Awal pagi tadi akak dikejutkan dengan sms dari kawan akak, Izan yang sama-sama mengajar di Masjid Negeri. antara percaya dengan tidak, akak terus menelefon dia untuk bertanya lebih lanjut dan mahukan kepastian..betul atau tidak..
Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali.Suami kepada kawan akak ,Ustzh Aniza iaitu Ustaz Azamuddin telah kembali kerahmatullah selepas subuh tadi,ketika baru balik dari bertugas sebagai bilal di Masjid negeri.Menurut ceritanya dia meninggal akibat kecederaan teruk dikepala kerana kemalangan,langgar lari rupanya..Ya Allah, sampai hati sungguh si pelanggar tu membiarkan begitu sahaja malah melarikan diri pula.. Memang dasar tak bertanggung jawab sungguh, didunia boleh lah dia lepas..tapi tidak diakhirat nanti..
Ajal mendatang, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui..tiada lagi suara lunak merdu beliau mengalunkan azan selepas ini nanti..Al Fatihah untuk arwah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Apa yang mengagumkan akak, isterinya seorang yang amat tabah,dia dengan tenang berkata..tak mengapalah, Allah beri pinjam sementara sahaja..Ya Allah semoga aku setabah dia..
Arwah meninggalkan 6 orang anak yang masih kecil, dari yang sulung baru di sekolah menengah, dan yang paling sayu, anak bungsu beliau iaitu kembar lelaki yang baru berumur 7 bulan..masih bayi lagi..
Akak sudahi coretan akak kali ini dengan kata-kata dari Saiyidina Umar AlKhatab:
Umar
berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi
binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua
sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka
mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami
akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang
sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah
sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu
sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45)
[Riwayat al-Bukhari, )
Benar lah semua didunia ini, hanya lah pinjaman semata-mata..
Wallahua'lam.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamulaikum.
8 comments:
Al Fatihah,semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh
Takziah...semoga isterinya tabah dan redha semuanya ujian dari ALLAH swt.
langgar lagi, kejam betul yg melanggar tu, mmg tak bertanggungjwb. salam takziah untuk kwn akak tu, semoga dia terus tabah hadapi dugaan ini
btol tu kak...di dunia.. dia boleh terlepas.. di akhirat sana.. tau laa akibatnya..
*dah lama xsinggah teratak akak... rindu rasanya..
assalamualaikum zana...al-fatihah buat atwah...:(
semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.Al-Fatihah.
al-Fatihah...
Alhamdulillah dh dpt masuk blog akak....hehehe....
Al-Fatihah, semoga keluarganya tabah...skrg ni muda2 dh dipanggil Ilahi..........tahun ni saja yah dikejutkan dgn pemergian 4 org sahabat sebaya di usia 40an...sedih sgt2....
Post a Comment