Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, June 5, 2014

Perth vacation(part 2)

Sambung kisah percutian akak kat Perth.
Hari kedua kami plan nak g shopping souvenir untuk bawa balik..
Akak pernah terbaca kat blog
salah seorang rakan blogger yang dah berkunjung ke Perth antara barangan yang termurah disini terdapat di E Shed market.
Terletak di antara museum maritim dan di dek pelabuhan di Victoria Quay, Freemantle.Ia dibuka dari jam 9am - 5 pm, setiap hari Jumaat hingga Ahad.
Ternyata memang barangan kat E SHED MARKET ni paling murah setakat ni yang akak jumpa,macam-macam ada kat sini  seperti t shirt,hand bag dari kulit kanggaroo,barangan souvenirs seperti keychain,fm,tuala dan barangan kemas seperti cincin dan rantai tangan pun ada..
Bila dah jenuh bersoping kat dalam tu terasa lapar lah pulak perut..tak sangka rupanya ada pulak gerai makan kat dalam tu dan yg bestnya gerai makanan halal,pemiliknya berbangsa arab dan ada juga gerai makanan org melayu..siap ada satay lagi..
Lepas soping dan makan,kami berjalan kaki ke Museum maritime yang terletak tak jauh dari situ,tapi sayang nya dah nak tutup..so,kami hanya bersiar dan ambik gambar di luar je lah..
Menurut cerita dalam blog yang akak baca,kat museum Maritimes ni kita boleh rasai sendiri pengalaman berada didlm submarine..macam menarik kan..tapi sayang sebab x de rezeki kami nak rasai pengalaman tu..
Ok lah,setakat ini dulu untuk kali ini,jom belek gambar sekitar E Shed market dan Museum maritime ye..
Esok kami akan berpindah tempat tidur dari Season Hotel ke aparment pula..Jgn lupa singgah lagi ye..aparment akak nanti sgt cantik...berhadapan dengan pantai dengan pemandangan yang menakjubkan...

4 comments:

εïзmmyHazaεïз said...

seronoknye dapat peluang melawat negara org kak... :)

mamyharraz said...

bestnya kak dpt pegi negara omputih :)

maszull said...

assalamualaikum ariana...seronoknya dpt pi ke negeri org kan...x ada ole2 dr sana ke ariana heheeee...:)

puanstoberi said...

cantikkk....
bagus akak buat entry ni sbb kite nak gi bln 10 nati.
tapi, penginapan, visa seme tak buat lagi. huhu.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink