bertunang..congrate Naimah!

Geram nk posing sebab pelamin yg sgt cantik..ni akak ngan S.I.L

Jgn tuggu lama2 dah ye..

cenderahati..nice sgt..I like!
Akhirnya, Cek Ngah doakan moga..Along Naimah akan segera disatukan..dapatlah makan nasi minyak lagi..hihi
Sekian dulu, wassalam.

Sunday, January 29, 2012

Majlis perkahwinan Huda Hidaya ( sepupu)

Assalamualaikum.

Setiap kali ada majlis perkahwinan Ariana memang sukaaa..tumpang bahagia.
Semalam, telah berlansungnya majlis pernikahan sepupu ariana, Nurul Huda Hidaya dan suaminya Ariff.
Dah lama mereka bertunang ( dah setahun). Nak tengok majlis pertunangan dia Klik sini

Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar dan apa yang lebih seronok lagi apabila dapat berkumpul dan bertemu sesama adik beradik..dan saudara mara jauh dan dekat.


Disini Kak Nana sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Pengantin baru moga berbahgia selamanya didunia dan akhirat buat Huda dan suami, Ariff.


SELAMAT PENGANTIN BARU
SELAMAT BERBAHAGIA
SELAMAT KEANAK CUCU
SELAMAT SEJAHTERA


MOGA BERPANJANGAN
MOGA BERKEKALAN MOGA SATU TUJUAN
MOGA AMAN


HIDUP MESTILAH RUKUN
SABAR PALING PERLU
CINTA SETIAP HARI
SENYUM MESTI SELALU

Ariana dan ank2 dara bergambar bersama pengantin.

Bapa pengantin menyerahkan wakil kpd wali hakim.

Alhamdulillah. Sekali lafaz je.




Bapa pengantin begitu happy..


Ariana bersama adik, JU.

Bersama Ju dan Bonda Ma..

My brother Hazamin inteam.

Zaman teknologi. Baca doa guna i pad.

Majlis santap

Kenangan bersama ibubapa Huda.

Nice..i like !




T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink