Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, October 19, 2012

Pembedahan teknologi lasik-Selamat tinggal rabun.

Assalamualaikum.

Mata merupakan pancaindera yang amat penting bagi kita..Syukur pada Allah dengan pemberian nikmat penglihatan yang baik buat kita..Namun..tak semua bernasib baik..ramai diantara kita diluar sana yang mengalami masalah penglihatan.kadangkala faktor umur menyebabkan mata kita semakin hari semakin kabur, kurang jelas untuk melihat..Ini menimbulkan rasa kurang selesa malah menganggu urusan kerja kita seharian juga..

Dalam usia yang dah memasuki empat puluhan.., Incik suami akak selalu je mengeluh sejak kebelakangan ni..sebab matanya yang kurang nampak tu..
Akak dah suruh dia jumpa optometris..buat cermin mata tapi dia tak mau..leceh katanya pakai cermin mata ni..huhu..dah tu nak buat macamana?? Tak dapat lah nk nolongnya..hihi

Rupanya Incik suami akak ada dengar pasal rawatan mata lasik ni..akak pun ada dengar tapi tak terfikir pulak nak buat rawatan tu..macamana caranya dan berapa kos nya pun tak tahu..mesti mahal agaknya, tapi suami akak kata..mata kan penting..duit boleh dicari..lagipun, habiskan duit beli benda2 lain tu boleh pulak katanya..bertekad sungguh nampaknya dia nak buat pembedahan lasik ni..so, ok lah kalau betul-betul nak, biarlah akak tolong cari kan info berkaitan lasik ni..

Kalau yang lain pun nak tumpang baca, silakan ye..
Info ini akak dapat dari sini
Dan yang paling melegakan..pembedahan ni tak sakit seperti yanga akak bayangkan....hihi

Pembedahan Teknologi Lasik – Selamat Tinggal Rabun

Sungguh merimaskan, setiap kali bangun pagi terpaksa meraba-raba mencari cermin mata yang diletakkan entah di mana sebelum boleh menekan butan telefon bimbit untuk mematikan jam loceng.

Bayangkan setiap hari anda melakukan perkara yang sama tanpa gagal, sudah bertahun-tahun anda mengalami masalah rabun dan setiap tahu cermin mata terpaksa diganti dengan kanta yang semakin tebal.
Tanpa cermin mata anda tidak boleh berbuat apa-apa, untuk menekan butang telefon bimbit pun mengalami masalah besar apatah lagi untuk membaca atau menulis yang menjadi aktiviti penting dalam kehidupan setiap orang.

Ya… aktiviti anda sangat terbatas tanpan cermin mata!
Jika anda mengalami rabun jauh, pergerakan menjadi sangat terbatas, pandangan terhadap objek di hadapan hanya samar-samar yang sudah tentu sangat membahayakan jika anda ingin memandu kerta atau menunggang motorsikal.
Tapi bayangkan dalam kerimasan terpaksa menggunakan cermin mata atau kanta lekap selama puluhan tahun tiba-tiba anda boleh melihat seperti biasa macam orang lain tanpa sedikit pun memerlukan bantuan cermin mata.

Tentunya sukar untuk dipercayai bukan?
Tentu sekali golongan yang mempunyai masalah mata rabun berangan-angan untuk memiliki penglihatan yang jelas tanpa perlu memakai cermin mata atau kanta lekap. Adakah ianya mustahil?

Perunding Pakar Bedah Mata, Ketua Pusat Mata dan Lasik, Pusat Perubatan Prince Court (Prince Court), Prof Dr Muhaya Mohamad berkata, telah membuktikan angan-angan itu bukanlah tinggal angan-angan.  Tetapi pembedahan dengan menggunakan sebuah mesen canggih dengan menggunakan teknik yang dipanggil Lasik telah berjaya memberikan kegembiraan kepada ramai pesakit yang mendapat rawatan dari pusat rawatan tersebut.

dr muhaya mohamad pembedahan teknologi lasik selamat tinggal rabun
Malahan masalah mata silau juga dapat di atasi dengan baik, pembedahan Lasik adalah sangat selamat dan tidak menggunakan pisau dan semsetinya langsung tidak merasa sakit.
“Kami tidak menggunakan pisau dalam prosedur ini, sebaliknya penggunaan laser sepenuhnya. Kaedah terbaru ini membolehkan mereka yang rabun pulih kekal.

“Kami melakukan lebih 2,000 rawatan mata sejak September 2008 dan daripada jumlah itu cuma enam pesakit perlu membuat sekali lagi rawatan.

“Masalah ini berlaku kerana pesakit tercalar matanya selepas prosedur, sama ada menyentuh atau melukakan matanya. Ia juga boleh berlaku jika ketika prosedur, laser berkenaan tidak kena tepat pada mata pesakit, sebaliknya tersasar,” katanya.

Dr Muhaya berkata, tahap rabun paling tinggi pesakit yang pernah menjalani kaedah ini di Prince Court ialah 1,400 manakala paling silau, 525. Pesakit paling muda ialah 18 tahun manakala pesakit paling tua 67 tahun.
Walau bagaimanapun wanita hamil dan menyusikan anak tidak secuai menjalani kaedah rawatan ini kerana perubahan hormon yang kengakibatkan ketidakstabilan status reflaksi mata.

“Sebelum prosedur, kita meminta mereka membaca huruf yang dipaparkan di skrin dan selepas prosedur, sekali lagi pesakit diminta melakukan perkara sama. Kira-kira 90 peratus pesakit yang menjalani rawatan lasik mampu membaca tulisan berkenaan.

“Mereka akan berehat di hospital dua jam selepas prosedur kerana mata mereka akan berair. Sesuatu yang menggembirakan ialah, selepas beberapa jam menjalani lasik, ada pesakit boleh meneruskan kegiatan harian seperti menghadiri mesyuarat, menunaikan solat Jumaat atau bertugas di luar daerah. Selepas rawatan, kebanyakan pesakit juga boleh bekerja keesokan hari,” katanya.

Untuk menjalani rawatan Lasik, seorang pengguna kanta lekap dikehendaki menghentikan penggunaan alat tersebut sebelum ujian Lasik dijalankan untuk memastikan bentu kornea tidak berubah.

Pembedahan Lasik hanya mengambil masa selama 15 hingga 30 minit tetapi sebelu itu perlu menjalani pemeriksaan selama lebih kurang 2 jam dengan memastikan kesihatan mata melalui 17 langkah yang tertentu.
Antara prosedur penting yang akan dialami ialah melihat lampu hijau yang berkelip selama 30 saat, dalam waktu yang sama laser akan dilancarkan bagi menghasilkan ‘flap’ atai bukaan pada kornea.  Sentuhan ada mata oleh doktor sangat minima iaitu kurang dari 5 minit.


dr muhaya mohamad pembedahan teknologi lasik selamat tinggal rabun
Selepas pembedahan yang tidak menyakitkan, mata perlu diteteskan dengan cecair yang dipanggil air mata palsu sebanyak empat kali sehari selama seminggu. Ini bergantung kepada keada tahap kekeringan mata. Untuk memastikan mata sembuh dengan sempurna, menggunakan alat solek pada mata hendaklah dielakkan selama 5 hari dan aktiviti berenang tidak boleh dilakukan selama 4 minggu.

Setelah mendapat maklumat yang berguna ni, akak terus 'print' pasal pembedahan lasik ni, siap dengan alamat hospital Prince Court dengan map nya sekali..

 Address: 39 Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Alamat Poskod:
50450 Kuala Lumpur
Tel: +603 2160 0000, Fax: +603 2160 0010
Website: http://www.princecourt.com/
GPS Coordinates: N3 08.922 E101 43.323

Prince Court Medical Centre
Prince Court Medical Centre



Insyaallah, nanti Incik suami akan telepon dan buat appoiment lah tu..:)

7 comments:

Unknown said...

nanti hapdet harga sekali kak. saya pun rabun tahap kritikal ni.. bosan la wat spek . mahal lak tu...kena wat 2 tahun skali.

ariana said...

Oh ye ke..mgkin ni rawatan yg sesuai buat Liza jg kan...Insyaallah..nnti akak akan update bila dah cnfirm brp kosnya..:)

Izan Ishak said...

ada sorang kawan izan pun baru2 ni buat lasik ngan dr muhaya. terbaca kisahnya kat FB dialah..

ariana said...

@ Izan: aah..akak pun dpt tau melalui fb Prof Dr Muhaya gak psl lasik ni..tu yg bgtau kat abg tu..:)

NURAZZAH8 said...

Salam perkenalan,

Terimakasih kerana follow blog akak ...akak dah follow blog you balik ...

Baru2 ni bapa akak buat pembedahan mata dgn Prof Muhaya..dia tak boleh buat LASIK sebab faktor umur, dah tua..dia buang katarak dan ganti kanta ... tapi akak tahu kalau nak buat LASIK kos nya lebih kurang 7K++

tapi sangat bagus katanya, peralatan yang digunakan adalah yang terkini dan terbaru ... dengan Prof Muhaya sekali sebagai seorang doktor, banyak aura2 +ve ..hehhe sebagai seorang doktor, pakar motivasi ... beliau sentiasa mengingatkan kita kpd keagungan Allah tatkala sedang memberi pandangan dan pendapat... in fact my father kata sepanjang pembedahan dilakukan, my father boleh dengar beliau sentiasa berzikir dan bertasbih bertahmid ..

MasyaAllah ...mmg seorang doktor yang dikagumi...

kak Azzah8
http://www.nurazzah8.blogspot.com

ariana said...

@ Nurazzah..Salam perkenalan jg.. x berani nk panggil akak takut lebih umur ke..hihi
T.ksh atas penerangan panjang lebar dr akak..ohh..kiranya bkn semua org lah layak nak buat lasik ni ye..buat masa ni, suami belum pun contact klinik Dr Muhaya tu lagi, insyaallah secepat mungkin dia akn cuba call dan set appmmt, cuma takut tak layak, sbb dia hanya rabun dekat..bkn rabun jauh..tu nk kena tanya dulu tu..:)

Unknown said...

Salam tuan

Sy merupakan salah seorang pegawai perubatan yg sedang berkhidmat di hosp kerajaan.
Saya menjalani pembedahan mata (lasik) pada 21/11/2014 di salah sebuah laser eye centre di midvalley.
Namun, hasil penglihatan selepas pembedahan amat tidak memuaskan.
Ia disebabkan konsultasi yg sgt ringkas dan tidak merangkumi byk kemungkinan yang mungkin berlaku selepas pembedahan. Tiada penerangan yg sempurna dari pihak doktor sebelum pembedahan dilakukan. Malah borang keizinan pembedahan juga tidak diterangkan isinya sebelum sy diarahkan menandatangani borang tersebut.
Pengambilan Size ukuran anak mata sebelum pembedahan juga tidak dilakukan dengan tepat (ade yg kata normal, ada yang kata besar), sedangkan penentuan siza anak mata amatlah penting untuk memastikan hasil pembedahan yg optimum.
Ia menyebabkan kualiti hidup saya amat terganggu, melibatkan secara langsung isteri, anak, ibubapa, dan rakan sekerja. Saya amat tertekan. Walaubagaimanapun, atas rasa tanggungjawab,  saya berpendapat amalan perubatan di pusat tersebut sangat memerlukan pemantauan dari pihak atasan demi menjaga kepentingan masyarakat umum.
(Do no harm).
Perhatian, pandangan dan kerjasama dari pihak tuan saya dahului ribuan terima kasih.
Saya bersedia untuk memberi sebarang maklumat lanjut berkenaan kes saya ini.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink