Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, October 4, 2011

Indahnya memaafkan dan menahan marah

 Assalamualaikum.
Moga perkongsian ilmu ini dapat memberi manafaat buat kita bersama.


"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)
Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)

Nabi pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)

"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". 
(al-Nuur: 22)
- Artikel iluvislam.com

8 comments:

mama maman aka yana said...

hati mama tercebis hitam.. marah yg menyakitkan ulu hati dan menyentap urat2 jiwa.. allahuakbar... mmg mama nih lemah selemah umat nabi

Sunah Sakura said...

thanks akak untuk perkongsian ni.. :)

ariana said...

Mama Maman: akak pun sama..tengah didik hati untuk memaafkan seseorang..memang lemah sungguh iman didada ni..baru sikit org buat kat kita dah rasa x boleh nak pandang dia lagi..huhu

ariana said...

Sunah sakura: sebenarnya lebih kepada pesanan untuk diri sendiri yang serba kekurangan ni.

aizamia3 said...

memang marahkan seseorang lama dah tapi kini sedang belajar untuk cuba menerima dia dan memaafkan dia..

ariana said...

Ai: baguslah tu..cubalah pujuk hati dan beri kemaafan..:)

Kaz said...

Tq Kak Ana for the sharing. Mmg bkn senang nak memaafkan seseorg namun kita perlu mencuba utk mendapat keredhaan Allah.

SITI NOARIZAH ARIS said...

PERKONGSIAN YG SGT BAIK...TQ !!

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink