Assalamualaikum.
Open house..maknanya buka rumah..ehh rumah terbuka..
Ramai kawan-kawan dok tanya.bilanya " open house kau?"
Padahal..seingat Aku, zaman kecik-kecik dulu, bila raya je, amalan ziarah menziarahi merata rumah sedare mare yang kami kunjungi samada bersama ibu bapa atau kawan-kawan.. tak cukup beraya waktu siang, beraya waktu malam..tak perlu tunggu " open house" tapi, semenjak dua menjak ni, semakin menjadi-jadi sindrom open house ni.
Tapi ye lah..bila difikirkan balik, memandangkan zaman ni, zaman pun dah moden,wanitanya pun dah ramai bekerjaya,,maka ada logiknya juga diadakan "open house" ni, sebabnya memudahkan tuan rumah dan tetamu yang nak berkunjung..
Ye lah..semuanya dah dirancang dengan lebih awal, maka tentulah majlis pun agak sempurna dengan juadah dan masa yang sesuai yang telah dirancang oleh tuan rumah tersebut..Betul tak..?
Biar apa pun, sebenarnya yang paling penting adalah keikhlasan hati kita..keikhlasan tuanrumah yang mengundang tetamu..dan keikhlasan tetamu yang berkunjung..
Harus diingat juga agar kita menjauhi sifat menunjuk-nunjuk.., bermegah dan yang penting, kita tidak membazir kerana membazir itu sahabat Syaitan,,dan jangan lupa pada insan malang yang mengalami kesempitan hidup..Dengan niat untuk mengeratkan lagi silaturrahim, biar lah beringat dan berpada dalam berbelanja atau menyediakan juadah untuk "open house" kita..
|
tetamu kecil..mintak nak mandi kolam..:) |
|
Opor daging, acar n nasi minyak dan roti jala |
|
muffin coklat, blueberry dan pandan |
|
belum ramai lagi |
|
Kenangan bersama Ma, mak saudara dan best friend, yati. |
|
sahabat sejak zaman sekolah..Yati |
|
Eisya n cousin, Humairah |
|
Jangan minum air gas tu banyak sgt..x elok.. |
|
Antara tetamu yang hadir |
|
Sila..jangan segan.. |
|
Sampai kat tepi kolam..huhu |
Ariana pun sebenarnya tahun ni, Alhamdulillah buat lah open house secara sederhana..istimewa untuk kawan-kawan dan jiran..memandangkan tahun sudah tak begitu ramai yang berkunjung sebab dok menunggu " Open House " kami . ( tahun lepas tak buat..). sebab pada kami, datang je lah bila-bila..rupanya dah tak sesuai sangat diguna pakai pada zaman ni..huhu..
Sekian, Selamat menyambut raya bagi yang dah tamat puasa sunat 6 hari bulan syawal..:)
12 comments:
kadang2 buat open house pun ramai gak yg tak datang kan kak? huhuhuuu
Memang dah trend zaman sekarang buat open house...tapi sebenarnya lagi mudah...sekali masak je...tak perlu masak hari-hari...masa tu ajak semua kenalan dan saudara mara...mudah je kan...tapi ikut kemampuan jugalah kan..
p/s:takde sape ke nak ajak saya g open house tahun ni.
Assalamualaikum Ariana,
Betullah tu. Nak datang beraya eloklah beritahu dulu. Mana tahu tiba jer di rumah orang yang kita tuju, dia orang tak ada. Kan frust tu.
Sy masih suka dgn amalan berziarah secara ikhlas tanpa menunggu open house mcm dulu2 satu lagi kita dpt bermesra dgn tetamu yg hadir dan boleh berbual panjg klau dh ramai2 dtg mmg tak terlayanlah jwbnya...terpulanglah pd anggapan msg2 bagi sy setiap hari adalah open haouse buat rumah sy bagi yg sudi berkunjung.
Tapi sy pun suka gak g open house klau di pelawa..hehe!!
Senang sikit open house ni kak pasal kita masak n layan tetamu sekaligus terus .. tapi sebenarnya sy suka kalau org datang sendiri rumah sy tak perlu sy panggil2 ...
Tp apa nk buat zaman dh berubah .sy sendiri pun jarang pergi rumah org kecuali bila depa sms @ call buat open house..
massaari: agaknya dah ramai yg memilih nak dok depan tv tgk program raya kot..hehe. Tapi, kita dah ajak, terpulanglah nk dtg ke tak kan..
ummiarissa:mmg memudahkan sebab org kata sekali harung je kan..kalau sudi, jemput lah datg umah akak..tapi Ummiarissa ni kat mana ye..
kunang-kunang: betul tu kak..kita pun kesian bila dgr org dtg tapi kita tak de kat umah kan..
CT Noarizah: yang sebenarnya akak dan suami pun suka amalan yg lama dulu..dtg secara sukarela tanpa undangan open house, tp mgkin kerana keadaan atau mcm dah jd trend..kena lah ikut sama..huhu..
Fazz: Akak setuju sgt..kerana zaman dah berubah, org seakan menunggu open haouse baru nak dtg, melainkan family yg betul2 rapat..sampai akak sendiri pun kadang teragak -agak bila nak pergi rumah org..ehh..dia ni nak buat open house ke tak..kang kita main pergi je takut mengganggu pulak..tp, akak rasa kalau kita talipon dulu dan bertanya pun, itu lebih baik..supaya tuan rumah lebih bersedia kan..:)
akak saya pantang di ajak ni..kalau sekitar Kuala Lipis laju je ni...tapi akak jauh sangat Kuantan...bila lah nak g sana...nanti kalau saya nak g saya e-mail akak yek..amik dulu e-mail saya ummiarissa10@gmail.com
seronoknya kak..izan ada kata nak dtg b4 tu tp hari yg izan kata tu izan dah takde,pergi ke penang...meriah tgk open house akak,mcm2 ada..seronok!~
Post a Comment