Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, July 9, 2012

Rabun teruk

Assalamualaikum.

Selamat bertemu kembali rakan blogger yang disayangi. Dah lama tak up date blog dan jenjalan ke blog lain..biasa lah..dengan kesibukan mood yang turun naik ni...hehe

Pada hari Sabtu baru ni, pergi amik anak dara dari KMP, bawa dia untuk buat cermin mata baru..punya lah cuainya anak dara sorang ni, boleh jatuh kat dalam tandas cermin mata lama dia...huhu
Menurut Tiha dia sangkut kat baju cermin tu, tak tau macamana, sedar-sedar dah jatuh..selamat kat dalam tu..huhu.

Sebenarnya, bukan tak boleh buat yang baru, tapi kerosakan mata Tiha ni agak lain sikit..bukan senang boleh ganti macam tu je, sebab dia bukan rabun biasa..kornea matanya dah disahkan rosak dan tak berhenti membesar..jalan yang terbaik hanya lah operation..cuma doktor kata kena tunggu umurnya dalam 21 tahun baru boleh buat pembedahan tu..jadi buat masa ni, kena tunggu dan pakai " hard lenses" bukan contact lense biasa..

Kalau nak ikutkan, tak de " power" yang sesuai untuk Tiha..Tiha memang rabun teruk..tahap silau dia je pun dah mencecah 800...tapi oleh kerana dia dah masuk kolej dan agak susah nak pergi jumpa doktor ( kena buat appoinmet dulu), jadi untuk sementara waktu ni, boleh lah buat cermin dulu...itu pun jenuh nak cari yang sesuai ngan mata Tiha..

Harap dapatlah Tiha belajar dengan baik lepas ni, untuk sementara waktu..nanti kita pergi lah jumpa doktor pakar ye..
Jom layan gambar masa nak buat cermin mata tiha..sempat lagi tu..hehe



Budak Eisya mengada..nak sgt pakai cermin ke?

Curi ambik gambarTiha tgh test cermin..

Tu dia..banyaknya alat..

Macam2 brand ada..Carlo Rino pun ada..ingat beg tangan je ngan kasut je..hehe

Gambar akak x boleh ambil besar2..parut chicken pox masih ada..huhu

Cuba baca ni..

13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kesian juga cikgu kalau tak buat macam mana dia nak belajar/berjalan dan semuanya. Macam anak ke dua kakak tak boleh lepas cermin sebab itu kakak ada 2 spare buat dia. Pernah sekali masa main bola terpatah itulah punca papa dia terus buatkan spare... dua simpan di rumah satu dia guna kat asrama.

♥MAMASYAZA♥ said...

power cermin mata saya pun dah dekat 300. kalo tak de cermin mata, mmg susah le saya ni

mun said...

uiii teruk juga rabunnya ye... huhuhu

BERT said...

bergaya ngan spek baru la raya ni huhu

TiranaAduka said...

Salam sis..
Jika di renung...
sedikit NIKMAT telah di tarik...
Untuk kita merenung kembali...
Maafkan tirana jika terkasar..
salam kenal dari Tirana Aduka

maszull said...

assalamualaikum hazana...macam mana la boleh jatuh dlm jamban tu kesian nyer...:)

Munn Jaafar said...

power sy pun tinggi kak.. blh kanan 750 +silau 175..blh kiri sama masalah ngn tiha :(

Unknown said...

wow tinggi yer power silau Tiha...papa mifz pernah jumpa customer yg silau tinggi maksimum pun -5.00 jer...

Unknown said...

is dulu suka sungguh pakai spek yang xde bingkai tu.. bagi orang nampak macam xpakai spek.. hehe

tapi semuanya mempunyai sejarah tragis.. sesuai dengan ketidak sopanan is jugak nak menjaga spek tu.. ada sekali masa solat, letak hujung kepala, orang depan pijak... (xfikir panjang letak hujung kepala yang mana kat depan ada orang solat lagi)

pastu letak kat bahagian lutut atas sejadah la... ni pun antara idea2 kreativ jugak, is sendiri yang masa nak sujud tu terrrrrr... ouch!

dan banyak lagi insiden2 yang tragis.. last2 buat ynag berbingkai.. tahanpun.. hehe

Aine Ainun said...

teruk rabunnya ye...

saya pon rabun, rabun jauh..
makin lama makin teruk rasanya...

aizamia3 said...

sebelum ni en. suami ai tak pakai cermin mata tapi sebab setiap hari outstation dan menyukarkan pandangan diwaktu malam, maka cermin matalah sebagai pelengkap mata beliau sekarang..

scha cha said...

so, tiha ada pakai hard lens x?
ada org ckp pakai hard lens nie boleh baiki power+silau..
mcm nk try, bleh x tlg kontek sy? :D

Unknown said...

saye da 800..same la kite
bru umur 14

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink