Assalamualaikum.
Syukur dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, walau pun jauh beribu batu namun terasa begitu dekat sekali..
Manakan tidak, walaupun Bonda kesayangan ku berada nun jauh di Istanbul, Turki dalam lawatannya kesana, dan terus menunaikan ibadah umrahnya selepas itu, hampir setiap hari kami anak-anak di Malaysia mengetahui perkembangannya bersama adikku Zaiti dan suaminya , Khaled samada melalui sms telefon, maupun melalui kiriman foto di " whats app" adikku Zaiti.
Rasa lega dan tumpang gembira bila melihat gambar-gambar mereka yang dikirimkan..jelas kelihatan Ma yang begitu seronok dan alhamdulillah, kesihatan Ma pun baik, makan pun berselera...Malah Ma dapat mengikuti semua aktiviti lawatan yg disediakan.
Insyaallah mereka akan pulang ke Malaysia pada hari Sabtu ini, 14hb Julai.2012 jam 9.00malam.
Tak sabar rasanya nak bertemu mereka, terutama Ma yang dirindui..tentu banyak kisah menarik selama mereka berada dibumi anbia' dan tanah suci Mekah.
Rugi kalau tak di abadikan gambar kenangan mereka selama disana di dalam blogku yang tak seberapa ini..hehe..
Sebenarnya banyak gambarnya, ini hanya sedikit di antara yang menarik untuk dikongsikan .
Jom tengok..
Ada rezeki, teringin sungguh nak menjejak kaki kesana..
Mudah-mudahan akan segera mendapat undangan dari Allah..
Ma di atas feri menyeberangi Sungai Bhosporus, Istanbul. |
Subhanallah..lautan luas terbentang indah.. |
Semuanya berselera menikmati juadah disana.. |
Ma di hadapan Masjid yang berusia 600 tahun. |
Mesti teringat nakbeli untuk anak cucu sbgai cenderamata ni kan Ma..hehe |
Ma, Khaled dan Dik Zaiti..Cantiknya pemandangan kat belakang.. |
Ni lah hotel Ma menginap. |
Dik dan Khaled. Nampak tak masjid kat belakang..berdiri gah sekali.. |
ni macam kat pasar je.. |
Ok lah, setakat ni dulu.
Wassalam.
10 comments:
salam kakAna..lama sunggoh No xjenguk sini...blog No pun dh naik sawang huhu...
SubhanALLAH...sejuk nye tengok kat sana kan..insyALLAH kak..No pun teringin gak nk p sana..mudah2an berkat doa kite dimurahkan rzk...amiiiiin
semoga semua dapat ke sana dengan izin Allah,,,memang sejuk dan tenang mata memandang suasana sana..
nampak keseronokan di wajah mak akak.. insyallah kak, suatu hari nanti kita semua akan ke sana!
beruntung zaman skrg sbb beribu batu jauh pun masih boleh berhubung..
kalau dulu hanya dpt khabar selepas jemaah pulang malaysia kan kak.Alhamdulillah zaman skrg dah canggih.kita pun senang :)
bestkan bila berpeluang ke sana. insyaallah satu hari nanti kita pulak akan ke sana, boleh mengerjakan umrah
oh hoo..seronok nyer...
Bila melihat gambar yg dipapar secara tidak langsung pasti nostalgia kakak di sana akan kembali lagi. Moga kakak diberi peluang lagi-lagi dan lagi...
Syukurlah semuanya sihat utk beribadah..
assalamualaikum ariana...seronoknya dpt jejak kan kaki di tanah suci mekah tu kan...:)
Alhamdulillah..teknologi skarang memudahkan perhubungan..semoga ma akak diberi kemudahan dan kesihatan utk beribadat di sana..=)
Minta Tolong link kan web ini ke Blog anda: www.hambaallah.com
- Boleh copy HTML code dalam web dan link kan ke blog anda. Terima Kasih.
Post a Comment