Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, June 13, 2014

Perth vacation (4) The pinnacles,kanggaroo.



Salam semua pembaca blog Ariana's story..

Alhamdulillah,Akak sambung lagi kisah musafir akak ke Aussie,bumi kanggaroo ye..

Kali ni Akak agak teruja sebab cerita akak kali ni berkenaan salah satu keajaiban dunia dan membuktikan kebesaran yang maha esa menciptakan berbagai kejadian diatas mukabuminya ini..

Pemandangan yang memang tak ada di bumi Malaysia,The pinnacles.

Terletak di Nambung National Park,Western Australia. Kalau dari apartment yg akak sewa di Cottlesloe beach ,perjalanannya mengambil masa lebih kurang dua jam juga dgn kereta.
Tapi akak tak rasa lama sebab sangat khusyuk menikmati pemandangan disepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
Almaklumlah ditempat orang,negara omputih pulak tu..segalanya berlainan.
Sambil mata akak ralit memerhati keluar ,hati akak tak putus memuji kebesaran Allah.

 Itu lah di antara kebaikannya bermusafir,menjelajah atau melancung ni..hmm

Kali ni kami telah memilih untuk pergi dengan agensi pelancungan,bukan apa sebab tempatnya agak jauh dari Perth.
Tetapi,sebenarnya boleh je pergi sendiri,sbb alang2 kami dah sewa kereta,boleh je gunakan gps untuk cari tempat tu..
Kepada kwn2 yang nak kesana ,kalau yang dah sewa kereta akak nasihatkan baik lah pergi sendiri tanpa menggunakan khidmat agensi pelancungan..sebabnya amat banyak beza kos nya..
dah balik tu baru akak ngan kwn akak Maz terasa rugi..huhu..bayangkan,seorang 190 Aussie,kalau duit kita tu dalam 500 ringgit lebih tu untuk seorang..kami berempat dah rm 2000..

Tapi benda dah lepas kan, bolehlah juga "encik drebar" kami berehat hari tu dan betul2 enjoy dengan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.

Antara  tempat yang kami singgah dalam perjalanan ialah di sebuah park atau zoo terbuka,yangmana banyak lah kanggaroo dan koala yang lepas bebas kat situ..

Orang kata tak sah kalau ke Aussie dan tak lihat dari dekat Mr. kanggaroo ni..hihi


Nampak tak..nampak tak? banyaknya kanggaroo,tgh santai dan mkn2 lagi..:)

perhati betul2...koala tengah bertenggek kat atas dahan tu..





Hi there..

yang ni suka menyendiri..

nampak tak? koala ni pemalu tau..susah nk ambil gambar dia

singgah minum kopi panas

ni drebar kami yg peramah..


Tgk dari jauh je,kesian nak kacau tgh mkn..

Dari dalam van..bye2..hope to see u again next time..
Perjalanan diteruskan lagi,walaupun hati belum puas bermesra dgn kanggaroo dan koala..

Singgah lagi ditepi pantai yang akak tak pasti namanya yag pasti mmg cantikk sgt..
kami makan chips n fish yg kami beli di kedai berhampiran.

Bkn main bergaya lagi encik hubby akak..huhu


dok pegang bungkusan fish n chips tu..pns2 lagi..hihi

Ehh..dah panjang lebar bercerita..
mana pinnacles nya..

ok..ok.. jom tgk..

Pelek btl..darimana dtgnya semua batu batuan ni,dan mcmn boleh ada desert pulak..

bayar tiket dulu..

Memang tak sabar nak keluar dari van
Takjub sungguh rasa...

Luas  sgt kwsn dia,saujana mata memandang..Subhanallah.









sempat lg main nyorok2 ngan kwn akak, Maz..hihi


Belek jgn tak belek Maz..

Macam2 andaian dan kajian dibuat encik hubby..hihi


Sweet tak..en.hubby tulis nama atas batu..Ari dan Ana..Ariana.
Ok lah..rasanya setakat ini dulu kali ni,Insyaallah kita jumpa lagi nanti..ada lagi cerita..tungguuuu!!!

Oh ye akak baru dapat tahu dari SIL akak, Yan,rupanya artis nasyid Farid Sanullah tu ada buat shooting kat sini lah..Pinnacles, Auussie..:)

Kat bawah ni pula akak serta kan link tentang PINNACLES ye..
Baca lah pd siapa yg nak tau lebih lanjut lg tentang batu ajaib ini..
About pinnacles

3 comments:

NzA said...

bestnya...bila la nak sampai ke perth nie....

ariana said...

@Nza
Insyaallah...yah pun kan dh round merata tmpt jg...blh lh g perth satu hari nnti..:)

maszull said...

assalamualaikum zana...cantik pemandangan kat sana... bila la nak dpt pi ke sana agaknya...:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink