Masjid mmg sgt banyak disini dan terletak berdekatan antara satu sama lain, dengan rekaciptanya yg sgt indah pulak tu..
Tunggu kan di part 4 nnti akak tepek gambar di masjid biru atau Blue mosque ye..
Untuk kali ni akak nak bawa semua ke puncak Uludag yg tak jauh dah dari aparment kami, tp kalau dari bandar Istanbul mengambil masa lebih kurang dua jam nk sampai ke kaki gunung ni..
Walaupun penat sgt semalam sbb turun je dari epot terus travel ke sini, tp alhamdulillah dah dekat dan dpt simpan tenaga untuk bermain salju atau salji atau snow kjp lg.. Hihi
Sebelum gerak ke sana jom tgk bekpes yg sempat disediakan pagi itu..
Ayam goreng( lupa nk cerita smlm sblm sampai apartment singgah supermarket beli ayam fresh ni..)
Senang kat sini sebab hampir semuanya halal, tak mcm waktu travel di australia n New Zealand dulu, melilau cari makanan halal..
Bekpes dah mcm lunch, takpe supaya perut ni lama kenyang.. Taktau pkl brp pulak nk jumpa makanan lg karang..
Selepas mkn maka kami pun terus ke kaki gunung Uludag.
Lebih kurang 20 minit je dah sampai.
Lega bila tgk org tak ramai sgt, sebab akak ada baca dlm satu blog ni nk kena beratur panjang untuk beli tiket.
Tiket ni utk kabel car. Sampai kat atas tu semua free je sbb bkn snow buatan mcm yg kami pergi kat Beijing hari tu, ini yg ori ye..
Tp dalam pd tu kami tertanya- tanya jg betul ke ada snow kat atas sana sbb kat bawah ni lansung tak ada, cuma cuaca mmg lah sgt sejuk..sampaikan my fil pakai pun tak tebal sgt, mufler pun tak bawa, nasib baik ada yg aku punya tu bg kat dia utk tutup leher sbb kita org pompuan ni blh tahan lg pakai tudung..
Jom tgk gambar dalam cable car..
Dan semua pemandangan mmg memukau..
Tak henti kami memuji kebesaran Penciptanya..
Subhanallah,Allahhuakbar..
Sbnrnya mcm2 aktiviti yg boleh dilakukan di ats pncak ni sprti meluncur ais, atau menaiki motor tp kami tak naik pun, ank2 pun dah pernah skying waktu di Beijing dulu so kali ni cukup main2 snow je lah..
Bayaran untuk motor skying tu lebih kurang rm200.
Ni kami ramai2, hanya Ayah (fil) yg tak tahan sejuk dan menunggu didalam cafe sambil minum kopi panas..
Rasa mcm tak nak balik je.. Walaupun kesejukan dan kebasahan namun peluang yg ada digunakan Aisya sebaiknya..
Jom kita pulang Aisya..:)
Tempat ni dibuka sehingga jam 8 mlm, namun cable car beroperasi sampai jam 5 ptg shj.
Kat atas ni lebih kurang mcm kat Genting highland, ada hotel, cafe bagai.
So sape nk tidur kat ats ni pun boleh..tp x pasti lah kadar sewa hotelnya, mungkin mahal kot..
Kami slmt pulang ke apartment jam 6 ptg..
Bersama seribu kenangan manis..
Esok cuma bersiar-siar dibandar sebelum pulang ke bandar Istanbul pada hari lusa.
Setakat ini dulu. Jumpa lg di part 4..
8 comments:
ya allah seronok nyerrr..
Kakak pulak ikut senyum seronok tengok org golek-golek atas snow:)
T.ksh Idzwa kamaruddin
Dan Kak zakie..:)
Salam. Hee seronoknya bermain snow.
@tiga lalat tqvm sudi singgah sini..
Seronoknya dapat main salji...entah bila agaknya kakcik dapat merasainya... :)
wamboiii besstnyaer..tumpang sejuk kegembiraan
Hihi t. Ksh kakcik nur.
T.ksh jg Nekcik kerana sudi singgah sini:)
Post a Comment