Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, December 29, 2011

"LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA"

Assalamualaikum.
 "LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA" 

Sebenarnya agak jarang Akak menyertai apa-apa segmen memandangkan masa yang amat mencemburui, namun bukan bermakna Akak tak menyokong kawan-kawan. 

Kebetulan sekarang Akak tengah cuti, jadi ada masa lebih sikit, selain Lulu ni sebenarnya seorang blogger yang baik hatinya, bukan Akak bertujuan nak ' bodek ' ke apa..tapi dari hati akak cakap, dari mula Akak terjun kedunia blog lagi, Lulu antara hanya beberapa orang lain lagi yang selalu singgah ke blog Akak dan memberi semangat kepada Akak untuk terus menulis walaupun pernah ada waktunya Akak rasa macam dah malas nak meneruskan..tapi dengan kata-kata peransang dari rakan blogger seperti Lulu yang membuat Akak terus kekal bersemangat untuk terus berblog.

Akak akan sangat berbesar hati kalau Lulu sudi mereview blog Akak yang tak seberapa ini jika dibandingkan dengan ribuan blog lain diluar sana yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Pada Akak dengan cara " review" yang betul Insyaallah akan memajukan diri Akak dalam dunia blog ni, sebab hanya orang lain yang dapat memberitahu kita apa dan dimana silap atau kekurangan yang perlu kita perbaiki. Lagi pun Akak sebagai mewakili 
" golongan umur pertengahan" sebab kebanyakan yang Akak perhatikan sekarang begitu banyak sekali blog dari remaja -remaja diluar sana yang memang lah ramai follower mereka, kadang sampai mencecah ribuan dah..

Bagi akak dengan berblog, minda kita akan lebih terbuka kerana   dapat berkongsi berbagai kisah, ilmu dan pengalaman hidup yang berguna.. dan yang paling Akak suka lagi, kita mendapat ramai kawan, yang walau pun tak pernah bersua muka, namun terasa begitu dekat sekali dihati..korang rasa macam tu tak?

Akhirnya, sori lah kalau akak terover pulak ye..samada terpilih atau tak untuk direview oleh LULU CALDINA, ( kalau terpilih, lagi lah best! ) namun Akak rasa seronok dapat turut sama memeriahkan segmen Lulu ni dan dapat jumpa geng-geng blogger yang lain.Terimakasih 

Selamat maju jaya buat semua.

10 comments:

Makbed said...

Teruskan usaha anda... hehe..

Unknown said...

insyallah Lulu akan review blog akak..:)

Rina Rahamat said...

xpalah kak..kdg follower ramai pon bkn semua baca blog kita..yg penting ada org baca :)

ariana said...

Makbed: t.kasih ye..:)

ariana said...

Papa Mifz: Insyaallah..tq:)

ariana said...

Rina: kalau kita ikhlas, rajin menyapa dan x sombong..insyaallah boleh dpt ramai kawan yg baik mcm rina ni..melalui dunia blog kan:)

Cik Sibuk said...

salam kenal :)

saya pon blogger yang bukan budak remaja. bila BW 90% blog budak sekolah, aiseh, terasa macam kita ni tua betul. Dan ada gak terasa macam apesal la dah tua2 ni baru nak berblogging :)

seronok bila jumpa blog 'orang tua'..

ariana said...

Cik sibuk: salam kenal jg..bukan " tua "..matang lah. hehe

X salah umur brp pun kita nak berblog..asal ikhlas, lg pun banyak pengalaman org yg dulu mkn garam mcm kita ni yg dpt dikongsi atau diperturun pd remaja atau org muda diluar sana kan..:)

Kita tak boleh ketinggalan pd perkara2 yg baik..

Ce'gu JAERA said...

menarik luahan ini... semoga kena review oleh Lulu yaa..

anyway selamat menyambut Tahun Baru 2012.. Thanx sudi menjadi sahabat maya saya..

Lulu Caldina said...

Terima kasih sudi meluangkan masa join segmen ni..
Jom singgah Lulu-Pages tengok siapa yang terpilih..
[TERBARU]

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink