Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, September 26, 2011

Selesai satu tugas

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah selesai satu tugas Ariana iaitu mengelolakan program motivasi dan qiamullail untuk anak2 didik Tahun 5, An Nadwah, Masjid Negeri, Kuantan bagi tahun ini.
Kali ni seramai 65 orang murid dan 20 orang guru yang terlibat menjayakan. 
Berbagai program telah diatur, seperti Bengkel-bengkel pelajaran penting iaitu Bahasa Arab, Sirah dan Ulum syariah.
Selain itu, kami juga telah mengundang penceramah motivasi dari luar iaitu Puan Hanisah dari 
Aura Imtiyaz yang telah membentang ceramahnya dengan begitu hebat sekali hingga kan hampir keseluruhan peserta telah menitiskan air mata semasa sesi " breaking Ice" yang diadakannya..
Kami para guru berasa begitu berpuas hati dan amat mengharapkan agar anak didik kami memperolehi seribu manafaat dan kebaikan hasil dari program yang diadakan ini..dan seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPKK yang akan diduduki mereka bermula pada 3hb 10 ini. InsyaAllah.

Moga hilang penat jerit kami..bila hasil yang dipetik nanti membuah kejayaan..Insyaallah.

Jom lihat gambar..sekitar program diadakan.
habuan menanti..

Sesi motivasi  " breaking ice "

ramai sedang mengawal emosi

Mendoakan utk ibubapa dan guru..

Pemberian cenderamata buat penceramah

Bergambar kenangan beramai-ramai

Ariana bersama penceramah, Puan hanisah

Tua
Ariana (tgh) bersama guru bhgian pendaftaran.

Pembahagian kumpulan

Ustazah Rohaizan sedang memberi taklimat

Jom menjamu selera

Allahhummabariklana...

Bacaan surah Yaasin beramai-ramai

Bengkel luqatul Quran bersama yb Us. Harmizi


Riadhah dipagi hari

Badan sihat, otak cerdas..
Demikianlah..sebahagian dari gambar kenangan yang sempat diabadikan.
Kenangan tetap terpahat kekal dihati..disamping doa yang mengiringi..

12 comments:

Anonymous said...

wah best nye kak..
dulu masa belaja selalu pegi kem2 cmni..

ariana said...

Fit: dulu masa kita..skrg time anak-anak plk..:)

mama maman aka yana said...

Sejuk je mata tgk anak2 nih..:)

Semoga berjaya semuanya

ariana said...

mama maman: anak2 yg masih bersih..mmg tanggungjawab kita memandu mereka ni..:)

Anonymous said...

Salam Ariana,

Baguskan sekolah mengambil inisiatif untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang baik.

Kakzakie Purvit said...

Anak-anak bagus utk hadir sesi begini sebab cepat lupa. Masa sesi kaunseling dia bolehlah sayu hingga mengalir airmata tapi lepas seminggu lupa....

Kaz said...

Salam Kak Ariana, patutlah dah lama tak update blog, busy organized program rupanya. Biasalah kan Kak, blogging ni cuma sambilan saja, prioriti ttp pd tugas dan tanggungjawab kita.
Legalah sikit bila program dah selesai ya. Kaz kalau organize apa2 program sekalipun, tak lena tidur selagi tak selesai.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Semoga mereka semua mendapat kejayaan hidup dunia dan akhirat.

Rina Rahamat said...

lama x nampak akak..bz dengan program rupanya ya..

teringat zaman sekolah dulu..seronok bila ada program-program mcm ni..

~izan~ said...

teringat plak zaman2 dolu hehe.

Mun said...

masa zmn sekolah dulu... suka sgt qiamulai...

dah besar panjang.. rasa nak join lagi laa..

Anonymous said...

teringat zaman sekolah2 dulu, selalu join program

salam kenal, dtg bw terus follow =D

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink