Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, November 20, 2012

Ayam goreng pandan.

Hari ni, penat-penat balik keje, tetiba anak akak Tiha beritahu dia nak try masak ayam goreng pandan.
Sedap bunyinya tu..Anak akak yang sorang ni, memang minat memasak, tapi bukanlah tiap hari dia memasak, dia ni jenis yang ada mood jugak..tapi sekali dia masuk dapur, boleh tahan sedap masakannya.Tapi, Tiha ni jenis yang suka nak mencuba resepi-resepi baru, yang jarang orang masak lagi dia suka nak cuba..kadang menjadi, kadang tak.hihi

 Akak tanya dia macamana nak buat..hah..ni dia..tp jgn marah, dia google kat tenet jg ni..:).

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2-3 batang serai - hiris halus
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1sb serbuk kari ( boleh jg ganti dgn cili giling je)
  • 1sk serbuk kunyit
  • sedikit serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • sehelai daun pandan - hiris kecil/ blender bersama sedikit air dan ambil airnya utk perap.
Cara-cara
  • Kisar serai, halia, bawang merah dan bawang putih dgn air yang sedikit.( kisar daun pandan jg-asing)
  • Masukkan bahan kisar ke mangkuk ayam. Masukkan sekali serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk pati ayam, daun pandan dan garam secukup rasa. Perapkan sebentar.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga masak dan kekuningan. Api jangan terlalu besar kerana rempah mudah hangus.  
  • Kalau nak sedap lagi,perap lama sikit..agar bahan resapan betul2 menyerap dlm ayam tu..

Ni lah rupanya ayam goreng pandan Tiha ( saja buh nama dia, sempena namanya..hihi)

Ohye, lupa nak bagitau, kat gambar ni anak akak cuma simpul kan aje daun pandan tu, tapi akak ada tengok gambar cara lain untuk balut ayam tu, lebih kurang macam buat ketupat palas,bagi sesiapa yang rajin dan pandai lah..Tapi, kalau balut macam Tiha buat tu pun dah sedap..harum semerbak bila digoreng..:)

 Ni akak ambil kat blog My resepi.Bahan nya pun lain sikit, ada buh madu dan santan.
  1. Pandan2
    Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  2. Pandan3
    Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  3. Pandan4
    Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  4. Pandan5
    Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.


SELAMAT MENCUBA YE! :)

4 comments:

NzA said...

TQSM sharing is caring...nnti nk cuba jugak la......
tiha mcm beby najdah, minat memasak n suka mencuba resepi baru..skrg ni beby najdah gigih pergi kursus memasak....hehehe....

Unknown said...

@NZA ohh..ada jg ank yah yg minat bidang mskn ye..semoga baby najdah sukses dlm bidang yg diceburinya..:)

mamyharraz said...

sy kalau ke restoran mknanan thai wajib oerder ayam pandan ni.

pandainya anak dara akk masak..oklah kan sesekali try menu baru..lama2 teror lah :)

maszull said...

assalamualaikum zana...pandainya dia masak mesti sedapkan...:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink