Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, March 27, 2013

Percutian ke Hatyai,Thailand. (day 1)

Mudah betul keputusan dibuat untuk kali ni,tanpa banyak perancanganpun,bangun pagi Sabtu tu,tetiba Akak nampak,   Incik Abang  begitu ralit dengan handset ditangannya..,selang beberapa lama,Incik  Abang terus mengujakan pertanyaan.."Kita gi Thailand nak tak?" Hah? apa? Akak tanya dia balik..dah dengar, cuma macam tak percaya..rupanya yang dia ralit sangat tu sebab tgh baca kat blog pasal Thailand..
Memang banyak kisah2 percutian ke Hatyai, Songkla dan merata tempat lagi yg femes kat Thailand tu..
Akak pun tanya balik.."betul ke nak pergi?" Incik abang memang betul nak pergi...jam tu juga lah booking hotel melalui Agoda..,anak2 pun tlg survey sama kat tenet apa2 berkaitan Thailand..

Dalam pukul 2 petang baru lah kami bertolak dari rumah,pandai pulak akak berkemas pakaian laju2, nak makan angin punya pasal..hehe.
Anak-anak pun semua seronok dan bergerak dgn pantas..

Maka bermulalah perjalanan kami Kuantan-Kuala Lumpur- Ipoh-Alor Star-Bukit Kayu Hitam-Hatyai.
Tapi, oleh kerana agak kepenatan, dan hari pun dah lewat malam, kami singgah bermalam di sebuah hotel di Bandar Ipoh,sebelum meneruskan musafir kami esok harinya..


Pagi2 esoknya (Ahad) perjalanan diteruskan lagi. Akak sebenarnya teringin sangat nak kePasar terapung ( floating market ) kat Hatyai yang banyak akak lihat kat dalam blog kwn2 yg dah kesana..tapi untuk kali ni, nasib tak menyebelahi akak sebab tak sempat nak kepasar terapung tu yang hanya dibuka pada setiap Jumaat hingga Ahad sahaja..Mulanya abang kata, kita cuba juga pergi kalau sempat..tapi akak dah dapat rasa, memang tak sempat punya sebab baru bertolak dari Ipoh Ahad tu..So akak tak lah letak harapan tinggi sangat.

Kami sampai kat border Malaysia-Thailand tu dalam pukul  2 petang ( waktu Malaysia,waktu Thailand adalah kurang sejam dari waktu kita)

Berdebar juga waktu kat situ,almaklum lah berbagai cerita yang kita dengar tentang Thailand ni kan..dengan keadaan ekonomi, politik yg tak stabil dan bermacam kejadian yg tidak diingini berlaku seperti pengeboman, peluru sesat,pergaduhan dan macam2 lagi..buat akak berfikir dua kali pulak, nak meneruskan perjalanan atau tidak, tapi bila Abang meyakin kan akak, akak pun jadi berani dan bersemangat semula.hanya dlam hati akak tak putus-putus berdoa..minta Allah permudah kan segalanya..Robbi yassir wala tuassir.
Jom kita cool keadaan jap,kita tgk gambar ye..:)

Akak ngan Eisya kat imegresen ni

Ni merupakan pintu masuk keluar dari Malaysia ke Thailand

eisya memang rajin ajak Uminya bergambar..kenangan kan..ini kat Bukit Kayu hitam lagi.
ini pula imegresen di Sadao, Thailand, semua kena turun dari kereta untuk proses pemeriksaan passport.
Masa kat sini, pastikan kita dah isi semua form..akaklupa nak ambik gambar, ni pinjam dr blog kwn.

 
dan jangan lupa isi form utk kereta beserta insuran kereta sekali bagi yang ke Thailand dgn menaiki kereta sendiri ye..
Gambar pinjam google ni
 
Sebenarnya keadaan di imigresen Sadao ini,sgt sesak dan tak begitu ketat kawalannya, kerana selepas meletak kereta di tempat parking,kita akan turun untuk cop passport dan serah geran kereta serta isi beberapa form, lepas tu kita dengan mudahnya boleh lah masuk ke dlam Negeri Thai..dan dia dah tak tanya pasal kereta atau pasport kita lagi..sebab tu lah ada juga kereta yang tak bawa geran kereta tapi boleh masuk juga ke Thailand..cuma, andai kata terjadi sesuatu, susah lah kita..so, jgn lah menempah malang pulak ,baik lah kita pergi dengan mengikut cara yang betul dari segi undang2 kan..Akak ada baca kat blog, semasa kita serahkan pasport kat pegawai kat Sadao tu dia akan minta duit kopi rm seringgit seorang, sebenarnya dia tak lah mintak, tapi ramai yang buat macam tu untuk memudahkan proses kot..akak dan abg pun selit kan lah juga rm 5 dlm passport sbb kami berlima..taknak lah kerana lima ringgit tu, nanti dia buat payah pulak kan..tp, banyak juga lah dia dapat dalam sehari kalau gitu kan..huhu




 Akhirnya, melangkah lah kami ke bumi Thailand setelah selesai semua proses di Imegresen Bukit Kayu Hitam dan sadao, Thailand..macam takpercaya je..


Masuk je kebumi  Thailand ni merata kita akan jumpa gambar raja dia ni.."Bhumibol Adulyadej "

Rupanya jalanraya diperkampungan Danok  menuju ke Hatyai yang sejauh lebihkurang 60 km, agak sunyi..
Kalau lalu sebelah malam, sure gelap gelita dan agak seram juga..dahlah tempat orang kan..
Oh ye, sebelum masuk Thailand tadi, jangan lupa isi minyak penuh2 tau, sebab harga minyak kereta kat Thailand ni agak mahal juga..huhu

Kami pun menuju ke hotel kami yang kami dah tempah siap2 melalui Agoda..oh ye satu lagi, kalau berkereta sendiri ni, jgn lupa pasang GPS bagi memudahkan kita mencari arah yg dituju..Macam kami, alhamdulillah,Abg pasang "Wave"atau Papago pun boleh..kita set tempat dan dia bawa terus ke tempat tu..Tak de masalah pun mencari hotel kami "High season hotel yg sangat selesa dan bersih serta agak murah
juga sebenarnya..
Sebelum sampai hotel singgah makan betul2 kat sebelah masjid, tak ambik pulak gambar masjid tu, tapi waktu kami lalu tu dengar azan isyak, anak2 ternampak restoren muslim disebelahnya, maka singgah lah kami menjamu selera..semua mintak nasi goreng je..pekedai tu, salah sorang pandai "kecek Kelate" so, senang lah..syukur..

Belakang akak tu je imegresen Sadao,dan sempadan Malaysia -Thailand, kiranya kaki akak dok dlm Thailand dah..hehe

eisya dgn poster tempat2 menarik di Thailand



ada sesiapa tahu tak makna perkataan kat blkg Eisya tu? huhu

Tiha ngan i padnya..belajar bahasa Thailand konon..hehe

Alhamdulillah, rezeki halal kami yg pertama sejak masuk ke bumi Thailand..di Restoren Muslim perkampungan Danok.




Abah sdg check in di Hotel.




Kebetulan masa kat lobby hotel ni, ada pertunjukan gajah..cari duit tu..Takpe esok kita ke Tmn Gajah pulak..lg banyak gjh

Ni bilik anak-anak, bilik kami kat depan bilik mereka je..selesa kan..:)


Kami disambut dgn taman mini ni kat lobby hotel..


 Selamat malam semua, setakat ini dulu, untuk hari pertama di bumi Gajah Putih ini..Jgn lupa singgah baca kisah2 di hari kedua dan ketiga lawatan akak ye..Kita ke dorm ice, dan Pantai samila pula.




3 comments:

NzA said...

Sawadikap!!!!!!....
Bestkan brcuti dgn family camne...seronok tgk wajah ceria anak2 akak tu.
Yah p sana 2 thn lepas. 2pn blk hari cz masa tu menginap kt Tasoh lake Resort.

p/s: TQSM diatas ucapan n doa utk angah. Anak2 akak pn cemerlang semuanya....

Aine Ainun said...

Sampai da akak ke Thailand ye..=)
Insyaallah, xde apa2 la...

Mst seronok la bercuti ngan Femly...=))

nurmasmaju said...

Insurans Kereta Ke Thailand

Saya menyediakan perkhidmatan dokumen untuk mereka yang ingin melancong ke Thailand dengan membawa kereta dan motorsikal sendiri.

1) Membeli Insurans Thailand kenderaan anda untuk bila-bila tarikh yang di kehendaki.
2) 2 Set Borang TM2 Maklumat Pembawa (Information Conveyance) dan TM3 Senarai Penumpang (Passenger List).
3) Membeli Borang TM6 Visa Berlepas & Ketibaan (Arrival & Departure).
4) Pos semua di atas ke alamat rumah atau pejabat anda.

Layari Link di bawah
http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink