Assalamualaikum.
Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan.
Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara.
Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.
Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan.
Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan,
kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan.
Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.
sumber: iluvislam
3 comments:
waktu subuh memang mendamaikan, tenang je!
nice sharing :)
betul kak..No setuju sangat2..
Post a Comment