Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, November 30, 2011

Gambar suasana PCS



 Assalamualaikum.

Hari ni adalah hari kedua program cuti sekolah
( PCS) di adakan di tempat Ariana mengajar.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


 Sebelum kelas bermula, sedikit taklimat diadakan oleh ustaz yang bertugas, sebelum membaca doa memasuki masjid, doa penerang hati dan asmaul Husna.

Anak warisan agama, bangsa dan negara.

Ustazah sedang memberi sedikit taklimat dan pesanan

Ariana yang baju pink tu..huhu.. keciknya gambar.

Memasuki kelas secara berbaris dan berselawat



Sedang khusyuk membaca kitab suci Al quranul karim

Moga kita semua beroleh manafaat dan keberkatan dari Allah dalam mencari ilmu, menabur bakti serta mencari rezeki yang halal.


Anak-anak ibarat kain putih yang menunggu untuk kita, ibubapanya yang melakar corak penghidupan diatasnya.. Justeru terpulanglah kepada kedua ibu bapanya yang telah diamanah oleh Allah memikul tanggung jawab yang berat ini. Renungkan.

Wordless Wednesday

Kasihnya ibu..

Tuesday, November 29, 2011

Program cuti sekolah ( PCS) Masjid Negeri, Kuantan.

Assalamualaikum.


Hari ni, setelah seminggu bermalas-malas dirumah( sempena cuti sekolah ), Program cuti sekolah pun bermula..maka awal pagi pukul 7.30 a.m, Ariana dah keluar ke tempatkerja.Nasib baik pagi ni, tak hujan, kalau tak, bertambah malas lah nak keluar rumah.Sebenarnya, nak mula keluar tu je yang malas, bila dah sampai ke tempat kerja, seronok betul, lebih-lebih lagi bila dapat jumpa kengkawan yang rapat dah macam adik -beradik.riuh rendah dibuatnya.


Alhamdulillah seramai 200 lebih pelajar yang mendaftar untuk memasuki program cuti sekolah ( PCS) anjuran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pada tahun ini, yang mana Ariana merupakan salah seorang tenaga pengajarnya bersama 20 orang guru yang lain. kelas ni terbuka kepada semua murid ( 6 tahun hingga ke sekolah Menengah ). Kelas bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari, dengan kadar bayaran rm50 seorang.


Sambutan sungguh menggalakkan, memandangkan hari ni baru hari pertama,kemungkinan lebih ramai lagi yang akan menyertai kelas ni nanti. Ye lah, daripada anak-anak dok menghadap Tv dan komputer pada musim cuti ni, tentu ramai ibu-bapa yang inginkan anaknya mengisi waktu dengan perkara yang berfaedah kan.Anak Ariana sendiri,Eisya pun turut sama, Ariana masukkan dia ke kelas tarannum juga, sebab nampak dia berminat ke arah itu.


Hari ni, Tiha puteri kedua tu, paper bio dan esok last day, paper chemistry. Pas tu, legaa lah sebab habis SPM. Tinggal berdebar tunggu result lah pulak.huu..


Ok lah, setakat ni dulu, baru balik ni. Nak tengok, apa si anak dara sulung akak tu buat kat dapur..hehe



p/s . Rasa ralat macamana boleh terlupa nak ambik gambar semasa sesi pendaftaran dan pembahagian kelas murid2 tu pagi tadi..huhu. Tengah sibuk semua lupa.

Sunday, November 27, 2011

Belajar buat signature dibawah setiap post.

Salam Maal hijrah buat semua. Moga 1 Muharam 1433 hijriah membuka tirai baru dalam hidup kita semua. Berhijrah diri dan minda kita ke arah yang lebih baik kerana Allah.  InsyaAllah.


Kehidupan kita dimuka bumi Allah ini, hanya lah sebagai khalifah yang sentiasa cuba mematangkan diri kita, menambah setiap ilmu didada samada ilmu duniawi maupun ukhrawiyah. 



Apapun yang kita lakukan hendaknya biarlah kearah yang baik , diredhai dan dapat membantu orang lain juga tak kira apa pun yang kita lakukan. Baru lah hijrah kita itu bermanafaat dan bermakna.


Hari ni, sempena cuti Maal Hijrah, Ariana sempat belajar sesuatu yang dah lama Ariana nak try sebenarnya tapi, selalu saja ditangguhkan atas sebab faktor masa dan otak yang agak beku ketika tu.. ( nak kena clear fikiran , baru menjadi..hehe)
So..


Hasilnya..dah menjadi tandatangan Ariana kat bawah setiap entri..yea...Sukaaa!!



Disini, Ariana nak ucapkan terimakasih pada sis Kiz yang telah menyediakan tutorial ini, dan menerangkannya dengan begitu simple dan mudah untuk difahami oleh orang macam akak yang tak berapa nak reti benda2 rumit macam ni..atas faktor umur..huhu..( tak pe lah akak mengaku..:) )Lainlah remaja diluar sana yang memang cekap pasal bab komputer ni kan..


Kalau korang nak kan tandantangan korang mavam yang akak buat tu.. sila lah ke Laman blog The Kiz's Garden ni ye..Sori sebab akak tak pandai nak buat sendiri..Dan Thank's a lot to dearest Sis Kiz. 


Oh ye..ada dua perkara yang Akak dah belajar hari ni sebenarnya..selain buat signature di bawah setiap entri tu, satu lagi ialah Tutorial buat tulisan pertama macam kat suratkhabar.. Hehe..

Amacam tandatangan Akak tu..ok tak? :)

Saturday, November 26, 2011

BORAK KOSONG

Assalamualaikum.

Selamat berhari minggu kepada semua. Hari ni, cuaca di Kuantan, Alhamdulillah..terang benderang, sang suria menyinari alam..cepat-cepat lah basuh dan sidai kain tu ye , takut sebelah petang kang hujan pulak..terutama pada yang ada anak kecil, tentu banyak lah kain lampin dan sebagainya yang nak dibasuh..tapi,akak nasihatkan, baik beli mesin pengering ( dryer ) je..Sebenarnya tak mahal mana pun, cuma kalau kita beli yang murah sangat tu, bimbang takut cepat rosak, baik beli yang sederhana..dalam rm 500 pun boleh dapat dah. lagipun penting gak kan..berbaloi kalau beli..terutama pada musim tengkujuh..



 Hari ni, program tak banyak,cuma keluar makan-makan dan layan puteri kedua yang sedang exam SPM tu..Yea..Alhamdulillah tinggal dua paper je lagi..tapi semua yang susah..Bio dan Chemistry..
Bukan apa, anak yang exam..Umi nya yang berdebar.. Setakat ni, menurut Tiha..ok lah dia boleh buat..moga dapat keputusan yang baik nanti..( Memang itu lah pun harapan semua ibu bapa kan..:))
lOVE MY FAMILY....

 Ok lah..setakat ni dulu..
 Jumpa lagi. SELAMAT BERHARI MINGGU..

Thursday, November 24, 2011

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum.
 ~
~
~

Sesekali ku rasa teringin..
melewati hati mu yang dingin..
~
~
~

Maut kerana sebiji bola

Assalamualaikum.

Bukan tak boleh kita meminati sukan bola sepak dan sebagainya..tapi 
kenapa mesti sampai ada insiden macam ni hanya kerana sebiji bola yang ditendang kesana kemari dipadang bola. Tak berbaloi sungguh..

2 penyokong maut: FAM kesal sikap penyokong bertindak ganas




KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedih apabila dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya sedih atas kejadian itu dan kesal dengan tindakan segelintir penyokong yang bertindak ganas sekali gus mencemarkan sukan berkenaan.

kredit: Harian metro on line

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday


Tuesday, November 22, 2011

Nak bercerita tak berfaedah boleh?



Assalamualaikum.

Antara yang mewarnai hidupku beberapa hari ini...



1) Cuti sekolah bermula, rehat seminggu sebelum memulakan program cuti sekolah ( PCS) ditempat kerjaku.
( mula 29hb Nov- 8 hb Dis ). So, dok umah sangatlah enjoynya..walaupun kerja rumah berlambak, tapi, malas..huhu.




2) Anaknda ku Nur Fatiha Syahireen masih dalam suasana peperiksaan. ( SPM). Moga Allah permudahkan dan dia dapat menjawab dengan sebaik mungkin. Tak pe Tiha..abis periksa Insyaallah kita semua pergi makan angin ok.. Beijing..wait for us..!

Ni lah budak tgh exam SPM :)


3) Gembira dapat bertemu rakan lama yang dah lebih 20 tahun tak bertemu sejak zaman persekolahan dulu. ( Kartina). Namun, ada kisah duka perjalanan hidupnya yang membuat aku tersentuh dan amat simpati..moga Tina terus tabah..Manusia mana yang akan terlepas dari ujian dari Allah..hanya cara nya yang berbeza..





4) Cuaca mendung beberapa hari ini..walaupun hujan tak begitu lebat, namun di Negeri jiran Trengganu dengarnya dah ada tempat yang mula banjir..mungkin kami baru mendapat tempiasnya..




5) Lain-lain hal..tengok TV, baring, makan kat luar.., makan pelbagai jenis makanan yang dimasak oleh anaknda sulung, Yaya yang sedang dalam proses mengeksperimen berbagai jenis resepi..
( Yaya baru je habis diploma dari KLIU, tgh tggu nak sambung buat " Ijajah" ) hehe Best! Umi tumpang makan ...:) Jangan gemuk sudah..hehe

Antara  yang Dah di masak oleh Yaya..

spagheti   

puding karamel..yum yum
Hari ni nak masak apa Yaya? Mee kari ke Chocolate cake ke puding buah ke? hehe




Friday, November 18, 2011

Panjang umur, jumpa lagi

Assalamualaikum.

Beberapa hari dah Ariana tak update status. Tak de cerita menarik dan disamping agak sibuk di penghujung persekolahan ni. Macam-macam nak kena bereskan, seperti Majlis Ihtifal dan Khatam Quran, keputusan akhir tahun, dan macam-macam lagi.


Alhamdulillah, hari ni merupakan hari terakhir sesi persekolahan bagi 2011, walaupun sebenarnya Ariana bukanlah bercuti panjang lagi, sebab terpaksa pegang kelas selama dua minggu dalam cuti ni 
( Program cuti sekolah PCS). Tapi, bolehlah berehat dulu selama seminggu, hingga PCS tu start pada 29hb 11 ni ( minggu hadapan).


Petang tadi juga, diatas permintaan anak murid semua, Ariana telah mengadakan sedikit jamuan untuk kelas kami, 5 Uthman. Bukan main gembira anak-anak...walaupun pada akhirnya perasaan sedih pula bertukar ganti, kerana terpaksa berpisah pula. Masing-masing akan menduduki peperiksaan UPSR pula tahun hadapan, setelah menduduki peperiksaan UPKK baru-baru ini. ( sijil agama).


Akhirnya Ariana memohon maaf dari anak-anak andai terkasar atau termarah mereka selama menjadi anak murid Ariana Almaklumlah, selama setahun bersama hampir setiap hari..ada saja leteran dan
  "marah-marah sayang " Ariana pada mereka yang dah di anggap seperti anak sendiri.Doa jua turut mengiringi, moga mereka akan menjadi semakin matang dan berjaya dimasa hadapan tak kira didalam bidang akademik maupun agama.


Jom tengok gambar yang sempat diambil sekitar jamuan 
perpisahan... 


 

Monday, November 14, 2011

Makkatul Mukarramah 1954

Assalamualaikum.


Setiap Ummat islam samada lelaki atau wanita, sudah tentu menyimpan hasrat untuk menunaikan haji atau ke Tanah suci Mekah bagi menunaikan Rukun islam yang ke lima suatu hari nanti.

Walau setinggi mana pun hasrat atau cita-cita dan impian kita itu, namun tanpa izin atau undangan dari Allah, tidak akan tertunai juga hasrat tersebut, sebab itu, kita perlu juga berdoa semuga kita akan mendapat juga undangan dari Allah suatu ketika nanti. Insyaallah.


Keadaan sekarang sudah terlalu selesa, samada dari segi pengangkutan, penginapan dan macam-macam kemudahan lagi yang telah disediakan untuk keselesaan jemaah haji, namun cuba bayangkan bagaimana keadaannya Datok Nenek kita untuk ke sana..dengan menaiki kapal yang memakan masa begitu lama untuk sampai ke destinasi dan berbagai masalah lagi.


Cuba kita lihat gambar yang diambil sekitar tahun 1954 ini, waktu kita belum pun dilahirkan, bagaimana suasana di Tanah suci ketika itu. Masih jauh dari pembangunan, kemudahan dan agak sepi..


Syukur lah dengan keadaan pada zaman kita sekarang.















Kalau x potong macamana pulak?

Assalamualaikum.
 

Alala siannya tengok..Macam terseksa benar..Tapi, kalau x potong macamana pulak ye..



Kesian ada, lucu pun ada bila tengok aksi sikenit ni bila nak potong rambutnya..hehe..


















'













Kredit : berita aneh

Sibuk, sibuk.

Assalamualaikum.

Hari ni merupakan hari yang begitu sibuk, sibuk sungguh..sampai takdapat berbaring sekejap pun tengahari tadi, balik rumah pukul 6.00 tadi, barulah dapat letak kepala kat bantal dan tilam empuk tu sekejap..melepaskan penat, orang kata.


Pas tu, sekarang pukul 6.30 ptg, terus terkam ke blog kesayangan ni..sementara tunggu masuk waktu maghrib.


Hari ni, merupakan hari pertama peperiksaan SPM bermula.
Anak Ariana, Fatiha awal-awal lagi dah bangun hari ni, dan pergi ke sekolah pun agak awal dari biasa..tak nak terkejar-kejar katanya, maklum lah hari pertama peperiksaan. Hari ni kertas BM 1 dan 2.
 Umi doakan Tiha dapat menjawab dengan baik..Insyaallah.



Selepas Tiha dan Eisya ke sekolah, Ariana pula bergegas ke Dewan Jaip, kuantan sebab ada Taklimat tentang Garis panduan SAR KAFA daerah kuantan yang  dibentangkan oleh penyelia dan pegawai pendidikan daerah. Majlis tamat pada jam 1.00 tengahari.


Suasana dalam dewan, semua sedang khusyuk..hanya gambar ni je lah yg sempat snap ngan camera talipon..hehe

Memandangkan Ariana mula masuk mengajar balik pada jam 2.30 ptg, nak balik ke rumah pun tak sempat, so jawabnya tak balik lah..terus je Zohor kat Masjid dan terus masuk kelas.



Bayangkanlah, sakit juga pinggang ni..maklumlah, umur pun bukan muda sangat lagi..hehe.
Tapi, demi tugas dan tanggungjawab..ye lah..kita semua masing-masing pun memang ada tanggung jawab dan tugas kan, takkira lah walau kita hanya seorang surirumah sekali pun, cuma cara atau kesibukan itu yang berbeza..


Asalkan nawaitu kita kerana Allah, dan membuat perkara yang baik pula..InsyaAllah, takkan sia-sia.



Ok lah, Setakat ini dulu sembang-sembang kita petang ni, Ariana kena rehat-rehatkan badan dah ni..Mesin pun kena rest, ini kan pula kita manusia...



Bye. wassalam.


Sunday, November 13, 2011

Good Luck My sweatheart

Assalamualaikum.

Esok akan bermula peperiksaan SPM 2011. 
Setelah berusaha sekian lama, esok bermulalah hari penentu 
kepada semua usaha, penat lelah anak-anak semua selama ini,
Bak kata orang, berusaha dahulu baru lah bertawakal
kepada Allah.





Good Luck kepada semua calon SPM 2011, terutama..buat Puteri ku tercinta, NurFatiha Syahireen Zahari.

Kenangan.." AKUJANJI" antara ibu dan anak.


Doa Umi sentiasa mengiringi...moga Tiha dapat buat yang terbaik, 
Moga Allah permudahkan segalanya.


Mulakan dengan Bismillah dan selawat keatas junjungan Nabi.

Insyaallah Tiha boleh!

Friday, November 11, 2011

Golongan manakah kita?

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang mulia.

3 GOLONGAN MANUSIA

MANUSIA dibahagikan kepada tiga golongan iaitu :-


1) Hidup demi dunia semata-mata.

Allah swt berfirman yang bermaksud,
" Dan tentu mereka akan mengatakan pula hidup adalah kehidupan kita di dunia ini sahaja,dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan.
Surah al-An'am 6:29

Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.


2. Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun,.

Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan 'di sana'.
Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.


3. Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat.

Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak.

Allah berfirman yang bermaksud,:
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhya, kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? 
Surah Al-An'am 6: 32


DI MANA AGAKNYA KITA?

TEPUK DADA TANYA IMAN... 

Thursday, November 10, 2011

Blogger penuh idea

Assalamualaikum.

Ariana kagum pada rakan blogger macam Sis Sunah Sakura , 
 Massaari ( Mrs secretary), tak yah cakap lah Encik Ben kita dan ramai lagi lah blogger yang dah berjaya dan rajin giler meng update entri..ntah berapa kali sehari pulak tu..

Ada -ada saja idea dan cerita mereka-mereka ni..Banyak juga pengajaran dan kisah tauladan yang kita dapat melalui entri-entri mereka..Macam yang sorang ni, selalu papar bab keagamaan dan agak puitis orang nya..Mutiara bernilai.


Selain, mutiara ni, sila kunjungi blog adik Ariana sendiri iaitu

 dan sorang lagi..

untuk berkongsi berbagai cerita terutamanya berkaitan keagamaan dan ilmiah.

Ada sorang lagi brother ni.. Gedek- blog begin at forty, cukup dengan hanya gambar dia sorang, boleh menarik ramai pembaca,
(off course lah ideanya banyak..)


Tahniah pada diorang ni,dan teruskan lah menulis..Kalau boleh, perbanyakkan perkara-perkara yang membawa faedah atau panduan yang berguna buat pembaca..

Buat diri akak, menulis sekadar memenuhi masa, selain menambah bilangan rakan dan kadang-kadang tempat meluah rasa atau berkongsi sedikit kisah suka duka, walaupun tak semuanya dapat dicerita, sebab kadang-kadang ada yang terpaksa ditapis dulu, bimbang orang tersalah tafsir atau orang tak suka pulak, lebih-lebih lagi jika kisah peribadi kan..:)

Selain tu, masa selalu mencemburui..tak sempat nak BW ke blog kawan-kawan, padahal mereka selalu singgah kat blog kita, 
Sorilah ye..Tapi, bila ada kesempatan, InsyaAllah Akak pasti singgah..:)

Dan..terimakasih, pada yang sudi berkawan tu..siap ada yang add kat fb lagi..macam Cik Rina  ( Betty), Fazz, No (mutiara Nolan) dan ada beberapa orang lagi..Time kasih ye..:)


 Ok lah..kali ni, Akak cuma nak minta kawan-kawan sume tolong doakan agar dipermudahkan anak Akak, Tiha didalam SPM nya yang akan bermula minggu depan 14hb .11.11.


Anak yang nak periksa, Umminya yang lebih gabrah , huhu..
 Semalam telah diadakan solat hajat dan bacaan yaasin
disekolahnya.  


Alhamdulillah, ramai juga ibu bapa yang hadir meluangkan masa
demi kejayaan anak-anak.


Setelah mereka berusaha keras selama ini, akhirnya kini hanya iringan doa dan tawakkal kepada Allah S.W.T. 



  Moga kejayaan menjadi milik Tiha serta semua calon SPM 2011.

Suasana ketika menunggu azan masuk waktu magrib.
Sekian dulu kali ini. Wassalam.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink