Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, October 1, 2011

Selamat berjaya dalam UPKK 2011

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Assalamualaikum sahabat semua.

Kebelakangan ini, memang tuan rumah blog " Ariana " ni agak jarang menulis..
Apatah lagi berkunjung ke blog sahabat semua..sebenarnya ingatan pada sahabat masih kuat..hanya masa 
dan keadaan yang tidak begitu mengizinkan buat masa ini.
Insyaallah, ada peluang nanti Ariana akan berkunjung..

Good luck buat Eisya ku..!   

Kali ni, Ariana hanya ingin menitip doa buat anaknda Ariana, Nur Aisya Asyikin Bt Zahari 
ummi dan abah sentiasa mendoakan..
serta ramai lagi rakan-rakannya yang juga merupakan murid Ariana di An Nadwah Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, kuantan yang akan menduduki peperiksaan UPKK ( Ujian penilaian Kelas Kafa) pada hari Isnin ini bersamaan 3hb Oktober. Peperiksaan ini berjalan serentak diseluruh Malaysia. Semoga semuanya akan dipermudahkan Allah untuk menjawab dengan baik setelah berusaha selama ini.Insyaallah, semoga semuanya akan berjaya dengan cemerlang, kalau boleh biar lah dapat  8A ye..Isya! Ummi cuma dapat mendoakan Isya je. Selebihnya Isya kena buat sungguh-sungguh..Ingat..baca Bismillah, selawat dan mohon pertolongan banyak-banyak dari Allah.
 ummi yakin Isya mesti boleh ye sayang..

Esok..Ahad  ( 2hb 10) ada program gotong royong di masjid kami..Tapi, rasanya tak dapat lah Ariana nak turut serta sebab belum baik betul lagi batuk dan selsema yang menyerang ariana ni..Mohon maaflah dari kengkawan..Kalau tak kerana keuzuran ni, memang Ariana takkan suka-suka mengelakkan diri dari program ni yang jarang-jarang diadakan..Insyaallah panjang umur, lainkali Ariana pasti akan turut sama.
Akhirnya Selamat berhari minggu buat semua dan terimakasih banyak bagi yang masih sudi singgah ziarah di blog Ariana ye..
Satu pesanan yang dapat Ariana kongsikan ialah..Hargailah insan yang menyayangi kita semasa ada ni.., kerana hanya mereka lah harta kita yang paling berharga yang Allah pinjamkan buat kita bagi menemani serta mewarnai hidup kita yang sementara didunia fana ini.
 Wassalam.

4 comments:

mas saari said...

good luck utk eisya...
moga berjaya dengan cemerlang!

ariana said...

Esya kata: T.kasih banyak auntie Mas..:-))

Kaz said...

Good luck utk Eisya yg manis menawan. Dan smg cepat sembuh sepenuhnya utk Kak Ariana.

halila Ibrahim said...

Good Luck eisya ..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink