Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, November 4, 2012

Ujian sakit dan khasiat barli, pegaga dan mengkudu.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni, ujian sakit datang lagi..tapi, Alhamdulillah tidak lah terlalu serius dan cepat pula dikesan dan segera dirawat..Harapnya janganlah berulang lagi...
Akak diserang sakit belakang secara tba-tiba waktu bangun dari tidur.., ingatkan tersalah tidur ke apa..Pada sebelah petang tu juga akak ke klinik dan menurut doktor ada kemungkinan juga jangkitan kuman, dan dia tanya samada kerap buang air kecil ke tidak..dan cek urine sekali.
Bila result keluar, betullah kencing kotor atau jangkitan kuman katanya..
Akak terus tanya2 orang dan google..tu yang dapat tahu pasal Khasiat Barli ni, tapi kawan akak beritau, barli China atau barli merah lebih baik dari barli putih yang kita biasa minum tu..so, akak pun terus ke kedai ubat China dan bertanya..terus dia syorkan Barli merah ni dan dimasak bersama halwa kundur. kundur tu sgt baik untuk menyejukkan badan..Kaum China memang suka ni..

Halwa atau kundur manis

Barli merah atau barli China

Siap utk diminum..barli rebus bersama kundur manis..sedap..!



Alhamdulillah, baru seminggu je akak amalkan , dah kurang kerap ke tandas dan urine pun jadi cerah tak kuning sangat macam sebelum ni..
Kepada sesiapa diluar sana yang mengalami masalah sama macam Akak, cuba lah..mana tau kan..
 Caranya senang je, rebus je barli tu dengan beberapa gelas air, kemudian masukkan halwa tu, takpayah buh gula dah..kalau nak cepat lembut barli tu, boleh juga direndam beberapa jam, baru rebus ye..
Mudah-mudahan dengan izin Allah, akan pulih..
Selamat mencuba!

Kat bawah ni pulaAkak sertakan info tentang barli,pegaga dan mengkudu yang sememangnya ramai yang sedia maklum akan khasiatnya yang amat baik untuk kesihatan.
Jom baca.Mudah-mudahan mendapat manafaat.


 


Barli:
Barli banyak digunakan semenjak zaman dahulu kala, 10'000 tahun dulu sebagai makanan ruji & mempunyai banyak khasiat perubatan. Digunakan semenjak zaman Greek & China untuk memberi tenaga dan mengenyangkan kepada atlit kerana mengandungi bahan fiber yang tinggi terutamanya selenium, juga salah satu antioxida yang natural.

  • Dapat membantu mengawal dan mengurangkan kadar kolesteral darah LDL (kolesteral yang tidak baik).
  • Membantu menstabilkan glukosa dalam darah.
  • Membantu menjaga dan membersihkan intestinal tract atau usus didalam perut.
  • Sumber fiber, vitamin, mineral, phospuras, niacin & vitamin B, baik untuk membantu mengurangkan risiko cardiovascular factor penyakit serius.
  • Membantu mengawal penyakit gallstone seperti batu dalam hempedu.
  • Garam mineral dalam barli dapat membantu mengurangkan penyakit seperti arthiritis, sakit tulang dan otot, baik pulih sel-sel dalam badan dan meningkat imuniti atau antibodi badan.
  • Membantu menjaga dan membersih organ dalaman.
  • Menyejukkan dan mengurangkan suhu badan dengan lebih cepat jika demam.
Pegaga:
Centella juga dipanggil Gotu Kola, Indian Pennywort, Pegaga dan Brahmi. Centella dapat menyegarkan otak dan system saraf dan dapat membantu mengekalkan keremajaan dan awet muda. Ia juga dapat membantu kesegaran badan, melawan rheumatism, mempertingkatkan daya konsentrasi dan perjalanan darah.


Mengkudu:
Adalah ejen anti oksida yang tinggi dan mempunyai ciri-ciri radikal bebas yang dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengawal tekanan darah, anti radang, anti stress, anti alergi, anti bakteria dan memberi tenaga tubuh badan.
Sekin, Wallahua'lam.

10 comments:

NzA said...

Akak xsihat ke????moga cpt sembuh...take care.....

kurus said...

sedap nyaaa barli kak
barli limau aiss !,perghhh
sejukk tekak ..

akak x sihat ke ??
take care kak
makan ubat dan banyakkan rehat tau kak .. ;)

maszull said...

assalamualaikum ariana...betul tu kalau kita kena sakit air kencing kotor ni memang sakit dan air barli memang baik boleh mengurangkan sakit kencing kotor tu...semoga cepat sembuh yer...:)

Izan Ishak said...

akak... izan takde pengalaman kena kencing kotor. tapi baca pengalaman kawan2 pun boleh dijadikan panduan kan.

sedap plak tgk air barli merah dgn kundur tu... byk khasiat rupanya...

Kakzakie Purvit said...

Kakak selalu masak air barli cikgu tapi akak tak campur kundur. Masukkan 2-3 helai pandan pun sedap minum. Biasa keluarga kakak jadikan minuman selepas makan. Sedap kan. Kalau anak kakak dgn barli dia sekali dia makan.

mamyharraz said...

musim hujan ni kak senang benar diri ni kena penyakit..sy pun baru sembuh dr demam..tp masih tak ok sakit2 badan..jd lemau nak tido je..
nnt boleh try petua ni.tq kak share kt sini :)

munna said...

sedapnya nampak air tu kak.... munna mmg suka minum air barli.... semoga sihat selalu ye kak

Rina Rahamat said...

akak...soriii lama x jengah sini..kita pom dh jarang update la ni..bizi


harap akak dh sembuh..halwa kundur tu sedap juga kalo mkn gitu aje kan :)

mama aryan said...

salam kenal..moga cepat sembuh..saya pun suka minum barli suam

Mimie said...

byk khasiat kan kak barli nih...

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink