Assalamualaikum
Hari ni, aku bangun dari tidur dengan kepala yang begitu berat sekali, hidung yang tersumbat dan tekak yang kering dan pedih..
Ya Allah..demam rupanya aku.Mungkin kerana keletihan dan kurang tidur pada malam Sabtu lepas semasa mengikuti program Qiamullail dan motivasi murid-murid ku. Apapun, Alhamdulillah..tak pe lah, sebab semuanya dah selesai. Ada baiknya demam ni, dapat lah aku rest sekejap. Aku dah call Guru besar dengan suara ku yang parau dan serak..otomatik GB terus nasihat kan ku supaya bercuti je hari ni..
Kenangan di hari program motivasi baru-baru ni.. |
Ni lah murid2 ku..:) |
Dalam demam, sempat lagi keluar breakfast ngan jejaka aku..pagi tadi, kat gerai roti canai depan rumah tu je..
Balik terus makan ubat dan tertidur sekejap..ni, aku bangun sebab rindu kat sahabat bloggerku..sempatlah menyinggah beberapa buah rumah tadi..Nanti sambung lagi bw ye..
Sebenarnya, aku agak jarang bercuti..yelah..rasa macam bersalah bila teringat anak2 murid yang perlukan aku..bila seorang guru tak hadir, biasanya ada guru ganti,,atau kelas digabung..walaupun ada yang ganti, tapi tak sama ...murid mulalah buat bising dan sayang pulak pelajaran yang tertinggal. lebih-lebih lagi mereka nak periksa tak lama dah pada 3hb Oktober ni..
Ini pulak kisah kawan ku..bukan niat nak bocorkan rahsianya, tapi, simpati yang amat sangat padanya..
Dia dengan tak sengaja terbaca sms suaminya di h.set suaminya..yang dah 20 tahun lebih berkongsi hidup dengannya. Suaminya ni memang baik sangat, tak pernah buat hal pun sebelum ini..
Mereka dah berkongsi susah payah hidup selama ini..sekarang, memang lah mereka boleh dikatakan
" golongan mewah"dan dah berjaya dalam hidup..
Suaminya pun semakin bergaya dengan kereta menjalar, dan syarikat pun dah stabil..Tak hairan ada saja perempuan yang cuba menggoda..tambahan lagi suaminya pun boleh tahan segaknya..
Apa yang menjadi persoalan sekarang..bolehkah bahagia sesorang itu, andai membina kebahagiaan diatas kehancuran hidup orang lain..?
3 hari 3 malam kawan ku menangis meratap mengenang nasibnya..hati perempuan mana yang tak hancur bila terima sms perempuan lain yang sedang memujuk, menggoda suaminya untuk kawin..tak kira apa lah alasannya,,memang lelaki ada hak..dan dibolehkan dalam islam ..tapi..tak ada kah simpati dihati..pada sang isteri yang selama ini sanggup bersusah payah bersama nya membina kehidupan hingga lah dia berjaya sepertimana hari ini..dengan senang-senang nya perempuan tu boleh hadir dalam hidup suami orang lain..
Akhirnya dipendekkan cerita, kawanku telah meminta suaminya untuk
memilih antara dia dan perempuan itu..Sudah tentu lah suaminya memilih dia..isteri yang disayangi selama ini..dia belum berpuas hati dan bertanya lagi..namun jawapannya tetap sama.. Tapi..
hati isteri itu dah tak sama lagi..hati itu yang dah tercalar, sukar untuk pulih..
setiapkali menatap wajah suaminya, airmata tak dapat dibendung..
Segalanya diserah pada Allah untuk menentukan..
jodoh, ajal maut semua nya ditangan tuhan..
Tapi, rasa ralat lebih lagi, kerana perempuan itu bukan dari kalangan yang baik-baik..
Apalah kesudahan nasib mereka, rumahtangga mereka dan hati anak-anak mereka yang perlu dijaga juga..
Aku bertanya pada diriku sendiri..andai ini terjadi pada diriku, apa yang patut ku buat..
Atau..rela berkongsi kasih demi kabahagiaan suami yang kita sayangi..
Bagaimana pendapat sahabat ku, pertahankan rumahtangga atau..berkorban kasih..?