Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, October 31, 2011

Keranamu, ku disini..

Assalamualaikum.


31hb.Oktober.2011.
Terimakasih buat Bonda ku tersayang Ma , kerana  tanpa Ma, tiadalah diriku disini hari ini..

Tak terbalas segala kepayahan dan kesusahan Ma mengandung serta melahirkan ku kedunia ini..
Serta kesungguhan mencurah kasih sayang tanpa sempadan dan memberi didikan agama dan duniawi secukupnya hinggalah aku menjadi siapa diriku hari ini. 
Sungguh aku bersyukur Ya Allah..

Moga Ma di panjangkan usia, di beri kesihatan yang baik dan kebahagiaan dalam hidup yang dikelilingi anak menantu dan cucu yang sentiasa menyayangi Ma.


Terimakasih Ma..pengorbanan dan jasamu tak ternilai banyaknya..


Al Fatihah buat ayahnda yang amat kurindui yang telah pergi dahulu menyahut seruan Ilahi..


Moga rohnya dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Segala kasih sayang dan pengorbanan Ma dan Bak terhadap Ana selama ini, Hanya Allah yang dapat membalasnya..


Terasa seperti baru semalam kedengaran kata-kata teguran dan nasihat ditelingaku,

Seolah masih hangat rerambutku dengan usapan dan belaian tangan mu..sungguh Aku jadi rindu..terlalu rindu..

Sempena hari kelahiran ku ini, 
Sungguh aku berterimakasih dan ku iringi doa..
Buat kedua insan yang kusayangi dan sanjungi dalam hidupku..

Terimakasih Ma dan Bak..

 Tak lupa juga..terimakasih buat seisi keluargaku..
Suami, anak-anak dan adik-adik tersayang yang selalu mengambil berat diri ini..

Gambar kenangan ( beberapa tahun sudah..)..surprise besday party oleh insan2 tersayang..Thanx so much..Love you all:)


Saturday, October 29, 2011

Eisya ngan Karnival kokoria

Assalamualaikum.

Hari ni, Sabtu 29hb Oktober kami sekeluarga ke sekolah Keb. Sungai Isap Kuantan, Sekolah puteri bungsuku, Eisya.

Selama tiga hari karnival kokoria diadakan disekolah ni, anjuran bersama Astro TV IQ. Menurut Eisya, sepatutnya ada Pak Nil
( Aznil Hj Nawawi) yang akan datang ke  sekolahnya..tapi, nampaknya tak jadi kot..Hingga petang tadi, tak de pun..hehe.

Seronok juga Ariana tengok..teringat zaman sekolah dulu, bukan main seronok belajar berniaga, Eisya pun ada syif tolong Cikgu nya jaga gerai. Semua urusan jual beli dengan menggunakan kupon..:)

Jom kita layan gambar..

Macam-macam acara ada.

Eisya sedang membeli menggunakan kupon dengan ditemani Abahnya.

Friday, October 28, 2011

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang mulia lagi berkah, penghulu segala hari.
Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi peluang oleh Allah menikmati udara segar pagi, mendengar kicauan burung, bahkan yang paling membahagiakan kita..mendengar suara -suara tawa dan gurauan insan-insan yang kita sayangi yang sentiasa berada disisi..Suami, atau isteri, ibu bapa, anak-anak dan saudara mara. 

Gambar google


Sebagai tanda rasa syukur kita, sepertimana yang telah kita ketahui  perkara pertama yang kita akan disoal nanti dialam akhirat adalah SOLAT kita. Maka mari lah sama-sama kita muhasabah diri dan berpesan-pesan..sepertimana ayat ini..dan banyak lagi ayat-ayat lain yang menyebut tentang solat yang terdapat didalam Al Quran:


 Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.




  • 0
     
Perkataan Solat yang Telah Disebut Dalam Al-Quran


Qrang yang benar-benar bertaqwa
Al-Baqarah [3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Al-Baqarah [43] Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk
Solat itu berat kecuali yakin akan dibicarakan

Al-Baqarah [45] Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
Solat & Zakat

Al-Baqarah [83] Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. Solat & Zakat – bekalan yang amat baik dan boleh diharapkanAl-Baqarah [110] Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
Sabar & Solat

Al-Baqarah [153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
Berdiri tegak dan Solat Asar

Al-Baqarah [238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Mabuk jangan solat
An-Nisa [43] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.


Solat & zakat – baiki kekuatan dan hubungan
An-Nisa [77] Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.
Solat dalam Perang

An-Nisa [102] Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh) dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjemaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina. An-Nisa [103] Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Solat cara Munafiq neraka tempatnya

An-Nisa [142] Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Wuduk bersih anggota dan lama-kelamaan hati

Al-Maidah [6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Solat dapat Keampunan

Al-Maidah [12] Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya) dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah) dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah dia dari jalan yang betul.
Penolong orang-orang Islam

Al-Maidah [55] Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

Orang bodoh mempermainkan azan
Al-Maidah [58] Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.

Orang beriman jaga solat
Al-An’am [92] Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk “Ummulqura” (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di sekelilingnya dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya
Orang yang berpegang teguh kepada Quran

Al-A’raf [170] Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).

Solat & zakat
Al-Anfal [3] Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. [4]Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga). Solat & zakat – tanda taubat dari kufurAt-Taubah [11]Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. Solat & zakat untuk melahirkan keimananAt-Taubah [18] Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Solat dan zakat dengan keadaan malas,tidak jujur- tanda tidak beriman sepenuhnyaAt-Taubah [54] Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci.

Solat & zakat –orang yang beriman
At-Taubah [71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
Solat Orang Mukmin

Yunus [87] Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya).
Modal utama diakhirat = Solat & zakat
Ibrahim [31] Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, samada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).
Solat & masa

Al-Israa [78] Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
Nabi, Rasul suruh solat & zakat

Maryam [54] Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya dia adalah benar menepati janji dan adalah dia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. [55] Dan adalah dia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan dia pula adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya!
Solat = hubungan dengan ALLAH

Taha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. Taha [132] Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa
Kerja-kerja baik yang dikehendaki ALLAH = solat & zakat  

Al-Anbiya [73] Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.
Solat & zakat, amal ma’ruf nahi mungkar

Al-Hajj [41] Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Solat , zakat, berpegang teguh kepada Allah – dapat pertolongan darinya
Al-Hajj  [77] Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). [78] Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
Orang beriman yang berjaya

Al-Mukminun [1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. [2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.[9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
Allah puji orang bersungguh-sungguh ibadat – solat, zakat dsbnya

An-Nur [37] (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Setiap makhluk beribadat (menghubungi Allah) mengikut caranya

An-Nur [41] Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

Syarat dapat rahmat – solat, zakat, taat
An-Nur [56] Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.
Petunjuk dan berita gembira bagi oramg beriman – solat & zakat
An-Naml [1] Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya), [2] Menjadi hidayat petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman, [3] Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.
Tugas nabi, rasul cerita quran dan suruh solat
Al-Ankabut [45] Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan
Solat membezakan kafir dan mukmin

Al-Rum [31] Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik. Luqman [1] Alif, Laam, Miim. [2] Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, [3] Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik [4] Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
Solat, zakat jaga aurat

Al-Ahzab [33] Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Solat membersihkan diri

Fatir [18] Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.
Solat & zakat – tidak rugi didunia mahupun akhirat
Fatir [29] Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Solat, zakat & taat Allah setiap masa – Allah tahu
Al-Mujadalah [13] Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.
Solat Jumaat lebih besar dari jualbeli

Al-Jumaah [9] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), Kebesaran Solat JumaatAl-Jumaah [10] Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Tidak solat atau tidak cukup solat masuk neraka
Al-Muddathir [42] (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar? [43] Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
Tidak solat seolah-olah tidak beriman

Al-Qiamah [31] (Oleh sebab orang yang
kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)!
Allah kutuk orang halang orang lain solat – masuk neraka

Al-Alaq [9] Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); [10] Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?
 Solat & zakat – Serampang 2 mata – hubungan dengan ALLAH & manusia
Al-Bayyinah [5] Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.
Solat tapi lalai masuk neraka

Al-Maun [4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang;[5] (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
Solat dan Qurban

Al-Kautsar [2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).


Kredit: Usrah on line

Thursday, October 27, 2011

Celoteh minggu ni

Assalamualaikum.

Dah beberapa hari tajuk entri blog Ariana tak bertukar. Cuti panjang sempena Hari keputeraan Sultan Pahang, bersambung dengan cuti deepavali.  Hari ni, Khamis 27hb baru Ariana memulakan semula tugas.
Sepanjang 6 hari bercuti, sebenarnya tak banyak sangat perkara yang berlaku. Macam biasa " spending quality time " bersama keluarga tersayang.


Tambahan pula Tiha, puteri kedua Ariana akan menempuh peperiksaan penting tahun ni, SPM . So, masa lebih banyak dihabiskan dirumah je. Cuma keluar ambil angin sejenak di Pantai Teluk Cempedak pada petang Sabtu yang lepas.Saja suruh ' Budak nak spm " tu tenang-tenangkan fikiran..Kami makan-makan je kat tepi pantai sambil menghirup udara segar.

Jalam-jalan cari makan
Santai di Pantai Teluk Cempedak

Pada hari Selasa pula kami ke Kuala Lumpur kerana mangambil puteri sulung, Yaya.. kat kolejnya KLIUC.
 Alhamdulillah, dalam tak sedar dah habis pun dia buat Dip. Arch dia kat situ. Jadi, kali ni kiranya mengangkut habislah semua barang-barang dari hostel dia..penuh lah satu but  sorento kami dengan barang-barangnya.

Good Bye KLIUC. Yaya dan Eisya sedang memunggah barang.

Lepas ni, tak tau lah nak sambung kat mana pulak..tengoklah rezeki ada kat mana..samada dalam atau luar negara. Memang kalau ikutkan Yaya nak sangat sambung study kat luar..sebab Kliuc pun ada program
" twinning u" dengan U kat Australia..tapi, Abahnya macam tak berapa setuju, tak mau berpisah lama lah tu..mungkin final year nanti baru sambung kat sana. Tengoklah macamana nanti..Buat masa ni, sementara nak tunggu konvo, bolehlah Yaya tolong Abah dia kat opis " Zahari architect ".

Tadi pulak kami ke Pejabat Imigresen Kuantan. Satu family pergi..nak buat passport. Cadang nak bawak anak-anak jenjalan makan angin pada bulan Disember ni kalau ada rezeki. Insyaallah. sekarang ni buat pasport pun senang sangat. Boleh dapat dalam masa sejam je. Kaunter pun ada banyak, so tak lah lama sangat kami menunggu.

Buat passport

Nampaknya setakat ini dulu ceritaku buat kali ini. InsyaAllah, lain kali cerita lagi..:-))

400 dah..



Assalamualaikum.

Akak baru balik dari jauh sebenarnya semalam. Buka blog je tengok dah ada nama di tempat ke 400.
Cantiknya nombor semanis orangnya..


Terimakasih kerana sudi singgah n follow ye..buat sis ZIRAZIZ 


Akak jenjalan kat blog dia..memang menarik juga blog dia,,awal-awal kat header dah tulis..Ayat yang sangat baik untuk renungan kita semua..I like..!

"Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku."


Sunday, October 23, 2011

Kita hanya merancang..

Assalamualaikum


Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan..
Dan apabila kita merancang sesuatu tentulah yang terbaik buat insan-insan yang kita sayang..


Semoga Allah permudahkan dan moga tercapai hajat kami nak bawa anak-anak, Ayah dan dua orang adik ipar perempuan ku untuk
 melancung ke..tempatnya biarlah rahsia dulu..:)

InsyaAllah.
 So..
~
~
~
Langkah yang pertama, tentu lah ambil gambar passport..:)


Tiha yang x puas hati dengan gambarnya lah tu..:)

Eisya bermanja ngan Abah x kira tempat..perasan kecik lagi..

Gambar Tiha ngan Yaya

Gambar Umi, Eisya, Tiha n Yaya.  

Saturday, October 22, 2011

Jalan-jalan ..cari sarapan.

Assalamualaikum.

Selamat bersantai bersama family buat semua rakan. Di Kuantan, pagi ni hujan sejak tengah malam tadi lagi.
Ye lah..sekarang pun dah hujung bulan 11 , memang nak dekat musim tengkujuh dah. Hari ni, mood happy..:-).
Apa tak happy, orang Pahang dapat cuti lama tau..sempena keputeraan Sultan Pahang, bersambung pulak ngan Deepavali. Hari Khamis baru start keje. Tu yang seronok tu..Dengan keadaan hujan sekejap- sekejap.., jadi cuaca pun x panas. nyaman rasa.Pepagi lagi dah keluar sarapan ngan anak-anak, simple je..nasi lemak ngan mee hoon sup. Lepas tu antar Tiha ke kelas tuition dia. Hubby pulak terus g meeting kat Royal golf Club nun.
Sape pulak ni??

Nasi lemak ayam bakar.huh..comot pinggan..x sedar..

Mee hoon sup..Best!panas-panas..

Pilihan Cik Abangku..nasi kerabu daging bakar. Best juga!


Kejap lagi, lepas Tiha dan hubby balik,nak pergi kenduri kawin anak jiran kat sini pulak..Kesian pulak kenduri dalam hujan..tapi, tak pelah..hujan rahmat tu..:)

Hari Isnin ni pulak Insyaallah turun KL sebab nak ambil barang anak yang kat KLIUC tu..Alhamdulillah, kejap je dia dah pun habis buat Dip. Arch dia..:)

Tu lah serba sedikit celoteh akak yang suka berceloteh ni...Salam mesra buat semua. Moga kebahagiaan sentiasa bersama kita dan insan-insan yang kita sayangi..
Wassalam.

Friday, October 21, 2011

Siapa ke 400?

Assalamualaikum.

Rupanya dah 399. Agaknya siapalah yang ke 400 ye..Tak sabar nak kenal..:-))
X kiralah siapa pun nanti. Salam perkenalan dan terimakasih pada semua..
tak lupa juga buat yang 399 orang tu juga ye.
Moga kita dapat jadi rakan blogger yang baik..:-)


 Selamat bercuti dan berbahagia bersama insan tersayang ye!

Petua kesihatan

Assalamualaikum.

Gambar hiasan-google
Dalam dunia perubatan seringkali kita dikaitkan dengan perubatan cara barat yang dikatakan moden dan berkesan. Namun harus kita ingat, kita juga mempunyai perubatan cara kita sendiri, yang diamalkan oleh orang tua-tua kita, yang saya lihat mereka adalah jauh lebih sihat daripada kita hari ini. Mereka tidak punya alat-alat moden tetapi masih mampu hidup sihat dan awet muda. Mereka tidak mengalami kesan sampingan seperti yang dialami oleh perubatan moden. Sepatutnya kita cuba belajar dari orang-orang tua kita ilmu kesihatan ini, bukan sekadar dijadikan jalan terakhir andai perubatan moden tidak berkesan.

Telah jelas kepada kita, perubatan-perubatan tradisional mempunyai kesan yang mujarab terhadap penyakit-penyakit, bukan sekadar menutup penyakit tersebut tetapi menyembuhkan mereka sama sekali. Contoh jelas, perubatan cina (sensei), akupuntur, ayurveda dan perubatan melayu telah berjaya menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden, seperti darah tinggi dan kencing manis. Jadi jangan kita lepas pandang dan melupakan ilmu yang ada pada orang-orang tua kita, kelak ia lenyap ditelan masa, kitalah jua yang kerugian.

Berikut merupakan serba sedikit petua-petua untuk dikongsikan:


BUANG AIR BESAR BERDARAH
Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.


LEMAH RASA BADAN

Ambikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.


KELEMUMUR

  • Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.
  • Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.
  • Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.


MELICINKAN BETIS

Ambilkan limau nipis dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.


DEMAM SELSEMA

Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.


RAWAT TUMIT RETAK

Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.


KUDIS API

Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah untuk memastikan kejayaannya.


ELAKKAN TANGAN MELEPUH

Sebelum membuat kerja berat seperti mencangkul, hancurkan dua atau tiga biji bawang merah. Kecil atau besar. Setelah itu, lumurkan pada tapak tangan. Lakukanlah kerja yang dimaksudkan tadi. InsyaAllah, tangan anda akan terelak dari melepuh.


GIGI LEBIH KUAT

Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.


MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA

Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.


TERLEKAT CECAIR GETAH DI RAMBUT

Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi pekat. Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah. Kemudian terus menyikat. Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa sakit atau kesan di kepala anda..


TERSELIUH DAN LEBAM

Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.


UBAT SEMPUT

Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (is mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.


BENGKAK KAKI WAKTU HAMIL

Satu cara mengatasinya ilah campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawalah tiga kali. Seelok-eloknya disapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..


DEMAM KUNING

Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.
Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu..


MENAMBAH AIR SUSU

Daun turi muda direbus ketika mengandungkan bayi menyebabkan ibu akan mempunyai air susu yang banyak bila anak berkenaan dilahirkan..


SAKIT KEPALA

Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala..


SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR

Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya..


URAT BETIS TIMBUL

Bagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa melahirkan anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang hijau (jangan bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai kacang itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat dari api itu. Biarkan dingin. Makanlah setiap pagi dan sebelum tidur malam. Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi boleh menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit. InsyaAllah.


DEMAM CAMPAK

Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).


RUAM PANAS

Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya..


BERAK BERDARAH

Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh.

 Kredit :koleksi petua

Kongsi info menarik

  • Assalamualaikum.
  • Mata Akak dah ngantuk sebenonya ni, tapi sempat lagilah nak kongsikan info menarik ni ngan korang. Bacalah ye..:)
  • Kelapa paling besar di dunia boleh dapat hanya dekat Kepulauan Seychelles yang mana ianya terletak di Lautan Hindi. Berat kelapa ni kalau tak silap dalam 22kilogram. Dan khasiat dalam coconut ni lima kali ganda berbanding air kelapa biasa yang dekat kampung atau kiosh tepi jalan.
  • Mao Te Tsung tak pernah berus gigi sepanjang hayatnya. Beliau menggunakan air teh untuk berkumur dan mengunyah daun teh mentah untuk bersih gigi. Padan lah dia senyum tak tunjuk gigi pon. -__-
  • Dekat Turki, warna yang melambangkan kesedihan dan kepiluan adalah warna PURPLE. Warna ni memang juga menjadi tempat berkabung dekat Turki. Pelik naaa
  • Di Albania, menggelengkan kepala maksundnya "YA" tapi kalau mengganguk tanda "TIDAK"
  • Ikan emas adalah satu-satunya ikan yang boleh nampak cahaya inframerah dan ultraungu.
  • Purata sebatang pensil boleh melakar garisan lurus sepanjang 56km dan menulis 50'000 perkataan. Di Amerika, depa buat hampir 2000 batang pensil setahun. Jika semua pensil tuguna untuk buat garisan lurus, dianggarkan ia boleh buat bulatan mengelilingi bumi seanyak sembilan kali, kite je tak sedor.
gambar atas tu IKAN PORPOISE, gambar bawah tu DOLPHIN
  • Porpoise adalah sejenis ikan paus yang bermuncung dah seakan-akan Dolphin. Tapi ikan ni boleh berenang dalam bulatan secara perlahan-lahan ketika tidur. Dan menurut sumber, ikan Porpoise ni spesis ikan yang terkecil diantara spesis ikan-ikan paus lain. Dan ikan Porpoise ni jugak lebih pandai dari Dolphin.
  • Di Papua New Guinea, setia kampung-kampung di tempat ni jaraknya hanya tiga kilometer diantara satu sama lain tapi setiap penduduk di kampung itu menggunakan bahasa yang berlainan dan adat yang berlainan walaupun duduk atas satu tanah.
  • Kapal terbanag dilarang sama sekali terbang diatas bangunan Taj Mahal. Apa tah lagi nak mendarat. Hehehe.
  • Berus gigi pertama di dunia dicipta di CHina pada tahun 1498.
  • Bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Tak silap aku dia paling pantas di dunia. Jim ni berupaya membaca 2000 patah perkataan dalam masa seminit.
  • Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan guna mata. Hebat! 
  • Banyak lagi..sila ke ..
  •  :-Jelly bean blog

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday

What can u see from this photo?

Tuesday, October 18, 2011

Sharing is caring..

Assalamualaikum.

Kata orang..Sharing is caring..dan..Kebahagiaan akan datang apabila kita sudi berkongsi kebahagiaan dengan insan lain..sebenarnya hari ni, Ariana hanya nak kongsi sedikit kegembiraan dengan rakan sekerja..kerani kat tempat Ariana mengajar..yang Ariana anggap seperti adik sendiri..
Bukan lah hadiah yang besar atau mahal..hanya sebiji kek sempena hari jadinya.


Selamat hari jadi buat ...
SIS NURUL HUSNA BT YAHYA.


Moga dengan bertambahnya usia Nurul akan bertambah-tambah rezeki, kebahagiaan dan rahmat dari Allah.


ole ole dari China

Assalamualaikum.
Ariana hanya nak ucapkan terimakasih pada Encik suami yang tengah demam tu..sebab belikan " ole-ole "
untuk Ariana dan anak-anak.. Apapun semoga cepat sembuh buat abang..yang susah sikit nak makan ubat tu..Kena makan ubat, kalau tak macamana nak sembuh selsema dan batuk tu..hehe..Macam budak -budak pulak,.. Kitorang tak sabar nak keluar jenjalan dan makan-makan ni...:)
Satu untuk Eisya..satu untuk Umi..Eisya tu sanggup bagi duit raya dia utk beli..:)
Tiha dok main game, walaupun nak exam..huh..

Untuk berwangi-wangian.hehe



Sebenarnya,,kat China, biasa lah..harganya agak murah, tu yang boleh beli dua tu, kebetulan pula pergi dengan kontraktor berbangsa China..so lagilah senang nak tawar menawar.. Ariana percaya, sesiapa pun ke sana takkan lepas kan peluang membeli nikan..:)

Sunday, October 16, 2011

Bestnya balik kampung

Assalamualaikum
Selamat berhari minggu pada semua sahabat yang disayangi.

Alhamdulillah, .Home sweet home

Alhamdulillah, Ariana selamat sampai dirumah jam 12.00 tengahari tadi dari kampung halaman yang dirindui selalu, Temerloh..yang nama timang-timangannya " bandar ikan patin". Mungkin ada yang pernah dengar dan amat menggemari ikan patin Temerloh ni..Yum..yum..semalam pun Ariana sampai rumah Ma, terus ke dapor dan makan gulai tempoyak ikan patin yang Ma masak..Amboii sedapnya..dua kali tambah makan nasi
tau..lebih-lebih lagi, masakan airtangan bonda tercinta..yum..yum..



Timekasih Ma, yang dah tau sangat selera anak sulung nya ni, sampai-sampai, terus terhidang...
Sayang Ma..dan alhamdulillah, hilang sejenak kerinduan pada Ma..:-))
Dan tak lupa terimakasih, pada adik ariana Ju, yang menjamu nasi ayam nya kat gerai nya malam tadi..
" Zura Nasi ayam" yang terletak di Temerloh Jaya. Tapi, sayang tak sempat nak snap gambar kat gerai nasi ayamnya...tapi, memang bestlah nasi ayam Ju..kalau balik Temerloh, memang singgah makan.

Oleh kerana balik pun tak lama, lagi pun petang ni, ( Ahad ) Cik abang Ariana pun akan tiba dari China, maka tak dapat lah singgah kat " pekan sari Temerloh  ", yang mana pekan sari ni, kalau tak silap, merupakan pekan sari yang paling panjang di sekitar Negeri Pahang tau..Barang-barang kat sini, jangan kata lah..semuanya ada..sebut je nak apa..ikan pekasam, pucuk-pucuk ulam, tikar mengkuang, keris dan barang lama pun ada kadang-kadang tau..macam-macam tau..! Kalau pergi memang seronok, berjam lah dihabiskan kat stu..tambahan pemandangan nya yang cantik, terletak dipinggir sungai Pahang..kalau nak try naik bot pun boleh..hehe..
Itu lah serba sedikit tentang kampung halaman ku..:) Kalau nak ikutkan memang banya lagi, satu hari pun x habis bercerita.

Akhirnya sebelum bertolak balik ke Kuantan, singgah sekejjap kat rumah sorang lagi adik ariana..dia ni pun blogger tau..Kalau free, jemput lah singgah..ke blog adik ariana ni,  http://wassalamzultie.blogspot.com/
Kat rumah Ati ni, banyak ambil gambar..sebab ada kandang arnab..seronok lah anak-anak Ariana Tiha dan Eisya posing kat tepi kandang tu..Ariana pun sama. Arnab merupakan spesis binatang yang cepat membiak..mula-mula Ati cuma suka-suka je, tapi sebab sekarang dah banyak, maka Ati pun buat keputusan untuk jual atau tolak saja pada sesiapa yang berminat nak beli..ye lah..sampai dah tak habis makan..buat sate pun sedap juga, dan ada yang beli untuk dipelihara suka-suka pun ada..
Siapa yang berminat, nombor talipon pun ada terpampang kat gambar tu ye.
Isya siap minta nak bela arnab..tapi, sori lah..x sanggup ..huhu
 ok lah..Jom kita layann gambar..
Sebenarnya geli geleman gak nak pegang mulanya..dah lama ok lah..
Tiha pun nak pegang jugak baby bunny..
Ha..ni lah Tuan arnabnya..MUIZ
Sangat cute..gerammm
Kangkung..makanan kegemaran bunny
Senangnya kat kampung..x payah beli, semua ada..:)
Seronok melawat rabbit farm.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink