Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, November 29, 2011

Program cuti sekolah ( PCS) Masjid Negeri, Kuantan.

Assalamualaikum.


Hari ni, setelah seminggu bermalas-malas dirumah( sempena cuti sekolah ), Program cuti sekolah pun bermula..maka awal pagi pukul 7.30 a.m, Ariana dah keluar ke tempatkerja.Nasib baik pagi ni, tak hujan, kalau tak, bertambah malas lah nak keluar rumah.Sebenarnya, nak mula keluar tu je yang malas, bila dah sampai ke tempat kerja, seronok betul, lebih-lebih lagi bila dapat jumpa kengkawan yang rapat dah macam adik -beradik.riuh rendah dibuatnya.


Alhamdulillah seramai 200 lebih pelajar yang mendaftar untuk memasuki program cuti sekolah ( PCS) anjuran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pada tahun ini, yang mana Ariana merupakan salah seorang tenaga pengajarnya bersama 20 orang guru yang lain. kelas ni terbuka kepada semua murid ( 6 tahun hingga ke sekolah Menengah ). Kelas bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari, dengan kadar bayaran rm50 seorang.


Sambutan sungguh menggalakkan, memandangkan hari ni baru hari pertama,kemungkinan lebih ramai lagi yang akan menyertai kelas ni nanti. Ye lah, daripada anak-anak dok menghadap Tv dan komputer pada musim cuti ni, tentu ramai ibu-bapa yang inginkan anaknya mengisi waktu dengan perkara yang berfaedah kan.Anak Ariana sendiri,Eisya pun turut sama, Ariana masukkan dia ke kelas tarannum juga, sebab nampak dia berminat ke arah itu.


Hari ni, Tiha puteri kedua tu, paper bio dan esok last day, paper chemistry. Pas tu, legaa lah sebab habis SPM. Tinggal berdebar tunggu result lah pulak.huu..


Ok lah, setakat ni dulu, baru balik ni. Nak tengok, apa si anak dara sulung akak tu buat kat dapur..hehe



p/s . Rasa ralat macamana boleh terlupa nak ambik gambar semasa sesi pendaftaran dan pembahagian kelas murid2 tu pagi tadi..huhu. Tengah sibuk semua lupa.

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Seronok balik dari memberi motivation pada pelajar balik Kak Long dah masak. Tak lama Tiha habis exam pun boleh tolong sama... relexlah mama macam ini anak...:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

Baguskan bila ada aktiviti2 macam ni sekurang2nya terisi masa cuti anak2 kita.... bertambah2 ilmu didada mereka.

ariana said...

Kakzakie:Alhamdulillah, dah sampai masa Umi mkn masakan ank plk skrg..tp still tgh belajar, mask yg simple2 tu bolehlah..dibwh pantaun uminya..hehe. Tu dia dah mask kari dan ayam goreng..hehe jgn jeles pd ibu muda yg anknya masih kecil kat luar sana ekk:)

ariana said...

CT: betul tu..lg pun, bkn lama sgtdan cuti pun masih panjang. Elok lh isi dgn perkara yg berfaedah kan:)

aizamia3 said...

cuti yang panjang bila diisi dengan program yang menarik, akan lebih bermanfaat.. ;)

mas saari said...

bagus ada aktiviti camni, masa terluang anak2 tu terisi dengan aktiviti berfaedah..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink