Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, December 2, 2011

Amalan berdusta dan balasannya.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua.

Rasanya semua orang tau apa maksud DUSTA.
Pendusta ialah mengatakan sesuatu
yang berlawanan dengan kenyataan yang sebenar. Ia juga disebut pembohong atau penipu.

 Allah S.W.T amat murka dan melaknat orang yang berbuat dusta ini, sepertimana firmannya didalam surah
Ali Imran~ ayat 61:

" Maka kami meminta agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.."


 Sabda Rasulullah S.A.W pula:

" Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, walaupun ia solat, puasa dan mengira bahawa ia orang muslim, iaitu berbicara ia dusta, berjanji diingkari dan apabila dipercaya ( Orang) ia khianat.


Sabda baginda lagi :

Dari Abu Hurairah ra Nabi bersabda: " Jauhilah olehmu akan buruk sangka kerana sesungguhnya buruk sangka itu ucapan yang lebih bohong.."


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah ra Rasulallah bersabda :

" ( Ada) 3 golongan di hari kiamat nanti Allah tidak akan melihat dan mensucikan mereka bahkan akan ditimpa azab siksaan yang pedih iaitu: orang tua yang berzina, raja yang berdusta dan orang fakir yang sombong.


Sabda baginda lagi : " Derhaka benar jika engkau berbicara dengan saudaramu dimana ia berlaku jujur sedangkan kamu berlaku dusta"


Manakala satu lagi sabda baginda yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim dan Abu musa: 

ertinya: Abu Musa berkata: aku bertanya kepada rasulullah siapakah diantara orang-orang islam itu?

Baginda menjawab " iaitu siapa saja yang mana  orang islam lain berasa selamat dari gangguan lidah dan tangannya."


Dari ayat dan hadis diatas, jelas kepada kita menunjukkan bahawa berdusta itu merupakan perbuatan terlarang didalam islam yang boleh mengheret pelakunya ke neraka jahanam. Nauzubillah.


Ingatlah..Jangan kerana pulut, santan binasa,
              Kerana mulut badan binasa.

Dan: " Berkata benar lah kamu sekali pun ianya amat pahit."




gambar hiasan : google
rujukan: buku himpuanan dosa besar keluaran Pustaka ilmi.

2 comments:

Sunah Sakura said...

naudzubillah..moga kita tak tergolong dalam golongan munafik yang selalu berdusta...

mas saari said...

moga kita menuturkan kata2 yang benar sahaja...insyallah!

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink