Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, August 6, 2012

Ramadhan merapatkan hubungan

Assalamualaikum.

Ramadhan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan..
Selain beramal ibadat, bertadarus, bertarawih..moga amalan berkongsi juadah sepanjang Ramadhan ini akan menambah pahala kita, serta yang penting dapat merapatkan lagi hubungan sesama, kemesraan terasa bila sesekali dapat berbuka puasa bersama insan tersayang, ibu bapa dan sanak saudara..

Baru -baru ni, Ariana sempat meluangkan masa berbuka puasa bersama Bonda tersayang dikampung, ( tapi tak sempat bergambar), lepas tu dengan Ayahnda mertua pula, dan kemudian denagan anaknda Tiha yang berada di Kolejnya..Ariana percaya tentu ramai rakan diluar sana yang turut sama meluang masa berbuka bersama insan tersayang anda kan..

Jom kita tengok gambar2 yang sempat diabadikan sebagai kenangan ini..
Ni adalah kafeteria Kolej Matrikulasi Pahang (KMP)

Sedang menunggu waktu azan dan berbuka puasa.

Noodle station curry mee.

Antara makanan pesanan Tiha..potato wedges.

Suasana di kafe

Dah azan..

Bangunan hostel


Semua juadah berbuka dibeli je, tak sempat nak masak, sebab hari Jumaat, hari bekerja..Insyaallah lain kali Umi masak ye Tiha..:)

Ni pula gambar iftar ngan Ayah..yang ni bukan tak nak masak, tapi dah Cik Abang kata kita makan kat restoren seafood je lah..kat Tanjung Lumpur yang femes kat Kuantan tu..hehe

Udang celup tepung

Ayam masak halia

kerapu sweet n sour

menunggu waktu berbuka

father n son

tom yam campur

Alhamdulillah, habis..x lah membazir..:)

Nak balik dah..hantar ayah ke keretanya..

Nama restoren ni unik..TURSINA..macama kat Mekah pulak.sempena nama bukit Tursina. 

Alhamdulillah...pulang dengan kenyang dan yang penting dapat bersembang ngan Ayah yang dah lama tak jumpa..kerana kesibukan masing-masing..( Ayah tu pun masih bekerja tau..) tu yang susah nak jumpa, tggu cuti baru boleh jumpa..

Sekian dulu bingkisan Ramadhan kali ni..

Wassalam.

14 comments:

Kakcik Seroja said...

Memang seronok dapat berkumpul ramai2. Hujung minggu kakcik pun biasanya dipenuhi dengan berkumpul adik-beradik. :)

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer :)

Ayu said...

seronoknye dapat bersama2 ngan org tersayang, :)

maszull said...

assalamualaikum ariana...memang seronokkan dpt berbuka bersama2 lagi ramai lg seronoknya...;)

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam kak...wah kakkkk yg ni lagi meriah berbuka ramai2 satu restoran... igt lagi berbuka kat restoran tahun lepas time berbuka tu satu restoran sunyi sepijeee yg kedengaran bunyi sudu dgn gelas je kelentang kelentung.

Kakzakie Purvit said...

Berbuka dgn org disayang lain nikmatnya..

umiawadah said...

kat sini ke akak cadang ida beli ikan bakar tu...wah sedap2 lah...seronokkan dapat berkumpul bersama..

aizamia3 said...

hujung minggu adalah waktu yang ditunggu.. dapat bersama en. suami bersama-sama melayani kerenah anak-anak.. ;)

kurus said...

seronok berbuka ramai2 nie kak
ramadhan lahh masa nak merapatkan hubungan kan ;)

kolej nie dekat ngan rumah saya , masa saya duk ktn dulu kak ;)

mamyharraz said...

bulan puasa mmg mengeratkan silaturahim antara family..

yelah hari biasa kita sibuk bekerja..hujung minggu pulak kadang ada je aktiviti sendiri,di bulan puasa ni sibuk mcmmana waktu berbuka tu waktu utk kita sama2 berkumpul.

best sgt kan kak.

Cik Rose said...

seronok kan berbuka ramai2...

udang goreng tepung tu sedap..nak jugak :)

Mutiara Bernilai said...

jujurnya, saya dari dulu ada dua rasa kpd akak..


satu, saya cemburu..cemburu dengan kebahagiaan n keindahan keluarga akak..

kedua, saya hormat dan kagum..kagum dgn cara akak bergaul n interaksi dgn anak2 dan suami akak..

insyaAllah. moga Allah redha dgn kita

Izan Ishak said...

terasa kemeriahan bila dpt berbuka dgn org2 tersayang ye kak... izan pun tak sabar nak tunggu mak dtg sini ni...

Aine Ainun said...

seronoknya buka ramai2...
berkat=))))

satakat ni x kesempatan lagi,
keluarga jauh disanaaa.a...=)))

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink