Minggu lepas, akak folo incik suami berseminar di Kota Bharu, Kelantan.Lama nya tak kesini..berbelas tahun dah rasanya, kali terakhir akak pergi waktu menghantar adik akak 'jemput menantu' masa dia kawin, suaminya org KB, sekarang anak sulungnya dah berumur 13 thn sama umur ngan Eisya sibungsu akak...itu yg kali ni bila abg kata ada seminar kat sana akak nak ikut sgt2...hihi
Kami menginap kat hotel Grand river view..sesuai dgn namanya mmg menghadap sungai Kelantan rupanya...
Melangkah je masuk dalam bilik terus mata tertumpu ke jendela hotel..air sungai mengalir deras, dan agak kekuningan..mungkin kerana musim tengkujuh agaknya...
Hotel ni terletak tak jauh dari pusat bandar Kota Bharu dan boleh jalan kaki je pun dari hotel..walaupun ada beca, tapi akak tak sampai hati pulak nak naik bila tgk pakcik2 yg dah agak berumur yg membawanya...huhu
Sebelum incik suami masuk dewan berseminar keesokan harinya, sempat lah kami bersiar dan melawat beberapa tempat yg kiranya wajib dikunjungi di koto baru ni...antaranya tentu lah Pasar Siti Khadijah, sempatlh beli budu, jala mas, asam jawa bergula, dan beberapa jenis makanan tempatan kat situ, nak bawak balik sebagai buah tangan..
Kami sempat juga ke Istana lama, Istana Jahar, Kampung kraft,semuanya terletak berdekatan je antara satu sama lain.
Sebelah ptg ke zon bebas cukai Pengkalan kubur, dan sebelah malam ke pasar malam Wakaf Che Yeh.
Tak beli apa sangat pun, sekadar cuci mata je..
Selama tiga hari dua malam di Kb memang terasa kedamaian disini, dgn makanan yg berbagai jenis dan org2nya pun murah dgn senyuman..
Selamat tinggal negeri Cik Siti Wan Kembang atau negeri Serambi Mekah.Ada rezeki, ingin ke sini lagi..
Jom layan gambar..
2 comments:
Baca n3 n tgk pic akak ni brtmbah rindu nk blk kg...huhuhu...
wah kak,g KB tak menalipon pun,mana tahu kebetulan ida balik sana cuti ni..hehehe...tapi tak balik pun kak..suami sibuk ngan budak exam,,,baru je selesai...seronok kan jalan-jalan sana..tapi musim hujan tak syok berjalan..
Post a Comment