Assalamualaikum.
Hari ni merupakan hari yang begitu sibuk, sibuk sungguh..sampai takdapat berbaring sekejap pun tengahari tadi, balik rumah pukul 6.00 tadi, barulah dapat letak kepala kat bantal dan tilam empuk tu sekejap..melepaskan penat, orang kata.
Pas tu, sekarang pukul 6.30 ptg, terus terkam ke blog kesayangan ni..sementara tunggu masuk waktu maghrib.
Hari ni, merupakan hari pertama peperiksaan SPM bermula.
Anak Ariana, Fatiha awal-awal lagi dah bangun hari ni, dan pergi ke sekolah pun agak awal dari biasa..tak nak terkejar-kejar katanya, maklum lah hari pertama peperiksaan. Hari ni kertas BM 1 dan 2.
Umi doakan Tiha dapat menjawab dengan baik..Insyaallah.
Selepas Tiha dan Eisya ke sekolah, Ariana pula bergegas ke Dewan Jaip, kuantan sebab ada Taklimat tentang Garis panduan SAR KAFA daerah kuantan yang dibentangkan oleh penyelia dan pegawai pendidikan daerah. Majlis tamat pada jam 1.00 tengahari.
Suasana dalam dewan, semua sedang khusyuk..hanya gambar ni je lah yg sempat snap ngan camera talipon..hehe |
Memandangkan Ariana mula masuk mengajar balik pada jam 2.30 ptg, nak balik ke rumah pun tak sempat, so jawabnya tak balik lah..terus je Zohor kat Masjid dan terus masuk kelas.
Bayangkanlah, sakit juga pinggang ni..maklumlah, umur pun bukan muda sangat lagi..hehe.
Tapi, demi tugas dan tanggungjawab..ye lah..kita semua masing-masing pun memang ada tanggung jawab dan tugas kan, takkira lah walau kita hanya seorang surirumah sekali pun, cuma cara atau kesibukan itu yang berbeza..
Asalkan nawaitu kita kerana Allah, dan membuat perkara yang baik pula..InsyaAllah, takkan sia-sia.
Ok lah, Setakat ini dulu sembang-sembang kita petang ni, Ariana kena rehat-rehatkan badan dah ni..Mesin pun kena rest, ini kan pula kita manusia...
Bye. wassalam.
4 comments:
banyak betul ariana punya agenda .. bilalah agaknya kita boleh berjumpa kan :)
Ieda: ye lah..mcm lah akak sorang je yg sibuk ekk..:) Tapi, betul lah kita ni nama je dok satu tempat..x pernah plk terserempak kat mana2 ye..kalau terjumpa tu, tegurlah..Insyaallah, ada rezeki, nanti kita jumpa ye:)
Memang sakit satu bdn kalau sehari suntuk kita tak dpt rehat dgn selesa...sy pun kerap rasa mcm ni... mlm ni tidur awal kasi bdn rehat secukupnya jgn bagi bdn terlalu stress.
CT: tu lah.. ingat nk masuk tido awl lah ni..kejap lg lah lps BW sikit..lama dah x ziarah blog kengkawan:)
Post a Comment