Semalam merupakan satu hari yg cukup menginsafkan bgku.Bayangkan menziarah dua kematian dlm masa beberapa jam sahaja, cuma bezanya yg satu ziarah diwad hospital dan satu lg selang beberapa jam, dibilik mayat hospital.
Ya Allah kau cucuri limpah rahmat keatas roh keduanya, tempatkan lah mereka dikalangan org beriman serta tabahkanlah hati keluarga mereka menghadapi dugaan ini.
Seorang teman, pergi dgn sekelip mata, hanya rebah ketika acara sukan kanak2 pra ditempat arwah mengajar, menurut doktor akibat tekanan darah terlalu tinggi, terus koma dan bergantung pd mesin, dan suaminya membuat kptusan meredhakan pemergiannya kerana tiada apa yg boleh dilakukan lg kerana kerosakan otak yg teruk.
Setelah pulang kerumah, hanya setelah beberapa jam kemudian, mendapat berita pemergian seorang kwn baik anakku Fatiha pula kerana accident.menurut cerita tayar kereta yg mereka sewa ketika outing dr kolej matrikuladi Gambang tiba2 meletup, dan kwn fatiha tu duduk dibahagian depan, dan meninggal akibat kecederaan dalaman yg teruk.sempat kami melihat jenazahnya dibilik mayat, mukanya bersih, seolah tertidur sahaja.Tak sedar airnata mengalir, sedih sungguh, sebab arwah mmg biasa dgnku, selalu jg bermalam dirumahku dulu.Semoga Arwah damai menemui pencipta..
Nasib kita belum tentu bagaimana lagi..ya Allah.
Dibawah gambar dr tingkat 4 hospital Tg.Ampuan Afzan, Ktn.
Post dr my tab.