Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, July 30, 2012

Salam 10 Ramadhan

Assalamualaikum.

Hari ni Akak cuma nak kongsi pesanan dari Rasullah yang amat menyayangi kita, ummatnya..
Alangkah indahnya kehidupan kalau kata nasihat ini dituruti..

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Janganlah kamu dengki-mendengki dan janganlah kamu benci-membenci, dan janganlah kamu intai-mengintai / mencari (kesalahan) dan janganlah kamu berlawan-lawanan dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". -Riwayat Imam Muslim

Tapi, memang ramai..kat tempat kerjalah..jiran lah, kawan-kawan lah..
yang sengaja mencari-cari kesalahan kita,suka cari pasal orang kata..jadi, pesan untuk diri juga, 
sempena bulan yang mulia ni, ayuh kita berhijrah..
hijrah perangai tak elok kita kepada elok..
Insyaallah.

Selamat berpuasa..
Kalau gi Bazar Ramadhan tu, jgn lah semua nak dibeli..
Jgn membazir kerana membazir tu kan sahabat syaitan..

Gambar kenangan tahun lepas ..berbuka kat padang MPK Kuantan. Tahun ni x sempat lagi..


Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday ( mee ketam untuk ifthar)

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan.



Gambar kat atas tu, bukan khemah jemaah di Mekah ye, tapi khemah bazar raya di Temerloh,Phg..Menarikkan..


 Assalamualaikum.


Salam Ramadhan al mubarak buat semua rakan blogger yang Ariana sanjungi..Hari ni dah hari ketiga kita menjalani ibadah puasa, disamping ibadah lain yang " sepackage" dengannya seperti solat tarawih , bertadarus dan banyak lagi..
Asalkan kita rajin dan mahu menambah pahala kita di bulan yang mulia ini.

Pada Ramadhan pertama baru ni, Alhamdulillah Akak berpeluang berbuka puasa bersama Bonda tersayang di kampung, terubat sedikit kerinduan pada Ma yang baru saja pulang dari menunaikan umrah pada minggu lepas. Banyak lah cerita yang dikongsikan ngan anak cucunya kisah di Turki dan di Makatul Mukarramah.

Ramadhan ke dua pula, berbuka puasa di kafe UMP, sambil menghantar anaknda pulang ke hostelnya, tak sempat nak masak sebab baru balik dari Temerloh, so sempat lah menikmati suasana membeli belah diBazar Ramadhan Kolejnya..seronok juga, dalam ramai2 student, terselit juga " auntie n Uncle" ni hehe..

Ok lah setakat ini dulu, Insyaallah jumpa lg..

Friday, July 13, 2012

Berakhir satu lagi debaran..

Assalamualaikum.

Hari ini, 13hb.7.2012 berakhir satu lagi debaran...

Sebagai ibu..apa lagi , kalau bukan pasal anak2..hehe
Dari dalam kandungan, dok berdebar tunggu baby lahir, dah lahir berdebar nak jadi ibu muda, macamana nak jaga, nak mandikan baby yang masih sebesar tapak tangan tu..huhu

Sampai lah anak masuk tadika, sekolah rendah dan menengah.., macam-macam yang mendebarkan hati seorang ibu..UPSR, PMR, SPM..hinggalah ke peringkat seterusnya..memang takkan habisnya..

Itu lah pun yang berlaku keatas diriku..

Syukur, Alhamdulillah, hari ni berakhir satu lagi debaran akak menunggu keputusan anak akak yang sulung, Nasyira untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah dlm bidang architecture.

Kalau ada yang membaca atau terbaca blog akak ,ada kisah akak menemani Syira interview di 3 IPT hari tu.. .waktu tu Abahnya out station, akak lah yg menggalas tanggungjawab sepenuhnya..
tengok kat sini 

Syukur Alhamdulillah, hilang rasa penat, dan debaran hilang sudah..

UIA..

disitu lah nanti tempatnya anak akak Syira akan meneruskan perjuangannya selama 3 tahun lagi..bermula pada bulan September ini, Insyaallah.
Tahniah yaya!..Umi yakin Yaya memang  boleh..

Kenangan sesi temuduga tempohari
Menunggu giliran dipanggil..
Atas jalan pun jadi..Ummi sanggup, demi ank2.. 
 Syukur, syukur Ya Allah.

Thursday, July 12, 2012

Walaupun jauh beribu batu

Assalamualaikum.

Syukur dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, walau pun jauh beribu batu namun terasa begitu dekat sekali..
Manakan tidak, walaupun Bonda kesayangan ku berada nun jauh di Istanbul, Turki dalam lawatannya kesana, dan terus menunaikan ibadah umrahnya selepas itu, hampir setiap hari kami anak-anak di Malaysia mengetahui perkembangannya bersama adikku Zaiti dan suaminya , Khaled samada melalui sms telefon, maupun melalui kiriman foto di  " whats app" adikku Zaiti.

Rasa lega dan tumpang gembira bila melihat gambar-gambar mereka yang dikirimkan..jelas kelihatan Ma yang begitu seronok dan alhamdulillah, kesihatan Ma pun baik, makan pun berselera...Malah Ma dapat mengikuti semua aktiviti lawatan yg disediakan.
Insyaallah mereka akan pulang ke Malaysia pada hari Sabtu ini, 14hb Julai.2012 jam 9.00malam.

Tak sabar rasanya nak bertemu mereka, terutama Ma yang dirindui..tentu banyak kisah menarik selama mereka berada dibumi anbia' dan tanah suci Mekah.

Rugi kalau tak di abadikan gambar kenangan mereka selama disana di dalam blogku yang tak seberapa ini..hehe..
Sebenarnya banyak gambarnya, ini hanya sedikit di antara yang menarik untuk dikongsikan . 
Jom tengok..
Ada rezeki, teringin sungguh nak menjejak kaki kesana..

Mudah-mudahan akan segera mendapat undangan dari Allah..

Ma di atas feri menyeberangi Sungai Bhosporus, Istanbul.

Subhanallah..lautan luas terbentang indah..

Semuanya berselera menikmati juadah disana..

Ma di hadapan Masjid yang berusia 600 tahun.

Mesti teringat nakbeli untuk anak cucu sbgai cenderamata ni kan Ma..hehe

Ma, Khaled dan Dik Zaiti..Cantiknya pemandangan kat belakang..

Ni lah hotel Ma menginap.

Dik dan Khaled. Nampak tak masjid kat belakang..berdiri gah sekali..

ni macam kat pasar je..
Ok lah, setakat ni dulu.
Wassalam.

Monday, July 9, 2012

Rabun teruk

Assalamualaikum.

Selamat bertemu kembali rakan blogger yang disayangi. Dah lama tak up date blog dan jenjalan ke blog lain..biasa lah..dengan kesibukan mood yang turun naik ni...hehe

Pada hari Sabtu baru ni, pergi amik anak dara dari KMP, bawa dia untuk buat cermin mata baru..punya lah cuainya anak dara sorang ni, boleh jatuh kat dalam tandas cermin mata lama dia...huhu
Menurut Tiha dia sangkut kat baju cermin tu, tak tau macamana, sedar-sedar dah jatuh..selamat kat dalam tu..huhu.

Sebenarnya, bukan tak boleh buat yang baru, tapi kerosakan mata Tiha ni agak lain sikit..bukan senang boleh ganti macam tu je, sebab dia bukan rabun biasa..kornea matanya dah disahkan rosak dan tak berhenti membesar..jalan yang terbaik hanya lah operation..cuma doktor kata kena tunggu umurnya dalam 21 tahun baru boleh buat pembedahan tu..jadi buat masa ni, kena tunggu dan pakai " hard lenses" bukan contact lense biasa..

Kalau nak ikutkan, tak de " power" yang sesuai untuk Tiha..Tiha memang rabun teruk..tahap silau dia je pun dah mencecah 800...tapi oleh kerana dia dah masuk kolej dan agak susah nak pergi jumpa doktor ( kena buat appoinmet dulu), jadi untuk sementara waktu ni, boleh lah buat cermin dulu...itu pun jenuh nak cari yang sesuai ngan mata Tiha..

Harap dapatlah Tiha belajar dengan baik lepas ni, untuk sementara waktu..nanti kita pergi lah jumpa doktor pakar ye..
Jom layan gambar masa nak buat cermin mata tiha..sempat lagi tu..hehe



Budak Eisya mengada..nak sgt pakai cermin ke?

Curi ambik gambarTiha tgh test cermin..

Tu dia..banyaknya alat..

Macam2 brand ada..Carlo Rino pun ada..ingat beg tangan je ngan kasut je..hehe

Gambar akak x boleh ambil besar2..parut chicken pox masih ada..huhu

Cuba baca ni..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink