Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, November 22, 2011

Nak bercerita tak berfaedah boleh?



Assalamualaikum.

Antara yang mewarnai hidupku beberapa hari ini...



1) Cuti sekolah bermula, rehat seminggu sebelum memulakan program cuti sekolah ( PCS) ditempat kerjaku.
( mula 29hb Nov- 8 hb Dis ). So, dok umah sangatlah enjoynya..walaupun kerja rumah berlambak, tapi, malas..huhu.




2) Anaknda ku Nur Fatiha Syahireen masih dalam suasana peperiksaan. ( SPM). Moga Allah permudahkan dan dia dapat menjawab dengan sebaik mungkin. Tak pe Tiha..abis periksa Insyaallah kita semua pergi makan angin ok.. Beijing..wait for us..!

Ni lah budak tgh exam SPM :)


3) Gembira dapat bertemu rakan lama yang dah lebih 20 tahun tak bertemu sejak zaman persekolahan dulu. ( Kartina). Namun, ada kisah duka perjalanan hidupnya yang membuat aku tersentuh dan amat simpati..moga Tina terus tabah..Manusia mana yang akan terlepas dari ujian dari Allah..hanya cara nya yang berbeza..





4) Cuaca mendung beberapa hari ini..walaupun hujan tak begitu lebat, namun di Negeri jiran Trengganu dengarnya dah ada tempat yang mula banjir..mungkin kami baru mendapat tempiasnya..




5) Lain-lain hal..tengok TV, baring, makan kat luar.., makan pelbagai jenis makanan yang dimasak oleh anaknda sulung, Yaya yang sedang dalam proses mengeksperimen berbagai jenis resepi..
( Yaya baru je habis diploma dari KLIU, tgh tggu nak sambung buat " Ijajah" ) hehe Best! Umi tumpang makan ...:) Jangan gemuk sudah..hehe

Antara  yang Dah di masak oleh Yaya..

spagheti   

puding karamel..yum yum
Hari ni nak masak apa Yaya? Mee kari ke Chocolate cake ke puding buah ke? hehe




20 comments:

mas saari said...

saya pun tak bawak lagi anak2 pi jalan2 cuti sekolah ni... diaorang dah sibuk tanya!

ariana said...

mas: tak pe cuti panjang lagi..akak ni kena tggu SPM abis dulu..berkorban demi anak..huhu

mama maman aka yana said...

beshnyer ada yg masakkan..:)

nak rasa sikit puding karamel blh..?? fav mama nih..

ariana said...

mama maman: dah sampai masa Umi nak merasa masakan anak nya hehe..

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhhh bestnya puding karamel tu

Kaz said...

Bestnya nak gi Beijing Kak Ana. Boleh shopping sutera cina kat sana, murah dan cantik.Barang2 hiasan rumah English style pun banyak, cuma makanannya saja yg tak best sikit. Kena bawa byk stok makanan dari Malaysia lah nampaknya.

Rina Rahamat said...

bestnya kak..anak rajin masak..gud luck utk Tiha ya :)

ariana said...

mamasyaza; mmg best :)nak rasa mai lah..hehe

ariana said...

Kaz: dah pernah pergi ke? tapi mmg menurut kata suami akak yg dah pernah pg..mmg makanan x best, walaupun makanan halal tapi bau rempah dan masakan nya tak sama mcm kita..kena bawak maggi kot..huhu.tu yg risau sikit ni..satu lg..pasal dorang tak ramai yg boleh berbahasa inggeris..kena guna isyarat tgn lah nanti..hehe

ariana said...

Rina: your time will come..tggu lah ank2 Rina besar nnti..boleh jd pengarah je kita...hehe. T.kasih dari Tiha..:)

Sunah Sakura said...

pandainya yaya buat! suka! nampak sedap!

anumuchan said...

good luck dkt anak akak..

moga perjalanan akak sekeluarga ke beijing nnt dipermudahkan :)

sy pn x sampai lg china..heee

ariana said...

Sunah sakurs: Yaya tu ibarat bdk baru belajar..bolehlah..:)

ariana said...

Anum: timekasih diatas ingatan dan doa..hrp semuanya ok dan Allah permudahkan semua urusan disana nanti..

Niena Muhammad said...

fuyyOo spaghetti tu mengancam jiwa raga la kak..... lma xmkn ...


nak...

Kakzakie Purvit said...

Seronok kalau anak dara dah besar panjang... duduk menanti apa yg dihidang cukup hebat rasanya... boleh senyum lebar sekarang nie..

Tiha.. selamat berjuang sayang.

ariana said...

Niena: wah..penggemar spagheti ye..:)

ariana said...

Kakzakie: memang seronok..Alhamdulillah..tapi banyak benda lagi nak kena perturun dan ajar pada mereka ni kan..
Timekasih atas doa buat Tiha ..:)

Cikgu WanN said...

Rupa ank akk sebiji mcm akk ;-) suspen jap td hehe..
Pasne akk leh rht la dah ada ank yg pndi msk..
Memg kt sana tgh hjn setiap hr kn.
Berhati2 ya, kak.

ariana said...

Al wardah: haha..anak emak kan..mesti lah rupa macam Mak..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink