Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, August 16, 2011

Wordless Wednesday



Kalau tak main tak meriah?

Assalamualaikum.

Dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Alhamdulillah.
Dalam keasyikan jemaah menunaikan solat tarawih, sana sini terdengar bunyi mercun.
Riuh rendah suara kanak-kanak diluar masjid. Ada yang kata mengganggu, tapi kalau tak de budak-budak ni, tentu lah sunyi dan tak meriah pulak kan..Memang begitu lah setiap tahun..Dulu, masa kita, sekarang masa anak-anak kita pula.

Semakin dilarang, semakin menjadi-jadi..anak-anak yang bermain bunga api, boleh tahan lah lagi, ini mercun dumdam sana sini. Rumah ariana ni, kebetulan dihadapan padang bola. memang tempat budak-budak main mercun, selalu juga terkejut terutama bila mereka baling mercun tu betul-betul kearah rumah kami, tapi apa boleh buat..nak marah pun,tak guna. Nama pun budak-budak. Bukan mereka tak dengar sana sini, berita ada yang putus jari dan sebagainya..Tapi, ariana rasa kalau diorang tak gatal mengubah ngubah suai mercun tu, tak timbul benda ni..dan kalau setakat main bunga api tu, rasanya tak lah merbahaya sangat. Ye tak..

Dan satu lagi, ibu bapa tu kenalah tolong pantau sama, atau ingat kan mereka selalu tentang bahaya main mercun ni..Jangan dah terlambat, baru nak menyesal kan..
Ariana cakap ni, sebenarnya anak-anak ariana pun main bunga api je lah banyak, kalau mercun yang simple-simple tu, mesti Abah diorang kena ada sama..( ni abah yang selak sebenarnya..huhu)
Apa pun, moga kita semua sentiasa diberkati dibulan yang mulia ini dan dijauhkan dari segala yang tak baik..Berhati-hati lah bagi yang nak main juga bunga api atau mercun tu..( pesan kan diri sendiri ni..)

Jom belek gambar main bunga api ( tahun lepas ni,,)

Hah..tengok tu..kan abah yang main..:)






Hah.! yang ni gambar Top Secret ni..!
Hushh! Abah nya yang belikan rupanya!

Nuzul Quran ( perkongsian maknanya)

 Assalamualaikum.

 Dalam tak sedar, hari ni dah 16 ramadhan. Makna nya esok dah 17 ramadhan ye.
 Mari kita sama-sama lihat apa itu NUZUL QURAN yang Ariana sempat baca dari sini
 Kredit buat penulis.



NUZUL AL-QURAN  

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1


Nama-Nama Lain:


Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.
 Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:
1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.
7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 
8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
     Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.     

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink