Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, August 14, 2012

Buat kad raya sendiri

Assalamualaikum.

Setelah beberapa lama menggodek kat google dan menepek kat photo scape..ni lah hasilnya..Jgn gelak..
( Akak tak pandai macam korang ekk..)

 Dan ini...

Apapun kalau korang nak tau cara nak buat kad sendiri atau nak gambar kad raya percuma..silalah singgah ke blog2 ni..

Nuriz space
Irwanzul blog

Dan yang paling senang lagi..kalau nak down load kadraya percuma..banayak pilihan Kat sini .
Ok lah Selamat mendesign kad raya sendiri..( pada yang dah pandai tu..dok diam2..kasi can yg belum pandai..hehe)

Kredit utk semua blogger kat atas.


Friday, August 10, 2012

Kisah Iftar lagi..

Assalamualaikum.

Selagi tak abis Ramadhan nampaknya kisah pasal iftar ni tak habis lah..baru ni berbuka ngan anaknda Tiha n Ayah.
Semalam berpeluang berbuka puasa ngan staff hubby..Zahari Architect pulak.

Hubby serah kat PA dia, Su,  booking tempat dan makan. Kami tau pergi je pada hari yang ditetapkan...:)
Bukan lah kat " five star" hotel...cuma kat Restoren yang sederhana je..Tapi..
Akak berdoa moga dimurahkan rezeki hubby, sebab teringin sangat nak berbuka bersama anak-anak yatim...Kalau ada rezeki lebih lah..buat masa ni belum lagi..

Ye lah..kata pepatah..Kebahagiaan akan datang jika kita sudi berkongsi kebahagiaan kita dengan orang lain..

Ok lah..jom kita tgk gambar semalam..Alhamdulillah..makanan pun ngam-ngam je..tak lah membazir kata orang..:)


Menunggu masuk waktu berbuka..renung2 makanan dulu..hehe

Tengah fikir..baju raya belum beli..huhu

Anaknda Aisya n Nasyira..paling banyak makan..hehe

Jangan makan lagi, belum masuk waktu...!

Sempat lagi tu..

Boss rasmi dulu..

Siapa malu2, dia rugi..itu kata akak lah kat dorang..hehe

Alhamdulillah..dah kenyang sume..posing sebelum balik..

Tengah sedap makan tu, Boss umumkan Jumaat ni cuti..maknanya minggu dpn kerja sampai hari Khamis je lah..Wah..bukan main seronok diorang...hehe..
 
Jeles betul akak..sedangkan akak pun kena keje sampai Jumaat..huhu

Ok..Salam ramadhan semua..kita dah pun ibarat menurun bukit ni, dah 21 Ramadhan pun..
Moga Minggu terakhir kita dan malam sepuluh terakhir kita ni dapat diisi dengan lebih bermakna dan di berkati Allah.. Cari lah malam Lailatul Qadar..moga kita diketemukan dgn malam berkah ibarat seribu bulan ini..

Amin Ya Rabbal Alamin.

Wassalam.



Monday, August 6, 2012

Ramadhan merapatkan hubungan

Assalamualaikum.

Ramadhan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan..
Selain beramal ibadat, bertadarus, bertarawih..moga amalan berkongsi juadah sepanjang Ramadhan ini akan menambah pahala kita, serta yang penting dapat merapatkan lagi hubungan sesama, kemesraan terasa bila sesekali dapat berbuka puasa bersama insan tersayang, ibu bapa dan sanak saudara..

Baru -baru ni, Ariana sempat meluangkan masa berbuka puasa bersama Bonda tersayang dikampung, ( tapi tak sempat bergambar), lepas tu dengan Ayahnda mertua pula, dan kemudian denagan anaknda Tiha yang berada di Kolejnya..Ariana percaya tentu ramai rakan diluar sana yang turut sama meluang masa berbuka bersama insan tersayang anda kan..

Jom kita tengok gambar2 yang sempat diabadikan sebagai kenangan ini..
Ni adalah kafeteria Kolej Matrikulasi Pahang (KMP)

Sedang menunggu waktu azan dan berbuka puasa.

Noodle station curry mee.

Antara makanan pesanan Tiha..potato wedges.

Suasana di kafe

Dah azan..

Bangunan hostel


Semua juadah berbuka dibeli je, tak sempat nak masak, sebab hari Jumaat, hari bekerja..Insyaallah lain kali Umi masak ye Tiha..:)

Ni pula gambar iftar ngan Ayah..yang ni bukan tak nak masak, tapi dah Cik Abang kata kita makan kat restoren seafood je lah..kat Tanjung Lumpur yang femes kat Kuantan tu..hehe

Udang celup tepung

Ayam masak halia

kerapu sweet n sour

menunggu waktu berbuka

father n son

tom yam campur

Alhamdulillah, habis..x lah membazir..:)

Nak balik dah..hantar ayah ke keretanya..

Nama restoren ni unik..TURSINA..macama kat Mekah pulak.sempena nama bukit Tursina. 

Alhamdulillah...pulang dengan kenyang dan yang penting dapat bersembang ngan Ayah yang dah lama tak jumpa..kerana kesibukan masing-masing..( Ayah tu pun masih bekerja tau..) tu yang susah nak jumpa, tggu cuti baru boleh jumpa..

Sekian dulu bingkisan Ramadhan kali ni..

Wassalam.

Nuzul Quran

Gambar: ihsan google
Assalamualaikum.

Salam Ramadhan , Salam Nuzul Quran buat semua rakan blogger yang diingati.
Semoga semuanya dalam rahmat dan keberkatan Allah,
 Sempena hari yang mulia, Nuzul Quran 17 Ramadhan 1433 Hijrah, dimana banyak peristiwa yang berlaku hari ini,

Isnin, merupakan hari kelahiran Nabi yang dikasihi, Muhammad SAW, dan pada 17 Ramadhan, bukan hanya hari turunnya wahyu Al Quran yang pertama bahkan  juga meraikan kemenangan tentera islam yang bilangannya sangat sedikit berbanding tentera musuh islam namun mereka berjaya mengalahkan tentera musuh, hanya dengan berbekalkan keazaman yang kuat serta memohon dari Allah SWT.
 Subhanallah..

Didalam ensaiklopedia islam berikut adalah pengertian Nuzul Quran untuk sama-sama kita fahami, Insyaallah.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

 Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

SELAWAT DAN SALAM BUAT RASULULLAH SAW YANG DIKASIHI DAN DISANJUNGI.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink