Assalamualaikum.
Dalam tak sedar, rupanya cuma tinggal beberapa hari je lagi kita akan melangkah ketahun baru 2012.
Masuk tahun baru, bermakna makin meningkat umur kita,makin bertambah kematangan atau pengalaman kita. Tanggungjawab kita pun tentu semakin banyak pula.. Syukur Alhamdulillah, kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah dimuka buminya ini. Banyak perjuangan yang belum selesai lagi..
Tahun depan, cuma tinggal seorang anak Ariana yang bersekolah, Eisya , dah darjah enam pun.Maknanya tahun ni merupakan tahun penting bagi Eisya kerana akan menempuh peperiksaan penting UPSR, sebelum menjejak ke alam menengah tahun depan ( 2013 ).Umi rasa macam baru je menghantar Eisya ke kelas darjah satu nya..sedar tak sedar dah habis sekolah rendah dah, tanpa apa-apa masalah sangat sebab Eisya memang anak bungsu yang baik, walau pun kadang-kadang kemanjaanya menjadi " kecemburuan" kakak-kakaknya Yaya n Tiha. Ariana dah lalui semuanya bila ketiga-tiga anak ariana bersekolah..macam-macam nak dibeli dan begitu sibuk terutama pada hari pendaftaran mereka..so, ariana faham sangat bagamana keadaannya kawan-kawan atau adik-adik rakan blogger di luar sana yang anak-anak mereka masih kecil atau ramai yang masih di alam persekolahan tu..:)
Bagi dua orang lagi anak dara Ariana tu..Yaya yang baru je habis diplomanya, Insyaallah..akan memulakan kerjanya ( sementara menunggu untuk sambung belajar keperingkat ijazah), tak jauh pun cuma dipejabat Abahnya di Zahari Architect je. Walaupun, di pejabat Ayah sendiri, tetapi bukan bermakna Yaya boleh sesuka hatinya masuk kerja dan apatahlagi sambil lewa dalam bekerja..sebab Abahnya dah pesan awal-awal..apabila kita dipertanggung jawabkan membuat sesuatu pekerjaan itu, haruslah dengan penuh rasa tanggung jawab dan bersungguh-sungguh, baru lah kita akan berjaya dalam hidup. Semoga Yaya pegang kata-kata Abahnya dan buktikan..walaupun hanya bekerja untuk Abah dan untuk sementara. Semoga Abah akan bangga dengan anaknya..yang sememangnya diharapkana menjadi pewaris syarikatnya suatu masa nanti, Insyaallah..dan Umi, hanya mendoakan yang terbaik untuk semua anak-anak Umi..
Buat Tiha, puteri kedua Umi pula..yang sedang menunggu keputusan SPM nya,terpulanglah..katanya nak minta kerja juga dan baru tadi dia menelefon ke " Secret Recipe" nak memohon kerja kat situ, kebetulan kawannya Siti Hajar dah pun start kerja kat situ. Elok juga rasanya. sekurang-kurangnya kat situ nanti Tiha dapat belajar sesuatu yang berguna kan, daripada Tiha lepak dirumah, bangun pun bila matahari dah memancar kan. Untung-untung dapat bawak balik " free cake " untuk Umi sesekali..hehe.
Dan buat diriku pula..Seperti biasa lah akan kesekolah, mendidik anak-anak muslim setakat termampu. Insyaallah, pada tahun hadapan tiada perubahan sangat dan Ariana masih lagi memegang kelas tahun 5 yang mana pada tahun ini pelajar akan menghadapi peperiksaan yang penting iaitu UPKK. Ariana berdoa moga akan bertambah-tambah kekuatan dan semangat demi kejayaan anak murid tersayang. Orang kata kerjaya perguruan ni amat penting..dan yang utama sekali adalah keikhlasan dalam mendidik sebab bukan senang untuk memberi ilmu, bukan sahaja ilmu duniawi bahkan ukhrawiyah dan tidak dilupakan adab-adab serta akhlak mereka juga, terutama pada zaman ini, yang memerlukan sangat bimbingan sejak kecil, sebelum terlambat. Dan yang paling utama rasanya adalah minat, Alhamdulillah, sebagai anak seorang guru juga, ariana memang mewarisinya dari arwah Ayahnda Ariana dulu, bagaimana dari kecil lagi Ariana telah dibesarkan dalan suasana " keluarga guru" bahkan kami tinggal pun di perumahan guru, dan sering pula mengikut Arwah kesekolah walaupun belum masuk sekolah lagi..dari situ lah agaknya timbul minat yang mendalam ini. Alhamdulillah.
Nampaknya dah panjang sangat Ariana bercerita ni..Terlebih semangat..almaklum nak menyambut tahun baru..Dalam pada tu, cuba juga merenung sendiri..dah tercapaikah semua azam-azam ku tahun yang lalu..huhu. Anda bagaimana?
Setakat ini dulu buat kali ini. Semoga kita semua akan disinari " Nur " atau cahaya baru dalam kehidupan kita.
Wassalam.
15 comments:
selamat tahun baru in advance kak..:) semoga beroleh kebahagiaan didunia dan akhirat..
bagusnya abah ada sykt sendiri..x perlu susah-susah cari kerja kt tpt lain :)
selamat tahun baru utk akak sekeluarga :)
tiap2 hari la dpt bwk balik kek..hehe..
selamat tahun baru kak....
selamat tahun baru kak .. in advance ... semoga kedatangan tahun baru nie akan membawa sinar buat akak dan anak2 ;)
seronok rasanya izan baca coretan akak hari ni. macam2 pengalaman yg akak kongsikan yg boleh dijadikan panduan bersama... yelah.. macam izan pun anak2 masih kecil2 kan...
izan doakan tahun 2012 akan membawa 1001 kejayaan n kebahagiaan buat akak sekeluarga...
mamamaman: t.kasih Yana. Slmt thn baru jg buat Yana:)
Rina: alhamdulillah, tp kalau tak layak tak boleh juga..kena habis belajar dulu..huhu.
slmt thn baru buat Rina n family jg.:)
aanie: aah..tak lama gemuk lah akak mcm ni..hehe
Izan: anak2 masih kecil lah seronok, sbb dapat tgk mcm2 ragam diorang nak masuk sklh kan:)
Slmt tahun baru jg buat Izan. Moga kita semua di rahmatinya..
selamat tahun baru kak.. :-)
moga impian akak di tahun baru semua tercapai! amin..
Intan berlian: Tq. Slmt thn baru juga..:)
Mas: Tq. Insyaallah..harap2 gitu lah..:)
selamat tahun baru jugak auntie. kirim salam kat syiera ekh :) rindu dia and semua. this year tak balik malaysia, sedihnyaa :(
may you and family will be bless throughout the year :)
nash.
Nash: t.kasih sudi singgah..:)Nash take care ye dirantauan..:)N hepi new year to u too..
Post a Comment