Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, April 24, 2013

Selamat hari lahir Bonda

Dah berkurun rasanya tak update blog akak ni, hari ni akak menulis dari hati..

24hb April, hari ni adalah hari jadi Bonda tersayang akak yg ke 65 tahun.
Tiba-tiba rasa sayu, sebab tak dapat meraikan bersamanya, hanya doa yang dapat dipanjatkan, semoga Ma sentiasa didalam rahmat dan berkah dari Allah, semoga diberi kesihatan yang baik dan dipanjang kan usia agar dapat kami merasai lagi kasih sayangnya yg melimpah ruah itu untuk seribu tahun lama lagi....

Ma merupakan sebaik ibu yang seorang anak perlukan..bahkan aku sendiripun tak mampu menjadi sebaik dia..

Sabar, tak pernah mengeluh dan marah samada terhadap kami anak-anak, maupun arwah Ayahnda dulu..
Cara Ma melayan kami dan suaminya dulu, banyak sungguh bezanya dgn caraku melayan anak2 dan suami hari ini...huhu

Kagum sungguh dgn kesabaran Ma..

Dan hari ini, walaupun anak2 ramai yang bila-bila masa pun sedia menjaga Ma atau mengajak Ma tinggal bersama,namun ma memilih untuk tinggal di Pondok Al Diniah,dimana disitu Ma dapat mendalami lagi ilmu2 agamanya, sembahyang berjemaah setiap waktu dgn kedudukan surau yang hampir dari rumahnya.

Ma nampak ceria dan segar bila berada dipondoknya, Bahkan Ma tak betah lama dirumah pusaka arwah Bak kami di Taman Jaya, mungkin kerana disitu semua kenangan tersimpan..dan mungkin bila berada disitu, ma jadi rindu pada arwah Bak atau kami2 yang sesekali cuma pulang menjengok Ma..huh..
Ampun kan kami Ma kerana tak mampu menjaga Ma sebaik mana, sedangkan Ma telah berjaya mendidik kami lapan beradik dengan bukan hanya memberi kasih sayang, bahkan ilmu dunia dan akhirat juga.

Syukur Alhamdulillah, dalam usia Ma 65 tahun , namun Allah kurniakan kesihatan yg baik buat Ma untuk beribadah kepadanya, dan kehidupan ma sealu ceria dikelilingi kawan2 yang baik, saudara mara dan gelak tawa anak cucu Ma..

Kami adik beradik memang nak mengadakan jamuan sempena hari jadi Ma ni, cuma bukanlah pada hari jadi Ma ni, kerana jatuh pada hari bekerja,kerana kami masing2 pun tinggal agak jauh, Ada yang di Kuala Lumpur, ada yang Kemaman, akak di kuantan , namun ada 2 orang yg tinggal berhampiran dgn ma, pada mereka ni lah kami selalu pesan dan harapkan untuk jenguk2 Ma..ala maklumlah kami ni jauh2 belaka.
Dalam lapan beradik, alhamdulillah, semuanya diberi Allah kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup..
Semuanya berkat didikan dan doa Ma..

Akhirnya ,dikejauhan ini, Doa ku buat Ma sentiasa..
Selamat hari jadi, selamat panjang umur, murah rezeki kesihatan dan kehidupan yg bahagia dunia akhirat, Ma.serta ampun segala kesalahan anaknda dan maaf kerana ketidakmampuan kami untuk bersama Ma pada hari lahir Ma ini..


Ni adalah family tree yg eisya, anak akak buat..Ma bersama kami lapan beradik :)

dikiri,tersayang, dikanan tercinta akak..:)Bahagia sungguh..

Kenangan Ma dihadapan hotel ketika mengerjakan umrah.

Ma meninjau cenderamata nak bawa pulang untuk anak cucu..


Ma diatas bot ketika menunaikan umrah tahun lepas.. 



 

Wednesday, April 10, 2013

Jadual tugasan 2013

Alamak! Dah bulan April, baru lah berpeluang menyiapkan jadual tugasan untuk kelas akak 5 Imam Syafie.huhu.

Wordless Wednesday (elephant ride vs horse ride-Thailand)

Monday, April 8, 2013

Dari Allah kita dtg, kpdnya kita kembali.

Semalam merupakan satu hari yg cukup menginsafkan bgku.Bayangkan menziarah dua kematian dlm masa beberapa jam sahaja, cuma bezanya yg satu ziarah diwad hospital dan satu lg selang beberapa jam, dibilik mayat hospital.
Ya Allah kau cucuri limpah rahmat keatas roh keduanya, tempatkan lah mereka dikalangan org beriman serta tabahkanlah hati keluarga mereka menghadapi dugaan ini.
Seorang teman, pergi dgn sekelip mata, hanya rebah ketika acara sukan kanak2 pra ditempat arwah mengajar, menurut doktor akibat tekanan darah terlalu tinggi, terus koma dan bergantung pd mesin, dan suaminya membuat kptusan meredhakan pemergiannya kerana tiada apa yg boleh dilakukan lg kerana kerosakan otak yg teruk.
Setelah pulang kerumah, hanya setelah beberapa jam kemudian, mendapat berita pemergian seorang kwn baik anakku Fatiha pula kerana accident.menurut cerita tayar kereta yg mereka sewa ketika outing dr kolej matrikuladi Gambang tiba2 meletup, dan kwn fatiha tu duduk dibahagian depan, dan meninggal akibat kecederaan dalaman yg teruk.sempat kami melihat jenazahnya dibilik mayat, mukanya bersih, seolah tertidur sahaja.Tak sedar airnata mengalir, sedih sungguh, sebab arwah mmg biasa dgnku, selalu jg bermalam dirumahku dulu.Semoga Arwah damai menemui pencipta..
Nasib kita belum tentu bagaimana lagi..ya Allah.

Dibawah gambar dr tingkat 4 hospital Tg.Ampuan Afzan, Ktn.
Post dr my tab.

Saturday, April 6, 2013

Tetamu burung comel

Assalam dan selamat pagi sume, pagi ni burung comel mengetuk-ngetuk ditingkap bilik akak..comel sgt,warna kuning..tpi kesiannn..burung ni mcm mencari-cari...mungkinkah dia kehilangan anknya atau ibunya? Dia nmpak bayangnya kat cermin bilik akak lalu dia sangkakan itu lah yg dicarinya...

Sedangkan binatang tahu berkasih sayang.apatah lagi kita sesama manusia..:)

Salam sayang semua., selamat berhujung minggu...

Blog dah ok :)

Ahamdulillah, akhir nya semua dah ok..Bloglist Akak dah boleh up date macam biasa, dua tiga hari ni, akak menggodek sana sini nak betulkan tapi, bimbang juga takut jadi macam"tikus membaiki Labu" .
Jenuh lah gugel sna sini, tapi dalam pada tu, ada juga kebaikannya, banyak juga ilmu yg sempat akak ceduk, sepanjang akak mencari-cari penyelesaian tu..(entri terbaru tak update dalam bloglist),Walaupun dah update kat blog.

Banyak blog yg akak kunjungi, banyak cara juga yg mereka tunjuk, tapi semua tak menjadi..hinggalah..
Green lava ni bgtau akak: Cuba ke Settings > Other > Post Feed Redirect URL. Ada apa dalam kotak tu? Kalau ada something, kosongkan.

Akakpun ikut arahan dia..mulanya kat dlm kotak tu ada url blog akak, tapi akak ikut, dan remove url tu..
Lepas tu, malam ni, akak try up date antri, Alhamdulillah, dah muncul pun entri baru kat bloglist, (Akak jengok kat blog kengkawan yg letak bloglist akak kat blog dorang.. )

Akak nak ucap kan terimakasih pada siapa pun beliau yg prihatin  ni ye..ni blog dia..Blogger Sentral. akak tak pasti lah..atau mmg ini dari blogger ekk..:))

Rindu padanya..

Malam ni, terasa rindu sangat pada puteri bungsu Akak,Aisya..
Petang tadi,Aisya berangkat ke Kem kepimpinan Pengawas kat Kem Cempaka, Penor bersama kwn2 dan gurunya..Walaupun tak jauh dan tak lama, tapi mungkin sebab jarang berpisah dan anak bongsu pulak tu..
Susah akak nak lelapkan mata malam ni..terdengar-dengar suara dia..kat rumah ni, Tak de sapa nak teman umi dan abahnya ni berbual dan bergurau...dia lah je..Kakak2 semua dah besar dan tak de kat rumah pulak tu..
Umi doakan Eisya ok kat sana ye..harap mudah lah terlelap, sebab kejap lagi tentu nak kena bangun dah, Solat tahajjud, Qiamullail kan..Tak pe, bukan lama pun, lagipun tentu banyak ilmu boleh dapat kat sana kan..

Ni lah Eisya..buah hati pengarang jantung Umi dan abah.:)

Friday, April 5, 2013

Masalah belum selesai.

Macam tak de mood nak update dah..
Semua entri baru tak keluar kat dashboard dan bloglist pun tak hapdet..masih cerita lama, padahal akak dah tulis banyak cerita baru..
Dah gugel dah try macam2..still the same..
Tak tau dah nak buat macmn..huhu

Update ni lebih kepada nak test..
sori n tq you alls ye.

Thursday, April 4, 2013

Celebrate Bday kat LIlaWadi.

Baru-baru ni, kami sambut befday Aisya kat Lilawadi..Ala..Restoren yang tempat Diana Daniel tempah manggo cheese cake masa wedding dia aritu..

Kedai ni terletak berhampiran pejabat kastam ,Kuantan dan dibelakang Kedai perabot Jelita. Kalau tak tau, boleh bertanya kat org Kuantan, rasanya mereka tahu tempat ni..
Kat sini, macam2 makanan ada selain cheese cake, ada makanan barat, ada set barbe-q dan macam2 lagi..

Akak tak ambil lah banyak sgt gambar kedai ni, sebab waktu tu org agak ramai, rasa segan lah pulak, yg ada pun akak google dan gambar beday girl je lah banyak..:)

Jom tgk..

Birthdau cupcake Eisya


Hepi beday dear..


Ni lah Manggo cheese cake dia..yummy.


Lilawadi (Gambar google)


Google

Siapa boleh tolong?

Tak tau lah dimana silapnya..Walaupun dah up dated banyak kali, tapi tajuk dekat link masih sama..Patutlah kengkawan tak ramai yg dtg, pasal pada link akak tu masih tajuk cerita yg sama yg akak tulis beberapa minggu lepas dah..nmpk macam tak di hapdet, padahal dah banyak cerita baru..Apa pasal yek? Ada sesiapa tahu tak dimana salah silapnya? Tak best lah mcm ni..Dah jenuh juga akak kelebek sana sini, namun tak berhasil lagi..huhu

Help!! Siapa boleh tlg??
Please..TQ

Spontan Khamis.

Alhamdulillah, dah besar anak dara saya,
Baru sebulan dpt lesen, hari ni dah memandu sendiri ke kolej..caya lah..tp hati2 ye tiha.,:)
senanglah sikit Umi lps ni...hehe

Wednesday, April 3, 2013

Percutian di Thailand (Samila Beach)

SAMILA BEACH.

Pantai indah terletak di Daerah songkhla Thailand.
Mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Bandar Hatyai untuk sampai ke pantai ini. Kat pantai ni, kita dapat lihat beberapa patung iaitu patung mermaid dan patung kucing dan tikus.

 
Pulau kat blkg tu dikatakan pulau lagenda cat n rat..



Fatiha dgn aksinya

Ni Aisya n Abah

3 kuntum bunga

Akak pun tak lps peluang






Terdapat beberapa gerai muslim, Alhamdulillah, dpt kami menghilangkan lapar dan dahaga.

makanan halal mudah didapati disini.

berbagai pilihan..


berbagai cenderamata atau souvenier dijual kat sini




Menurut lagenda,  ada seekor anjing, kucing dan tikus yang belayar dalam sebuah sampan milik seorang pedagang Cina. Mereka mencuri bola kristal ajaib dan cuba utk melarikan diri dengan berenang di Samila Beach ni tp lemas.  

Kucing dan tikus tu jadi pulau di tasik Songkhla dan si anjing tu mati di pantai dan jadi sebuah bukit bernama Hin Khao Tang di teluk berdekatan.  Bola kristal tu hancur dan menjadi pasir pantai yang putih yang dikenali sebagai Hat Sai Kaeo.
Begitu lah kisahnya..

Manakala kisah mermaid  yg sedang menyikat menyikat rambutnya dgn sikat emas di tepi pantai Samila ni pula...menurut ceritanya pada satu malam dia terserempak dengan seorang nelayan muda.  Mermaid ni ketakutan dan terus berenang ke laut semula.  Nelayan tu terus menunggu dan menunggu untuk bertemu semula dengan mermaid tu tapi hampa. 


Patung mermaid ini dibuat dari tembaga dan dibina pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus.  Mermaid ni pun kisah lagenda di Thailand.  
menarik kan.. Jom kita tgk gambar yg sempat kami abadikan di tengah panas terik tu...huhu sampai migrain kepala akak huhu,tapi blog punya pasal, akak sanggup..hehe 

Sampai disini dulu, tak rugi kan melawat ke sini..
 

Akhirnya parlimen bubar hari ini 3hb April 2013.


Parlimen Bubar
Berita Terkini: Parlimen Bubar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini (3 April 2013) bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke 13.(pru 13)
Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Dah lama rakyat tertungu-tunggu..
Mari lah sama-sama kita menanam azam untuk memilih pemimpin yang terbaik antara yang terbaik,demi masa depan anak cucu kita juga.
 Tak lama selepas pengumuman ini dibuat, hujan rahmat turun membasahi bumi Kuantan yang telah ketandusan sejak skian lama. Syukur alhamdulillah.


T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink