Untuk menjaga kesihatan mata agar dapat melihat dangan baik walaupun sudah berusia,selain dari mengambil vitamin dan meminum jus buah-buahan,sebagai umat islam kita boleh juga mengamalkan dengan membasuh muka sebelum dan sebaik bangun dari tidur,sambil membaca surah-surah tersebut dan meniatkan agar mata kita sihat dan terang. Surah tersebut ialah surah An nas,Al kafirun,Al falak dan Al ikhlas.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamulaikum.
Saturday, January 22, 2011
Memutihkan bawah lengan.
Ambil semangkuk hampas kelapa,campurkan bersama perahan air limau nipis,kemudian sapulah dibahagian bawah lengan anda,Biarkan seketika dan bolehlah mencuci bersih selepas itu. InshaAllah setelah diamalkan akan dapat hasilnya,
Labels:
Petua.
Friday, January 21, 2011
Nafas lebih segar.
Bau mulut memang tidak menyenangkan terutama ketika berkomunikasi.Kepada mereka yang mempunyai masalah ini,boleh mencuba petua yang diberikan.Yang perlu dilakukan ialah menumbuk sehingga lumat10 kuntum bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih.Selepas itu gosokkan pada gigi dan cucilah sehingga bersih.Lakukan 3 hari sekali. InshaAllah anda akan dapat mengatasi masalah ini dan bau nafas akan menjadi lebih segar.
Labels:
Petua.


