Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, November 30, 2012

Buku " Mama saya lapar.."

Akak tengah tunggu hubby balik dari opis ni, ambik akak dan anak-anak dan terus ke KL. Sebenarnya hubby ada seminar  esok,so akak ngan anak-anak biasa lah..mesti nak ikut sama..kebetulan cuti, boleh lah..:)

Dalam pada tu, Akak terjumpa ni.. kat fb Wardina saffiyah yang akak minati tu..so, akak nak share ngan kengkawan pulak..
Akak pasti ramai ibu2 diluar sana yang menghadapi masalah mengenai pemakanan anak-anak..mudah-mudahan sedikit sebanyak buku ni dapat membantu..

Buku "Mama, Saya Lapar" diterbitkan pada tahun 2010. Alhamdulillah sekarang dah masuk cetakan ke-4 :) Buku ni sesuai untuk semua ibu yang sebelum ini mempunyai masalah mengenai pemakanan anak-anak.

Ramai tanya nak beli kat mana, saya tak pasti ada di semua kedai buku atau tak tapi boleh cuba hubungi terus penerbit iaitu Alaf 21 > http://rkurl.com/belibuku

Menyingkap makna ayat duduk antara dua sujud

Salam Jumaat Saiyyidul ayyam, hari yang berkah.Penghulu segala hari.

Sedikit perkongsian buat renungan bersama hari ini:

Hayatilah dengan sepenuh penghayatan akan maksud-maksud ayat yang setiap hari kita lafazkan ini dan lafazkanlah didalam solat kita dengan penuh pengharapan dan sifat kehambaan.

Kelebihan doa ini ialah ianya terletak diantara 2 sujud, dimana waktu sujud itu adalah waktu yang dikatakan saat paling dekat seorang hamba itu dengan Allah. Ia melahirkan keazaman serta penyerahan yang tulin pada jiwa seorang hamba untuk mencapai apa yang diharapkannya daripada doa itu. Oleh kerana itu hayatilah setiap gerak doa ini supaya memberi kesan yang baik kepada kemantapan iman.

Rabbighfirli
Tuhanku, ampunilah daku

Warhamni
rahmatilah daku (sayangilah daku)

Wajburnii

tutupkanlah keaiban diriku
Warfa'nii
Tinggikanlah darjat hambamu ini
Warzuqnii

berikanlah daku rezeki
Wahdinii
berikanlah daku petunjuk

Wa'Aafiniisihatkanlah diriku

Wa'fuannii maafkanlah hambaMu ini
Ya Allah..begitu dalam maksudnya..itu hanya baru dibeberapa patah kalimah...sedangkan hambamu ini terkadang solat pun dihujung waktu, membaca kalimah dlam solat pun macam orang nak masuk pertandingan lumba lari..sedangkan makna yg tersirat di sebaliknya begitu tinggi nilainya..
Astaghrafirullhala'zim.

Thursday, November 29, 2012

Bahaya uri bawah rahim-Ya Allah permudahkanlah.

Setiap ibu yang hamil tentu mahukan kandungannya sihat,dari awal sampailah selamat bersalin..Namun kadang-kadang yang amat kita takuti itu berlaku juga samada terhadap diri kita sendiri, atau pada adik beradik yang lain..dan pada minggu lepas, adik akak, Ita dikejarkan ke hospital kerana masalah bleeding yang agak banyak dan usia kandungan Ita baru 24 minggu.Menurut doktor memang uri dibawah,sebab tu lah dia memang tak boleh lasak-lasak,bahkan kalau boleh doktor nasihatkan supaya berehat dan berbaring saja..Sebelum ni, memang dah tau uri dibawah tapi Ita berharap agar uri tu akan berubah kedudukan juga nanti,dan menurut ita dia bukanlah buat kerja berat sangat, cuma menyapu dan basuh pinggan sikit2. sambil tu kena tengok kan juga anak nya yang tiga orang lagi tu, yang  sulung baru darjah 6, yang kedua darjah 3 dan yang bungsu pula berusia 5 tahun. Ita ni seorang guru tapi, kebetulan sekarang kan cuti sekolah, tapi tak sangka lah pulak rupanya kena habis kan masa di hospital sepanjang cuti ni.

Doktor terus tahan Ita dan tak benarkan pulang, bimbang bahaya kandungan dan ibu..betul juga, kalau kita dok kat rumah, ada-ada saja yang kita nak buat kan..Akak pun setuju doktor menahan ita di wad, cuma sekarang kesian kat anak-anak ita lah, terutama yang bungsu Iddin tu, sampai demam baru-baru ni mungkin sebab tak biasa berpisah dengan Umi dia..Walaupun dia tak menangis dan asyik bercerita yang dia nak dapat adik tak lama lagi..huhu sian sungguh Iddin.

Menurut doktor, baby dalam perut baru seberat 1.3 kg, kecil sangat lagi, so doktor berharap agar dapat bertahan sampai baby agak besar dan masuk term, baru lah boleh bersalin..Dah lah sebelum ni, Ita pernah kehilangan anak keduanya ketika bersalin akibat komplikasi uri lekang.( Akak sendiri pun kehilangan anak sulung akibat uri lekang 20 tahun yang lalu..Al fatihah buat yg telah tiada)

Buat masa ni, anak Ita yang kedua dan ketiga berada dikampung dibawah jagaan mak akak manakala yang sulung, Humairah ada dengan akak kat rumah ni, boleh juga buat kawan Eisya anak akak..

Akhirnya, akak doakan moga dipermudahkan Allah dan Ita selamat bersalin nanti.mohon jasa baik kawan-kawan juga tolong doakan sama ye..

Dibawah ni akak nak kongsi kan masalah Uri di bawah ( placenta previa)
yang akak google kat  sini
Moga dapat memberi manafaat buat kita bersama.

Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.
Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.
Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20 peratus daripada uri berada di bawah pada awalnya, tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma lima peratus yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).
Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja. Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis iaitu uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim, uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim, uri menutupi sebahagian pintu rahim dan uri menutup keseluruhan pintu rahim.
Sekiranya wanita mengalami PP jenis keempat, terdapat risiko tinggi kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.
Risiko
Sehingga hari ini, punca berlakunya PP tidak diketahui. Namun terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko PP, iaitu wanita yang mempunyai sejarah kelahiran secara pembedahan sebelum ini, wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang ramai, wanita muda di bawah umur 20, merokok semasa hamil dan kandungan kembar.
Wanita yang mengalami PP pada kebiasaannya mengalami kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblik). Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.
Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu adalah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim. Pembedahan caesarean adalah kaedah yang disyorkan. Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.
Apa yang membimbangkan mengenai PP ini, komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu. Komplikasi pada bayi adalah seperti pendarahan yang banyak pada ibu. Ini boleh meningkatkan kadar morbiditi dan kematian pada bayi dan meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan.
Komplikasi pada ibu pula pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa. Pembedahan caesarean, meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage) dan meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Keadaan uri melekat pada rahim dikenali sebagai placenta accreta. Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku, rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.
Selamat
Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat, iaitu pembedahan caesarean. Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan, ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut iaitu tahap keseriusan pendarahan, usia bayi dalam kandungan dan juga sokongan perkhidmatan pediatrik.
Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan, pembedahan caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke 38 usia kandungan. Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.
Saya harap Puteri R sudah jelas dengan penjelasan yang diberikan dan jangan mendengar bualan rakan-rakan sahaja. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor dan semoga penjelasan yang diberikan akan menghilangkan kegusaran tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120527/kn_01/Bahaya-uri-bawah-rahim#ixzz2DbNvmctT
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bahaya uri bawah rahim

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120527/kn_01/Bahaya-uri-bawah-rahim#ixzz2DbOIrcZb
© Utusan Melayu (M) Bhd

RAMAI yang salah faham dengan istilah uri bawah (sama seperti salah faham terhadap istilah rahim terbalik). Ramai yang menyangka uri boleh bergerak atau boleh digerakkan.

Uri adalah organ yang terbentuk dalam kehamilan sahaja. Ia berupa seperti sekeping piring yang menjalar atau bertaup kuat pada dinding rahim kerana di antara kedua-dua ini terbentuk jalinan salur darah yang menyalurkan oksigen serta nutrien kepada bayi serta mengkumuhkan bahan buangan ke aliran darah ibu pula.

Mustahil untuk tempat perlekatan antara uri dan kawasan dinding rahim ini berpindah-randah kerana ia mengganggu atau memutuskan jalinan salur darah terbabit.

Memandangkan permukaan dalaman dinding rahim lebih luas daripada uri, maka ada uri didapati melekat pada bahagian bawah uri manakala ada uri pula yang melekat pada bahagian atas uri, ada uri yang melekat pada bahagian dinding hadapan dan ada pula yang melekat pada bahagian dinding belakang rahim dan seumpamanya.

Pada bahagian mana berlakunya perlekatan uri ini ditentukan sewaktu embrio mula ‘mendarat’ (implantasi) sebelum kehamilan menjadi positif dahulu.

Uniknya dinding rahim bahagian bawah terdapat satu garisan lingkungan yang akan melebar membentuk segmen bawah, ini berlaku pada sekitar bulan ketujuh kehamilan. Ini membolehkan uri di bawah kelihatan seolah-olah ‘naik’ kerana kawasan perlekatan uri ini sebenarnya ‘tersasar ke atas’ oleh garisan yang melebar atau mengembang ini.

Ini bermakna:

  • Uri yang pada awalnya di kawasan atas akan kekal di kawasan atas saja, ia tidak ‘turun’ ke bawah.
  • Uri yang pada awalnya di kawasan bawah pula mempunyai peluang akan ‘tersasar’ ke atas apabila segmen bawah uri mengembang kemudian. Peluang ini lebih cerah jika uri terbabit berada pada bahagian dinding hadapan (berbanding belakang) dan agak jauh atau tidak menyentuh pintu rahim (berbanding jika ia menutupi atau me�langkaui pintu rahim). Dalam dunia perubatan moden, uri bawah dinamakan plasenta previa.
  • Uri di bawah bermakna ia melekat di bahagian bawah sejak dari awal kehamilan, bukannya ‘terjatuh’ sewaktu kehamilan terbabit.
  • Uri tidak boleh bergerak-gerak ke atas kemudian ke bawah, hadapan, belakang dan seumpamanya.
  • Uri tidak boleh digerakkan ke mana-mana menggunakan kaedah urut atau apa-apa teknik manual doktor.

    Malah ia boleh mendatang�kan risiko trauma kepada uri terbabit.

    Terdapat beberapa peringkat uri bawah, ini mempengaruhi pilihan bersalin. Sekiranya ia menutupi pintu rahim, lazimnya pembedahan Caesarean akan dilakukan kerana bayi tidak dapat keluar secara normal melainkan uri dikeluarkan dahulu dan ini bermakna memutuskan bekalan darah kepada bayi.

  • Monday, November 26, 2012

    Jalan Teghanu kite

    Semalam akak baru balik dari Teghanu kite..Kebetulan En somi akak ada seminar kat Kuala Trengganu pada hari Ahad tu,Kat Terengganu kan hari bekerja kalau kat Negeri2 lain, termasuk tempat akak tinggal Ahad tu hari cuti, hari minggu.So, sebab akak cuti dapat lah ikut bersama ngan Tiha dan eisya sekali..

    Sebenarnya Terengganu ngan Kuantan x jauh mana, lebih kurang 3 jam perjalanan je..
    Banyak tempat2 menarik kat Trengganu ni, kepok lekor, jala mas, telur penyu, kuih akok, rojak kerateh ( dari kaki lembu), nasi dagangdan macam-macam lagi lah.
    Hahh.. kalau nak rasa telur penyu pun banyak jual kat pasar payang....makanan kat sana memang mewah..bagi yang dah biasa pergi tahu lah kan..
    Itu baru bab makan..

    Lain2..Pantai Batu buruknya yang tak buruk lansung, bahkan sangat menawan..
    Masjid kristal. Muzium Losong, Taman tamadun islam..tapi akak tak sempat nak pergi semua lah..dulu dah pernah pergi..Kali ni, tak berani nakpergi jauh, sebabnya akak yg drive, abang kat masuk dewan berseminar sehari suntuk..huhu.mau tak mau beranikan jg diri..menjelajah Teganu ditemani anak2 je..huhu
    Kalau bakal pengantin, boleh lah beli kain songket..Cik kak boleh shopping kain batik, kain sutera, kain tudung, barangan tembaga, barangan yang dianyam..macam2 lah..tak dapat nak sebut semua kat sini..
    ok lah, jom kita nengok gambor  pulok weh..
    ( yang bawah ni, tulung bace dalang slang Ganu..pada yg pandai tu..)
    Gambo akak makang ikang salut tepung..sedak sangat..hihi

    Otw..singgah lihat penyu bertelur di Rantau abang..( penyu bertelur waktu malam je, akak tumpang bergambar je kat situ sbnrnya..hihi)
    Aisya kat hotel

    Selesa

    Ni lah Cik abang akak..kat depan hotel kami..

    Macam2 ada..ikan celup tepung, udang, sotong..pilih je mn satu..

    Aisya nak sgt air kelapa
    Siapa nak try telur penyu ni?
    Keropok lekor. 
    Jala mas( gambar google)

    Suasana malam..tulisan tu terpapar kat atas bukit.

    Ni yang buat akak tak tidur malam..

    Rambang mata nak pilih yg mana satu..huhu

    Ni kat bahagian bawah pasar payang.

    Jgn lupa singgah Masjid kristal..selesa solat kat sini.
    Pantai Batu Buruk yang indah permai,tidak seperti namanya..
    Naampak tak kat belakang tu..lampu2..i city Trengganu..hihi

    Sekian dulu utk kali ni, Jumpa lagi..

    Untuk panduan kalau nak cari hotel kat Trengganu, boleh klik sini

    Lagi tentang Trengganu kat sini.

    Friday, November 23, 2012

    Pergi Klinik haiwan.

    Sebenarnya dah beberapa hari,Eisya ajak bawa kucingnya "snowy"yang hitam legam tu ke klinik haiwan,tapi baru hari ni berpeluang. Ekor snowy luka, tak pasti samada kena gigit dek kucing lain ke atau apa,
    Dah beberapa hari masih tak baik juga, bimbang melarat pulak'

    Sampai klinik, orang tak ramai sangat so sekejap je lah, sib baik juga sebab snowy dah resah,mengiau sana sini..huhu

    Snowy kena cucuk,dan diberi ubat untuk buhuh pada lukanya. Menurut doktor, kalau tak baik2 juga lagi, kena bawa keklinik semula, bimbang kalau terkena kanser kulit..Bahaya katanya, bahkan boleh berjangkit pada manusi..huhu.Series juga rupanya..seram pulak akak dengar. tapi, harap-harap cuma luka biasa je lah..
    Dah lah memang dari awal lagi akak bukannya setuju sangat bila Aisya ngan Tiha nak bela kucing ni, bukan apa mengenangkan nak jaga tu lah..tapi mereka yang beria berjanji nak jaga elok2..macam-macam mereka pujuk Umi, kucing binatang kesayangan nabi lah katanya..Tu lah..harap2 cepat baik luka snowy.

    Meet snowy :)

    Tuesday, November 20, 2012

    Ayam goreng pandan.

    Hari ni, penat-penat balik keje, tetiba anak akak Tiha beritahu dia nak try masak ayam goreng pandan.
    Sedap bunyinya tu..Anak akak yang sorang ni, memang minat memasak, tapi bukanlah tiap hari dia memasak, dia ni jenis yang ada mood jugak..tapi sekali dia masuk dapur, boleh tahan sedap masakannya.Tapi, Tiha ni jenis yang suka nak mencuba resepi-resepi baru, yang jarang orang masak lagi dia suka nak cuba..kadang menjadi, kadang tak.hihi

     Akak tanya dia macamana nak buat..hah..ni dia..tp jgn marah, dia google kat tenet jg ni..:).

    Bahan-bahan
    • 1/2 ekor ayam - potong kecil
    • 2-3 batang serai - hiris halus
    • 1 inci halia
    • 3 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1sb serbuk kari ( boleh jg ganti dgn cili giling je)
    • 1sk serbuk kunyit
    • sedikit serbuk pati ayam
    • garam secukup rasa
    • sehelai daun pandan - hiris kecil/ blender bersama sedikit air dan ambil airnya utk perap.
    Cara-cara
    • Kisar serai, halia, bawang merah dan bawang putih dgn air yang sedikit.( kisar daun pandan jg-asing)
    • Masukkan bahan kisar ke mangkuk ayam. Masukkan sekali serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk pati ayam, daun pandan dan garam secukup rasa. Perapkan sebentar.
    • Panaskan minyak. Goreng hingga masak dan kekuningan. Api jangan terlalu besar kerana rempah mudah hangus.  
    • Kalau nak sedap lagi,perap lama sikit..agar bahan resapan betul2 menyerap dlm ayam tu..

    Ni lah rupanya ayam goreng pandan Tiha ( saja buh nama dia, sempena namanya..hihi)

    Ohye, lupa nak bagitau, kat gambar ni anak akak cuma simpul kan aje daun pandan tu, tapi akak ada tengok gambar cara lain untuk balut ayam tu, lebih kurang macam buat ketupat palas,bagi sesiapa yang rajin dan pandai lah..Tapi, kalau balut macam Tiha buat tu pun dah sedap..harum semerbak bila digoreng..:)

     Ni akak ambil kat blog My resepi.Bahan nya pun lain sikit, ada buh madu dan santan.
    1. Pandan2
      Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
    2. Pandan3
      Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
    3. Pandan4
      Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
    4. Pandan5
      Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

    SELAMAT MENCUBA YE! :)

    Saturday, November 17, 2012

    Dari Allah kita datang,kepadanya kita kembali

    Awal pagi tadi akak dikejutkan dengan sms dari kawan akak, Izan yang sama-sama mengajar di Masjid Negeri. antara percaya dengan tidak, akak terus menelefon dia untuk bertanya lebih lanjut dan mahukan kepastian..betul atau tidak..

    Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali.Suami kepada kawan akak ,Ustzh Aniza iaitu Ustaz Azamuddin telah kembali kerahmatullah selepas subuh tadi,ketika baru balik dari bertugas sebagai bilal di Masjid negeri.Menurut ceritanya dia meninggal akibat kecederaan teruk dikepala kerana kemalangan,langgar lari rupanya..Ya Allah, sampai hati sungguh si pelanggar tu membiarkan begitu sahaja malah melarikan diri pula.. Memang dasar tak bertanggung jawab sungguh, didunia boleh lah dia lepas..tapi tidak diakhirat nanti..

    Ajal mendatang, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui..tiada lagi suara lunak merdu beliau mengalunkan azan selepas ini nanti..Al Fatihah untuk arwah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

    Apa yang mengagumkan akak, isterinya seorang yang amat tabah,dia dengan tenang berkata..tak mengapalah, Allah beri pinjam sementara sahaja..Ya Allah semoga aku setabah dia..
    Arwah meninggalkan 6 orang anak yang masih kecil, dari yang sulung baru di sekolah menengah, dan yang paling sayu, anak bungsu beliau iaitu kembar lelaki yang baru berumur 7 bulan..masih bayi lagi..

    Akak sudahi coretan akak kali ini dengan kata-kata dari Saiyidina Umar AlKhatab:

    Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, )

    Benar lah semua didunia ini, hanya lah pinjaman semata-mata..
     
    Wallahua'lam.
     
    Dari allah kita datang,kepadanya kita kembali.

    Friday, November 16, 2012

    KFC jam 12 am

    Siang tadi akak masak nasi lemak kasih sayang maal hijrah..habis licin, tak sempat sampai ke malam..,kebetulan sikecik aisya tu rajin betul menolong abahnya hari ni..( hubby akak jadi plumber hari ni).asistennya budak aisya tu lah..so, abahnya janjilah nak ajak makan KFC.

    Mulanya singgah beli barang dapur dalam pukul 10 gitu, tak sedar sampai dah nak tutup Giant baru habis memborong barang dapur..hihi

    Lepas beli barang dapur, terus lah ke TC( Telok Cempedak),sebab kat sini je ada KFC dan MC D 24 hours. Kalau kat TC jgn risau, pergi pukul berapa pun, masih meriah, ramai orang, terutama musim cuti cam ni..Pukul 12 am macam baru pukul 9-10 malam je..Perut pun dah berkeroncong..jom makan KFC..
    Memang best sesekali keluar larut malam ni, tapi jangan sorang2..bahaya!
    Jom layan gambar kitorang lepaking...

    Jom makan..
    Me n my girls..:)

    Akhir sekali ngan pakwe i lah:)
    Sekian dulu, wassalam.

    Thursday, November 15, 2012

    Apa itu AES (Automated Enforcement System)

    AES (Automated Enforcement System)

    Dah lama akak nak sangat tahu pasal ni..sebab hubby akak  selalu benar "Terkena", almaklumlah dia memang selalu ulang alik Kuantan-KL dan beberapa buah daerah lagi atas urusan kerja, kalau dah nak g meeting tu, memang speed habis lah dia..huhu.
    T.kasih kat rakan blogger. Al Wardah akak tumpang copy paste ye..:)

    Sistem Penguatkuasaan Automatik atau lebih dikenali dengan
     nama singkatanAES (Automated Enforcement System)  sedang hangat 
    diperkatakan. AES ialah sistem pengesanan dan merakam secara 
    automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang 
    dipasang diatas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera 
    (gambar dan video). 
    Pemasangan AES ni kebanyakkannya diletakkan di kawasan 
    yang sering terjadi kemalangan sahaja atau dalam bahasa paling mudah 
    ialah 'lokasi maut'. 

    Antara kesalahan yang akan dirakam oleh AES seperti memandu 
    melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat
    Dijangkakan lebih banyak lagi kamera akan 
    dipasang di 817 'lokasi maut' pada fasa kedua nanti. Ada yang 
    berpendapat AES ni akan memberi kebaikan dari sudut positif 
    dan ada juga yang membantah tentang perlaksanaan AES. 

    Antara lokasi yang telah melaksanakan AES ialah di Putrajaya, 
    Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

    Owh..macam ni rupa benda nya ye..huhu.Lepas ni kena perhati betul2 lah..

    Tahukah anda apa itu AES?

    a) Apa itu AES – Automated Enforcement System 
        (Sistem Penguatkuasaan Automatik)

    AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang 
    lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau 
    dalam apa jua keadaan cuaca.

    b) Bagaimana AES beroperasi?

    AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik 
    di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan 
    lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang 
    melakukan kesalahan & dihantar ke pusat kawalan AES 
    kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke pusat AES JPJ. 
    JPJ akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan & 
    mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

    c) Apa kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES?

    Setakat hari ini :
    a) Memandu melebihi hadlaju; dan
    b) Melanggar isyarat lampu isyarat.

    d) Siapa yang mengendalikan AES?

    AES dikendalikan secara bersama oleh JPJ & dua (2) syarikat swasta 
    yang memasang kamera iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd.

    e) Apakah teknologi yang digunakan?

    Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Redflex dari Australia
    manakala ATES Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Jenoptik Robot 
    dari Jerman.

    f) Di mana kamera AES dipasang?

    Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang 
    ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia 
    [MIROS]

    g) Apa fungsi syarikat Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd dalam AES?

    Kedua-dua syarikat ini diberi hak oleh Kerajaan untuk memasang kamera 
    di lokasi yang telah ditetapkan.

    h) Adakah syarikat mendapat hasil daripada AES?

    Ya, mengikut Model Kewangan dengan Formula 3 Langkah yang 
    telah dipersetujui sejak tahun 2009, kedua-dua syarikat layak mendapat
    RM16 setiap saman yang dibayar.

    i) Bagaimana AES dikuatkuasakan?

    Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan supaya 
    hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika pemilik
    bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu 
    JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.

    j) Apa itu SAMAN

    Saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.

    k) Adakah SAMAN perlu dibayar?

    Saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir 
    ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.

    l) Adakah kesalahan di bawah AES boleh dikompaun?

    Kedua-dua kesalahan boleh dikompaun dengan tawaran kompaun 
    juga RM300.

    m) Apa itu kompaun?

    Kompaun ialah tawaran denda kepada pesalah untuk membayar 
    denda lebih awal dalam suatu tempoh yang ditetapkan untuk mengelak 
    hadir ke Mahkamah.

    n) Apa hukuman di bawah AES?

    a) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat hadlaju (papantanda), 
    denda minimum ialah RM300 dan maksimum RM2,000
    b) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat lampu isyarat denda 
    minimum RM300 dan maksimum RM2000

    o) Apa akan berlaku jika seseorang yang menerima SAMAN 
    tidak membayar kompaun?

    Jika kompaun tidak dibayar, seseorang itu hendaklah hadir ke Mahkamah 
    yang dinyatakan di dalam Saman pada tarikh dan masa yang ditetapkan. 
    Kegagalan hadir ke Mahkamah seperti yang ditetapkan, suatu Waran Tangkap 
    boleh dikeluarkan.

    p) Apa itu Waran Tangkap?

    Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap OKS untuk dibawa 
    ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Seseorang 
    yang dikeluarkan Waran Tangkap tidak bermaksud telah melakukan 
    kesalahan seperti yang didakwa tetapi sekadar untuk membawa beliau 
    hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan.

    q) Bagaimana proses Mahkamah dalam kes Saman AES?

    Proses Mahkamah dalam Saman AES adalah sama seperti kes-kes yang lain.

    Tuduhan akan dibacakan.

    Contoh tuduhan

    "Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 
    Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor 
    sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah 
    memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi 
    hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal
    mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan 
    hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan 
    satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 
    dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh 
    dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 
    (Akta 333/87)"

    Adakah kamu mengaku bersalah?

    Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima & diminta 
    untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima &
    maksima RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan. 
    Mengikut prosedur biasa Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira 
    kesalahan pertama & lain-lain faktor seperti kewangan & tanggungan keluarga
    & penjimatan masa Mahkamah sebelum menetapkan hukuman. 
    Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah RM300 seperti 
    yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan dengan 
    jaminan berkelakuan baik.

    Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan 
    tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa 
    OKS melakukan kesalahan. Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan 
    bagi membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti 
    gambar & lain-lain termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa 
    perbicaraan. Jika diakhir perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah 
    akan jatuhkan hukuman di mana hukumannya sama seperti mengaku salah. 
    Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa gagal membuktikan kesalahan,
    maka Mahkamah akan melepaskan OKS.

    Sumber:
    TERBITAN

    JAWATANKUASA KEMPEN ANTI SAMAN EKOR
    [KASE]

    Nasi lemak kasih sayang maal hijrah

    Sempena awal muharram atau maal hijrah hari ini, akak ucapkan Salam maal hijrah buat semua rakan blogger tak kira dimana jua berada..
    Semoga kita mengambil kesempatan terbaik diawal muharram ini untuk hijrah diri kita dari yang kurang baik kepada yang terbaik tahun ini..Moga hijrah tahun ini, mendekatkan lagi kita dengan pencipta dan dengan semua insan disekeliling kita..
    Awalpagi lagi akak bangun dan kedapur menyediakan ini..sempena maal hijrah..

    Homemade nasi lemak kasih sayang maal hijrah..:)

    Timun pulak takde, malas nak keluar beli..ada ikan dlm peti ais akak goreng jelah..hubby akak nasi lemak pun suka makan ngan ikan..huhu,sambal tumis biasalah buh bawang banyak2 gitu..buh ikan bilis sikit..
    dah siap..

    Wednesday, November 14, 2012

    Wordless wednesday

    I bought this for my self Yesterday:)

    Tuesday, November 13, 2012

    Tolong sebarkan

    Ni akak dapat dari  fb dan dari Harian Metro..mari lah sama-sama kita sebarkan dan berdoa..Moga anak yang malang ini akan segera ditemui..:(

    Majlis khatam dan ihtifal 2012

    Pada hari Jumaat lepas (9hb.11.2012),majlis khatam dan ihtifal telah diadakan di tempat akak mengajar.
    Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan jayanya berkat doa dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat..

     Akak sendiri pun bersyukur sebab berjaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada akak tahun ni, sebagai pembimbing kumpulan nasyid Nur Nadwah.Walaupun masa untuk berlatih hanya seminggu saja, tapi alhamdulillah..berjaya juga menghiburkan sedikit sebanyak para hadirin yang hadir hari itu..
    cuma..x dapat akak nak snap banyak gambar, almaklum agak sibuk hari tu..yang mana ada ni pun akak ceduk sikit2 dari fb kawan ni..:)

    Jom lah kita cucimata tgk gambar ye..

    Bergambar kenangan bersama anak didik..

    Tengah siap2 kan diorang ni..

    Sempat berlatih jap..

    ibu bapa mula mendaftar

    dah penat..akak tukang perhati je..
    Pembukaan majlis dgn alunan bacaan ayat suci alquran oleh adik Khadijah.

    Majlis khatam quran bermula..
    Ucapan Tuan Guru besar 
     
    Antara ibu bapa yang hadir
    GB menyampaikan sijil kpd semua peserta khatam.

    Dah selesai majlis, apalagi..posinglah..:)

    Posing lagi..

    Acara makan bersuap mengakhiri majlis pd hari ini..hehe 
    Sekian dulu, Wassalam.
    Panjang umur berjumpa lagi pada majlis Khatam ditahun hadapan.

    T.kasih sudi klik sini

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink