Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, October 13, 2011

Ubat hati

Gambar google
Assalamualaikum.

Ingin sekali kukongsikan bersama catatan berguna ini..Untuk semua dan untuk diri sendiri terutamanya..
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:


  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

    • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
    • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
    • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
    • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
    • ini hanya diantaranya..sebenarnya banyak lagi cara lain..terpulang pada anda.
    sumber:iluvislam

    2 comments:

    Kaz said...

    Salam kak Ana, tq di atas peringatan ni. Sbg manusia biasa, sekuat manapun kita, adakalanya hati ini tidak tenang dan merasa gelisah. Syukurlah kita ada Allah utk terus mengadu.

    Kalamhati said...

    mekasih kak ariana..=)

    T.kasih sudi klik sini

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink