Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, October 22, 2011

Jalan-jalan ..cari sarapan.

Assalamualaikum.

Selamat bersantai bersama family buat semua rakan. Di Kuantan, pagi ni hujan sejak tengah malam tadi lagi.
Ye lah..sekarang pun dah hujung bulan 11 , memang nak dekat musim tengkujuh dah. Hari ni, mood happy..:-).
Apa tak happy, orang Pahang dapat cuti lama tau..sempena keputeraan Sultan Pahang, bersambung pulak ngan Deepavali. Hari Khamis baru start keje. Tu yang seronok tu..Dengan keadaan hujan sekejap- sekejap.., jadi cuaca pun x panas. nyaman rasa.Pepagi lagi dah keluar sarapan ngan anak-anak, simple je..nasi lemak ngan mee hoon sup. Lepas tu antar Tiha ke kelas tuition dia. Hubby pulak terus g meeting kat Royal golf Club nun.
Sape pulak ni??

Nasi lemak ayam bakar.huh..comot pinggan..x sedar..

Mee hoon sup..Best!panas-panas..

Pilihan Cik Abangku..nasi kerabu daging bakar. Best juga!


Kejap lagi, lepas Tiha dan hubby balik,nak pergi kenduri kawin anak jiran kat sini pulak..Kesian pulak kenduri dalam hujan..tapi, tak pelah..hujan rahmat tu..:)

Hari Isnin ni pulak Insyaallah turun KL sebab nak ambil barang anak yang kat KLIUC tu..Alhamdulillah, kejap je dia dah pun habis buat Dip. Arch dia..:)

Tu lah serba sedikit celoteh akak yang suka berceloteh ni...Salam mesra buat semua. Moga kebahagiaan sentiasa bersama kita dan insan-insan yang kita sayangi..
Wassalam.

6 comments:

Makbed said...

sedapnye bihun sup~

ariana said...

Makbed: nak-nak tgh panas..mmg best sgt mee hun sup..:)

Anonymous said...

Assalamualaikum Ariana,

Bestnya nampak nasi kerabu tu.

Kak Ani kalau ke Kuantan adik kak ani selalu bawa kami ke Tanjung Lumpur. Banyak makanan terengganu kat situ.

Kalau malam kami ke Tanjung Lumpur untuk makan ikan bakar.

~izan~ said...

Akak,bestnyer pagi2 kuar sarapan kat luar,kalau izan,dgn nak hangkut yg kecik2 ni mmg haru dan lambat kemain nak siap.

mmg musim hujan kan kak.sbb tu suami izan xsmpai2 lg dari laut.

slmt bercuti pjg akak =) semog akak dan family hepi selalu...

Pak Tam said...

Salam. Senang-senang jalanlah kegerai kuih saya

klik


Gerai Karipap Panas Wangsa Melawati@ karipappanas.blogspot.com


macam-macam ada. semua sedap.

aizamia3 said...

malam tadi pasar malam, mintak en. suami belikan bihun sup.. dah dapat bila makan tak kena pulak dengan tekak.. huhuhu.. :(

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink