Pada 25hb februari baru ni, anak Ariana, Tiha n Yaya telah berkesempatan menyaksikan Konsert Maher Zain yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, anjuran INTEAM RECORD. Ariana x dapat turut sama kerana beberapa sebab yang x dapat di elakkan, namun begitu Ariana dah pesan suruh snap gambar banyak-banyak untuk dikongsi di ruang blog Ariana ni..terutama buat followers Ariana...jom kita tengok..:)
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamulaikum.
Sunday, February 27, 2011
Friday, February 25, 2011
HAPPY BIRTHDAY, MY LOVE..!
Hari ini, 25hb.2.2011...genap 17 tahun usia seorang lagi puteri kesayangan ku..Rasa seperti baru semalam ummi melahirkanmu, menatap wajah comelmu dengan penuh rasa kasih sayang dan diiringi dengan seribu doa dan pengharapan untuk melihatmu menjadi seorang anak solehah yang patuh dan tahu menjaga tatasusila serta akhlak mulia seorang muslimah.
Happy birthday, sweet seventeen to my dearest daughter...NUR FATIHA SYAHIREEN BT ZAHARI....(my TIHA).
gelagat Tiha ngan umi |
Inilah my Tiha..:) |
Moga Tiha akan berjaya didalam hidup, dunia dan akhirat. itulah saja harapan ummi dan abah. Tiada kami meminta apa-apa selain kebahagiaan dan kesejahteraan hidupmu, puteri kesayangan kami, lambang kasih sayang kami. Ingatlah perjalanan hidupmu yang masih panjang..berpeganglah pada tali Allah sentiasa dan ingat pada balasan syurga dan neraka. hanya itu yang akan menjadi benteng buatmu dalam menempuh gelombang hidup ini, biarpun bila kami sudah tiada lagi didunia ini nanti, anakku.. we love you so much...Allah bless you always..amin..yarobbal alamin..
Pelbagai tips
1) CARA MENGILATKAN PERHIASAN KRISTAL: Caranya amat mudah dan menjimatkan. Cuma ambil kulit kentang yang lembab dan gosokkannya pada bahagian luar kristal. Kemudian biarkan selama sehari. Kesokan harinya barulah dicuci dan dibilas dengan air sejuk. anda akan dapati hasilnya amat menakjubkan.
2) MENGILAT BARANG PERHIASAN TEMBAGA:
Ramai yang menghadapi masalah dalam menjaga barang perhiasan tembaga. Ini kerana jika ia tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan barangan tembaga menjadi kusam dan berkarat. Oleh itu, untuk menjaga barangan tersebut agar kembali berseri, cuba lah tip berikut dengan merendamnya didalam air beras selama beberapa jam sebelum mencucinya dengan kain lembut.
3)MENGHILANG BAU BUSUK PETI AIS:
Petua ini boleh dicuba untuk menghilangkan bau busuk apabila kita membuka peti ais. Ambil 3 atau 4 ketul kecil kayu arang, letakkannya didalam peti ais, terutama ditempat yang menjadi punca baudi setiap tingkat peti ais.Biarkan sehingga bau itu hilang. Anda juga boleh meletakkan kulit nanas yang telah dikupas untuk menghilangkan bau didalam peti ais anda. SELAMAT MENCUBA!.

Labels:
Tip
Thursday, February 24, 2011
kena tinggal...:(
Ariana dalam mood sedih ni..apa taknya,pagi tadi hubby bertolak ke K.L, dan pukul 5 petang tadi dah pun berlepas ke Jakarta bersama rombongan kawan-kawan sekerjanya dari UIA. Semoga selamat pergi dan balik semula kepangkuan kami...Ariana tak pesan apa-apa pun,cuma suruh hubby ambik gambar banyak-banyak sikit..since Ariana dah terjun ke dunia blogging ni, bolehlah ariana tepek gambar tu kat sini nanti. hehe.Dan yang lainnya..tentulah iringan doa moga semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Allah. Memang itulah doa dari semua para isteri untuk suaminya...tak dapat hadiah atau ole-ole pun takpe..(tp biasanya dapatlah sikit-sikit kot,,,buah tangan ) setiap kali mereka ni pergi "out station" tu..kalau takde lansung mencuka pulak wajah-wajah para isteri yang ditinggal ni..betul tak..Hai abih macamana nak jadi isteri solehah kalau mcm ni..??
Petang tadi juga ariana dah belikan tiket untuk anak ariana si fatiha tu..ke K.L nak tengok Konsert Mz tu lah..tiket pukul 2.30 ptg esok..sedang eloklah dia sampai Syah Alam dan ditunggu oleh kakak dan Anjang nya Hazamin (in team).Ok lah...takat itu saja dulu coretan Ariana petang ini..Ariana doakan pada insan-insan yang ariana sayang ni dan korang semua juga..semoga kita semua beroleh keberkatan, dipermudahkan segala urusan kita dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini...
Kenangan kami di Melaka,bandar bersejarah.. |
wajah-wajah kepenatan.... |
Insan kesayanganku.. |
lagi insan kesayangan..Fatiha n abahnya. |
Ari + Ana = Ariana..:) |
Eisya yang manja.. |
Labels:
ceritaku
Kongsi Info..
Resepi sudah, kisah family pun sudah, gambar family pun dah banyak..hari ni Ariana cuma nak berkongsi sedikit info menarik buat tatapan teman-teman semua..Ariana ambil ni dari majalah "dara.com"keluaran karangkraf..bagus juga majalah ni rupanya..macam-macam ada..bukan ariana punya ni..anak dara ariana lah yang punya..hehe..selagi ianya membawa manafaat apa salahnya..
1.Planet Pluto mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.
2. Kebanyakan debu yang beterbangan dirumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
3.Kandungan emas dilaut adalah 200 kali ganda berbanding didaratan.
4. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalanraya sepanjang 96,000 km.
5. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam sehari.
7. Tekanan jantung manusia mengepam darah adalah cukup kuat sehingga setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
8. purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam, sementara itu hidung pula dikatakan boleh mengenal pasti lebih 10,000jenis bau yang berbeza.
9. Matahari memiliki tenaga yang cukup untuk menerangi bumi bagi tempoh lebih dari 5 juta tahun lagi.
10. Setiap kali kita melangkah kehadapan, kita sebenarnya telah menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
wow..macamtu rupanya..subhanallah dan wallahua'lam.
Tuesday, February 22, 2011
Rugi tak dapat tengok konsert MZ..
Ariana rasa dah ramai yang tahu pada hujung minggu ni, iaitu 25 dan 26hb Feb ni, konsert MZ...MAHER ZAIN lah..akan diadakan di Shah alam.Kebetulan ianya anjuran Inteam Record yang mana adik ariana salah seorang (Hazamin) lah tu..ahli kumpulan nasyid tu..adik Akak ...cewahh promote sikit..:) So..bolehlah bodek tiket free dari dia..Konsert yang pertama dulu dah tak berpeluang untuk pergi, ingat kan konsert yang ini bolehlah pergi..tapi sayangnya pada tarikh tersebut hubby ariana pula Out station nun di Jakarta...Tak best lah kalau dia x de,,lagipun,,nampak macam x berapa nak kasi je kalau ariana just pergi dengan anak-anak..huhu..Padahal Min dan isterinya Yan kan ada sama..rasa rugi juga x dapat pergi ..dah lah tiket orang sudi sponsor..tapi bila fikir nak jadi ISTERI SOLEHAH lah konon..(Aminn..mudah-mudahan..) so..terpaksalah Ariana melupakan saja hajat tu..lagipun sedar diri..umurpun dah banyak..so biarlah orang-orang muda saja yang pergi..Bincang-bincang balik dgn hubby, oklah kita hantar wakil ajelah..memang wakil tu pun nak sangat-sangat pergi...siapa lagi kalau bukan anak dara Ariana dua orang tu..si Nasyira dgn Fatiha.Bukan main gembira lagi mereka..Syira yang kakak tu akan tunggu di Syah Alam..adiknya Fatiha pula sanggup naik bas sorang-sorang dari Kuantan..Cuma yang tinggal masalah nya sekarang kenalah Ariana pandai-pandai memujuk si bungsu Aisyah supaya tak ikut kakaknya...tak berani lagi nak lepaskan sikecik tu..(padahal dah darjah 5)..hehe..bungsulah katakan! Nanti sampai kat sana Anjang mereka( Hazamin) akan tunggu bersama-sama yang lain..Tak pelah..mungkin ada masa dan peluang lain kali Ariana akan pergi..Kalau Mz datang malaysia lagi..Tapi bab yang bestnya menurut Yan isteri Min..DATOK SITI NURHALIZA pun dah beli 2 tiket konsert tu..nak g dgn Datok Khaled lah agaknya tu..Rugilah kau sekali ni ariana..padan muka..hehe!! Pesan buat anakku..Yaya n Tiha tu, jangan lupa snap gambar banyak-banyak ekk..nanti boleh Ummi masukkan blog Ariana ni..ok...
Monday, February 21, 2011
entri yang membosankan..?
Baru lebih kurang 2 bulan lebih aje Ariana cuba-cuba masuk kedunia berblog ni..bak kata orang baru setahun jagung..Dulu hanya mendengar cerita dari kawan-kawan dan saudara mara..entah macamana satu hari..terbuka pintu hati nak mencuba lah..ketuk mengetuk dashboard komputer ni..maka terciptalah..ARIANA'S STORY NI..
Dalam tempoh masa yang amat singkat ni, memang Ariana mempunyai dua pandangan..satu memang BEST GILERR...sebab dapat expressi diri, bercerita dan berkongsi serba sedikit tentang diri Ariana..tapi dalam pada tu banyak juga benda baru yang Ariana dapat tahu dari membaca blog orang lain..dari situ lah Ariana dapat tahu..tentang macam-macam...blogwalking palsu lah..spammer lah..Rupanya tanpa sedar kita pun boleh jadi seorang spammer ekk? Dan satu benda lagi yang ariana perasan rupanya Ariana banyak bercerita dan kongsi gambar-gambar famili atau kisah peribadi ariana diblog ni..dan Ariana ada terbaca satu komen ni ( di blog orang lain) rupanya kalau asyik cerita tentang diri kita je,,(kecuali kalu kita ni artis atau somebody..) orang boleh jadi BORING..Hai..nampaknya lepas ni kena lah Ariana perah otak dan share macam-macam perkara lain nampaknya ye..:)
Tapi..bila fikir-fikir balik..tak kiralah apa pun orang nak kata..yang penting Ariana rasa bahagia dan puas dengan apa yang Ariana buat..bukan tujuan Ariana berblog ni nak suruh paksa orang suka atau follow, tapi bila ada orang follow dan sudi nak berkawan tu, tak dinafikan memang rasa happy sangat..hehe:) Apa pun pada yang follow atau sekadar singgah membaca tu, Ariana ucap T.kasih dan memang amat hargai, terutama macam ada sorang tu ( nuriz)..rupanya followers dia punya lah ramai dah dan site dia memang hebat ..tapi, tak sombong dan sudi follow Ariana yang serba kekurangan ini..T. Kasih sekali lagi..Ariana ni ibaratnya...SAYA BUDAK BARU BELAJAR, KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN..:)

Saturday, February 19, 2011
kolamku dah kering...
Pada hari cuti baru-baru ini..my hubby telah menghabiskan cutinya dengan begitu rajin sekali..hehe..Actually dah lama dia bercadang nak cuci our swimming pool..tapi x berkesempatan sebab terlalu bz..Yelah..dah begitu lama tak bersihkan kolam tu..memang sesekali kena juga..pas tu bagi lah kolam tu "rest" beberapa minggu kot..sampailah masa rasa nak penuhkan balik kolam tu dengan air..atau at least bila anak- anak dah " rindu" balik nak swimming atau berendam..atau bila hampir cuti sekolah..sebab bila time cuti je lah anak-anak buah Ariana akan datang menziarah sambil " terjun" kolam..hehe..
Biasanya Ariana masukkan gambar kolam yang penuh dengan air..tapi kali ni..kolam kering pulak..yelah musim kemarau lah katakan..Tu kalau nak isi air balik makan masa 3 hari..tapi nak buang sekejap je..sib baik lah kadar bayaran bil air tak setinggi bil elektrik..:), Biasanya dalam lebih kurang rm 80 je..lagi pun jarang- jarang aje tukar airnya,,cuma my hubby kenalah rajin cuci pam atau " vacum" kolam..Sian dia..nak suruh anak-anak semuanya anak dara..sebabtu ramai yang mampu tapi takut-takut nak bina swimming pool ni kat rumah, salah satu sebab nak maintain tu lah..
Tapi my hubby cakap x lah susah sangat sebenarnya..kena kerap vacum je..Ye lah kalau bagi orang yang berminat tu memanglah kata senang, tapi bagi sebahagian orang..ada yang kata cerewet dan malas nak buat kan..Tepuk dada tanya lah selera..Cuma kelebihannya bagi Ariana masa berkumpul ramai- ramai amat seronok dan boleh mengeratkan kemesraan...maklum kalau di kolam awam tu.. bagi family Ariana susah sikit dan malu sebab semua anak dara.. hehe..
Di bawah ni pula.. beberapa keping gambar semasa kolam dipenuhi air...
Begini lah rupanya kolam Ariana yang dah kering..:) |

Thursday, February 17, 2011
Tetamu itu rezeki..
sila..jangan segan.. |
Sempat posing..anak beranak je ni.. |
Tuan rumah yang lebih- lebih..hehe..
Silalah menjamu selera..
Hadis- hadis nabi banyak menyebut tentang memuliakan tetamu..bahkan dikatakan tetamu yang berkunjung ke rumah kita itu sebenarnya membawa rezeki buat tuan rumahnya...
lepas berenang, naik makan ye..!
Kanak-kanak riang.. |
Itu gambar suasana hari raya aidil adha baru-baru ini, semua yang datang tu bukan orang lain pun, adik beradik dan anak saudara sebelah suami ariana..mereka memang suka berkunjung secara beramai-ramai..,meriah gitu..:)
Add caption |
Jemputlah makan apa yang ada... |
Kenangan yang sempat di abadikan bersama:) |
Labels:
ceritaku