Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, November 29, 2012

Bahaya uri bawah rahim-Ya Allah permudahkanlah.

Setiap ibu yang hamil tentu mahukan kandungannya sihat,dari awal sampailah selamat bersalin..Namun kadang-kadang yang amat kita takuti itu berlaku juga samada terhadap diri kita sendiri, atau pada adik beradik yang lain..dan pada minggu lepas, adik akak, Ita dikejarkan ke hospital kerana masalah bleeding yang agak banyak dan usia kandungan Ita baru 24 minggu.Menurut doktor memang uri dibawah,sebab tu lah dia memang tak boleh lasak-lasak,bahkan kalau boleh doktor nasihatkan supaya berehat dan berbaring saja..Sebelum ni, memang dah tau uri dibawah tapi Ita berharap agar uri tu akan berubah kedudukan juga nanti,dan menurut ita dia bukanlah buat kerja berat sangat, cuma menyapu dan basuh pinggan sikit2. sambil tu kena tengok kan juga anak nya yang tiga orang lagi tu, yang  sulung baru darjah 6, yang kedua darjah 3 dan yang bungsu pula berusia 5 tahun. Ita ni seorang guru tapi, kebetulan sekarang kan cuti sekolah, tapi tak sangka lah pulak rupanya kena habis kan masa di hospital sepanjang cuti ni.

Doktor terus tahan Ita dan tak benarkan pulang, bimbang bahaya kandungan dan ibu..betul juga, kalau kita dok kat rumah, ada-ada saja yang kita nak buat kan..Akak pun setuju doktor menahan ita di wad, cuma sekarang kesian kat anak-anak ita lah, terutama yang bungsu Iddin tu, sampai demam baru-baru ni mungkin sebab tak biasa berpisah dengan Umi dia..Walaupun dia tak menangis dan asyik bercerita yang dia nak dapat adik tak lama lagi..huhu sian sungguh Iddin.

Menurut doktor, baby dalam perut baru seberat 1.3 kg, kecil sangat lagi, so doktor berharap agar dapat bertahan sampai baby agak besar dan masuk term, baru lah boleh bersalin..Dah lah sebelum ni, Ita pernah kehilangan anak keduanya ketika bersalin akibat komplikasi uri lekang.( Akak sendiri pun kehilangan anak sulung akibat uri lekang 20 tahun yang lalu..Al fatihah buat yg telah tiada)

Buat masa ni, anak Ita yang kedua dan ketiga berada dikampung dibawah jagaan mak akak manakala yang sulung, Humairah ada dengan akak kat rumah ni, boleh juga buat kawan Eisya anak akak..

Akhirnya, akak doakan moga dipermudahkan Allah dan Ita selamat bersalin nanti.mohon jasa baik kawan-kawan juga tolong doakan sama ye..

Dibawah ni akak nak kongsi kan masalah Uri di bawah ( placenta previa)
yang akak google kat  sini
Moga dapat memberi manafaat buat kita bersama.

Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.
Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.
Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20 peratus daripada uri berada di bawah pada awalnya, tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma lima peratus yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).
Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja. Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis iaitu uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim, uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim, uri menutupi sebahagian pintu rahim dan uri menutup keseluruhan pintu rahim.
Sekiranya wanita mengalami PP jenis keempat, terdapat risiko tinggi kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.
Risiko
Sehingga hari ini, punca berlakunya PP tidak diketahui. Namun terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko PP, iaitu wanita yang mempunyai sejarah kelahiran secara pembedahan sebelum ini, wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang ramai, wanita muda di bawah umur 20, merokok semasa hamil dan kandungan kembar.
Wanita yang mengalami PP pada kebiasaannya mengalami kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblik). Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.
Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu adalah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim. Pembedahan caesarean adalah kaedah yang disyorkan. Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.
Apa yang membimbangkan mengenai PP ini, komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu. Komplikasi pada bayi adalah seperti pendarahan yang banyak pada ibu. Ini boleh meningkatkan kadar morbiditi dan kematian pada bayi dan meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan.
Komplikasi pada ibu pula pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa. Pembedahan caesarean, meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage) dan meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Keadaan uri melekat pada rahim dikenali sebagai placenta accreta. Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku, rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.
Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.
Selamat
Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat, iaitu pembedahan caesarean. Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan, ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut iaitu tahap keseriusan pendarahan, usia bayi dalam kandungan dan juga sokongan perkhidmatan pediatrik.
Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan, pembedahan caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke 38 usia kandungan. Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.
Saya harap Puteri R sudah jelas dengan penjelasan yang diberikan dan jangan mendengar bualan rakan-rakan sahaja. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor dan semoga penjelasan yang diberikan akan menghilangkan kegusaran tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120527/kn_01/Bahaya-uri-bawah-rahim#ixzz2DbNvmctT
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bahaya uri bawah rahim

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120527/kn_01/Bahaya-uri-bawah-rahim#ixzz2DbOIrcZb
© Utusan Melayu (M) Bhd

RAMAI yang salah faham dengan istilah uri bawah (sama seperti salah faham terhadap istilah rahim terbalik). Ramai yang menyangka uri boleh bergerak atau boleh digerakkan.

Uri adalah organ yang terbentuk dalam kehamilan sahaja. Ia berupa seperti sekeping piring yang menjalar atau bertaup kuat pada dinding rahim kerana di antara kedua-dua ini terbentuk jalinan salur darah yang menyalurkan oksigen serta nutrien kepada bayi serta mengkumuhkan bahan buangan ke aliran darah ibu pula.

Mustahil untuk tempat perlekatan antara uri dan kawasan dinding rahim ini berpindah-randah kerana ia mengganggu atau memutuskan jalinan salur darah terbabit.

Memandangkan permukaan dalaman dinding rahim lebih luas daripada uri, maka ada uri didapati melekat pada bahagian bawah uri manakala ada uri pula yang melekat pada bahagian atas uri, ada uri yang melekat pada bahagian dinding hadapan dan ada pula yang melekat pada bahagian dinding belakang rahim dan seumpamanya.

Pada bahagian mana berlakunya perlekatan uri ini ditentukan sewaktu embrio mula ‘mendarat’ (implantasi) sebelum kehamilan menjadi positif dahulu.

Uniknya dinding rahim bahagian bawah terdapat satu garisan lingkungan yang akan melebar membentuk segmen bawah, ini berlaku pada sekitar bulan ketujuh kehamilan. Ini membolehkan uri di bawah kelihatan seolah-olah ‘naik’ kerana kawasan perlekatan uri ini sebenarnya ‘tersasar ke atas’ oleh garisan yang melebar atau mengembang ini.

Ini bermakna:

  • Uri yang pada awalnya di kawasan atas akan kekal di kawasan atas saja, ia tidak ‘turun’ ke bawah.
  • Uri yang pada awalnya di kawasan bawah pula mempunyai peluang akan ‘tersasar’ ke atas apabila segmen bawah uri mengembang kemudian. Peluang ini lebih cerah jika uri terbabit berada pada bahagian dinding hadapan (berbanding belakang) dan agak jauh atau tidak menyentuh pintu rahim (berbanding jika ia menutupi atau me�langkaui pintu rahim). Dalam dunia perubatan moden, uri bawah dinamakan plasenta previa.
  • Uri di bawah bermakna ia melekat di bahagian bawah sejak dari awal kehamilan, bukannya ‘terjatuh’ sewaktu kehamilan terbabit.
  • Uri tidak boleh bergerak-gerak ke atas kemudian ke bawah, hadapan, belakang dan seumpamanya.
  • Uri tidak boleh digerakkan ke mana-mana menggunakan kaedah urut atau apa-apa teknik manual doktor.

    Malah ia boleh mendatang�kan risiko trauma kepada uri terbabit.

    Terdapat beberapa peringkat uri bawah, ini mempengaruhi pilihan bersalin. Sekiranya ia menutupi pintu rahim, lazimnya pembedahan Caesarean akan dilakukan kerana bayi tidak dapat keluar secara normal melainkan uri dikeluarkan dahulu dan ini bermakna memutuskan bekalan darah kepada bayi.

  • 9 comments:

    Unknown said...

    moga adik akak sentiasa dilindungi Allah..

    Unknown said...

    @Fadilah Aziz
    T.kasih..aaminn.In Sya allah.

    NEKCIK said...

    Salam Ariana...banyakkan berdoa agar semuanya selamat ..insya Allah...di samping rawatan dan perhatian doktor..banyakkn berehat...Nekcik doakan agar selamat dan dipermudahkan..amiiin

    ariana said...

    @NEKCIK
    T.ksh.mudah2an ita dan bayi nya selamat.

    Izan Ishak said...

    moga dipermudahkan segalanya buat adik akak.. izan tak pernah alami tapi tiap kali baca pengalaman ibu2 lain rasa gerun pun ada pasal placenta previa ni.

    maszull said...

    assalamualaikum zana....semoga adik zana selamat dan dipermudahkan semuanya...:)

    ariana said...

    @IZAN ISHAK
    t.ksh ats doa.aaminn.
    Sbnrnya Mmg mcm2 masalah kehamilan ni, walau pun tak terkena kat kita tp Mmg patut dan wajib ambil tahu jg kan..

    ariana said...

    @Mas Zul
    T.ksh mas mudah-mudahan.aamin.

    munna said...

    semoga dipermudahkan buat adik akak... sama juga dgn adik munna masa pregnant anak yg sulung hari tu... dah masuk 7 bulan... bleeding terus kena bedah.. tapi alhamdulillah semuanya ok...

    T.kasih sudi klik sini

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink