Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum
Salam Aidil adha buat semua..
Beraya kat mana korang semua tahun ni? 

 Akak Insyaallah akan balik kampung esok pagi selepas solat raya dan lepas bemaafan ngan FIL yang tinggal tak jauh dari rumah kami, lepas tu terus ke Temerloh, sebelah akak pulak..yang tak berapa jauh sangat sebenarnya hanya sejam perjalanan.

Kemudian sebelah malamnya family sebelah akak akan berkumpul ramai-ramai dan buat bbq..tentu seronok..tak sabar rasanya. akak pun dah tempah sate special untuk bakar membakar malam raya nanti..

Walaupun kali ni cuti tak panjang, tapi, Alhamdulillah semua adik beradik akak seramai lapan orang akan berkumpul pada malam raya  ( Ahad tu..) Tentu Ma lah akan jadi orang yang paling bahagia nanti bila semua anak menantu dan cucu-cucunya seramai 18 orang berada disisinya..:) Hadiah terbesar buat seorang ibu..

Akhirnya Salam Aidil Adha buat semua. 

Semoga kita sama -sama mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah pengorbanan nabi dan jangan lupa segala pengorbanan orang yang menyayangi kita selama ini, demi melihat kebahagiaan kita..:)

1 comments:

zan said...

Raya Nanti X buat gulai tempoyak patin ke?,,emm dapnya patin temerloh.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink