Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, July 30, 2012

Salam 10 Ramadhan

Assalamualaikum.

Hari ni Akak cuma nak kongsi pesanan dari Rasullah yang amat menyayangi kita, ummatnya..
Alangkah indahnya kehidupan kalau kata nasihat ini dituruti..

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Janganlah kamu dengki-mendengki dan janganlah kamu benci-membenci, dan janganlah kamu intai-mengintai / mencari (kesalahan) dan janganlah kamu berlawan-lawanan dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". -Riwayat Imam Muslim

Tapi, memang ramai..kat tempat kerjalah..jiran lah, kawan-kawan lah..
yang sengaja mencari-cari kesalahan kita,suka cari pasal orang kata..jadi, pesan untuk diri juga, 
sempena bulan yang mulia ni, ayuh kita berhijrah..
hijrah perangai tak elok kita kepada elok..
Insyaallah.

Selamat berpuasa..
Kalau gi Bazar Ramadhan tu, jgn lah semua nak dibeli..
Jgn membazir kerana membazir tu kan sahabat syaitan..

Gambar kenangan tahun lepas ..berbuka kat padang MPK Kuantan. Tahun ni x sempat lagi..


9 comments:

Cik Rose said...

salam 10 Ramadhan, kak.. terima kasih atas perkongsian ni :)

mamyharraz said...

selamat menjalani ibadah puasa utk akk :)

dibulan mulia ni semoga kita dapat muhasabah diri masing2 insyaallah

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Arianna...selg bernama manusia mmg xdpt menghindari sifat dengki mendengki...benci membenci.

Semoga Ramadhan ni akan menginsafkn kita.InsyaAllah.

Kakzakie Purvit said...

Satu motif kakak tak masak cikgu sebab tak nak membazir. Sebab kalau masak ada lebih tak ada siapa dah nak makan. Tapi kalau beli bungkus mesti habis punya kan.. sebab ikut selera masing-masing.

Rina Rahamat said...

salam 10 ramadhan utk akak jugakk..


semoga kita semua sentiasa ingt pesan Rasululullah s.a.w ni..kalau betul-betul ikut misti aman damai dunia

mas saari said...

saya pun teringin nak berbuka kat padang MPK tu, nampak meriah sangat!

Marlina Mohtar said...

mesti seronok kan kak berbuka di padang ramai2 mcm tu :) tak pernah lagi kami ni berbuka di luar ramai2 mcm tu....teringin juga nak berbuka kat padang hehe

NzA said...

semoga kita sama2 muhasabah diri dan menghindari dr melakukan kesilapan yg tidak sepatutnya.....

Sejak puasa ni sy masih blm trgerak hati ke PARAM......

nekcik said...

kena lah kita ni banyah mendengar dan membaca ilmu ilmu ugama untuk membersihkan hati hati kita ni..insyaallah

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink