Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, May 31, 2012

Kemana cuti kali ni?


Assalamualaikum.

Cuti sekolah dah bermula. Tentu ramai yang dah merancang atau dah pun sampai kedestinasi percutian impian masing-masingkan..memang bagus sesekali bawa family melancung ni, tak kira lah kemana pun sebab ianya boleh merapatkan lagi hubungan seisi keluarga.

Tapi,
Bagi Akak cuti kali ni, tak kemana-mana..sebab " tak cukup korem". hehe. kan anak kedua akak Fatiha baru je seminggu memasuki Kolej matrikulasi, so..kalau nak kemana-mana pun tak best lah sebab dia tak de.

Tak pe lah..mungkin lainkali,Tunggu Fatiha pun cuti juga baru best. Akak tepek je lah sikit gambar kenangan akak semasa bercuti baru ni..

Kepada kawan-kawan diluar sana yang sedang atau akan bercuti tu, Enjoy ye..Selamat bercuti..dan Take care diri anda dan insan-insan tersayang.

JAUH BERJALAN, LUAS PANDANGAN..
SAKSIKAN LAH KEHEBATAN DAN KEKUASAAN ALLAH DALAM PENCIPTAANNYA.
TOL DI BEIJING, CHINA


Hotel kami di Beijing.

Pemandangan Bandar Beijing dari atas flight


Kenangan di Tangkuban Perahu, Bandung
Ni pula kesesakan pinggir bandar Bandung dr bilik hotel

Mengapa air hujan buat kita demam

Mengapa Air Hujan Buat Kita Demam
Dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang, kadang panas dan kerap juga hujan turun dan ramai juga yang mudah terkena demam jika terkena air hujan. Ketika kita kanak-kanak emak selalu pesan " jangan main hujan nanti demam!" jerit si emak hingga kedengaran sampai kehujung rumah jiran sebelah.

Kenapa ya kalau terkena hujan kita akan demam? Sebenarnya apa yang membuat kita demam adalah kerana perbezaan suhu pada tubuh kita. Apabila kita terkena hujan, biasanya bahagian kepala yang  kebasahan ia akan menjadi lebih dingin berbanding bahagian tubuh yang lain. Sebab itu kadang kala kita akan rasa pening apabila terkena hujan.

Namum jika seluruh badan kita yang terkena hujan, tidak mengapa pula, kita tak akan demam.

Ini kerana tubuh kita menpunyai suhu yang sama. Tambahan pula jika kita bermain dalam hujan, tubuh kita akan menjadi panas. Dengan itu badan kita yang panas boleh menahan suhu sejuk yang disebabkan air hujan.

Jika kita terkena air hujan, maka kita harus mandi, lebih bagus jika dapat mandi dengan air panas, agar suhu kita menjadi stabil. Tekanan udara yang rendah seperti hujan, mendung dan kelembapan tinggi adalah punca menyebabkan kanak-kanak mudah terkena demam.

Oh macam tu rupanya..:-0


Sunday, May 27, 2012

Lulus test..tuah kasut tembikai ?

Assalamualaikum.

Banyak perkara berlaku dalam seminggu ini..antaranya settlekan urusan2 yang berkaitan anaknda Fatiha yang akan memulakan pengajiannya di Kolej Matrikulasi Gambang, dalam bidang sains, esok..Isnin bersamaan 28hb Mei.2012.

Alhamdulillah, dalam seminggu dua, banyak hal yang dapat dibereskan..antaranya, Tiha berjaya mendapatkan lesen bagi motsikal. Legaa..sebab mana tau kalau nak guna motor lepas ni, taklah bimbang lagi sebab dah ada lesen..:)

Ni lah kasut tembikai Tiha
Akak sempat menemankan Tiha waktu dia ambil lesen baru ni..Mulanya suspen jugak, sebab Tiha ni jenis yang agak mudah gelabah juga..huhu , kemudian dengar pulak, orang2 kat situ cakap yang tester hari ni sangat " straight" dan susah nak luluskan orang..Akak hanya berdoa je lah..kalau nak kena ulang ambik kan payah juga lagipun tak de masa dah sebab Tiha dah nak mula belajar, rupanya dengan izin Allah..mood tester tu pun baik hari tu, siap ambil gambar kasut Tiha..dan tegur,,berapa kilo tembikai tu? mulanya Tiha tak perasan , apalah yang ditegur dek tester tu..rupanya kasut dia..hahaha..
Apapun syukur..lepas satu.

ni masa berlatih..masa test yg betul2..x berani nk amik gambar..huhu

." Tester" pun manusia biasa juga..ye tak..Selain tuah kasut Tiha..memang Tiha dah buat yang terbaik sebenarnya hari tu..kalau tak mana boleh nak tolong..ramai yang jadi saksi hari tu..hehe. Tahniah Tiha!

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday (saya bukan kembar)

Sedang buat eksperimen lah..hehe

Jangan marah ye..:-)

Sunday, May 20, 2012

Selamat hari Guru

Assalamualaikum.

Walau pun hari guru dah berlalu pada 16hb Mei yang lalu, di Sekolah Akak baru menyambutnya semalam..
So, akak tepek kan juga beberapa keping buat tatapan semua. sebagai tanda penghargaan dan terimakasih akak kepada semua murid yang akak sayangi..

Sebelum tu..ni adalah beberapa ungkapan kata-kata indah yang akak terima sempena hari guru baru-baru ni..dan akak tujukan pula kepada semua para pendidik diluar sana yang telah banyak berjasa tak kira diperingkat mana..sejak kita bayi, ibu bapa kita merupakan guru terawal..diikuti pula guru sekolah kebangsaan, Sekolah Menengah, Kolej hingga lah ke " U ". Terimakasih Cikgu! Bah kan Arwah Ayahnda Akak dulu pun merupakan seorang guru juga..Al fatihah buat beliau.., kini empat orang dari adik beradik Akak turut mewarisi bidang perguruan ini..Moga segala usaha kita dalam mendidik akan beroleh pahala ibadah dari Allah. InsyaAllah.

GURU..
DALAM AJARNYA ADA HARAPAN,
DALAM TEGURNYA ADA DOA,
DALAM MARAHNYA ADA SAYANG,
DALAM DIAMNYA ADA BIJAKSANA,
BERBAHAGIALAH INSAN..BERGELAR GURU..

G: GUNUNG DAN LAUTAN SABAR DIREDAH,
U: UNTUK MENABUR BAKTI DAN KERINGAT,
R: RANJAU DAN DURI TENANG DIHADAPI,
U: UNTUK MELAHIRKAN INSAN KAMIL DUNIA DAN AKHIRAT. 


Persembahan koir dari murid " Guruku tersayang"

Pelajar sedang asyik menyaksikan persembahan murid dan guru2 mereka..:)

Guru kena baca IKRAR..

Bergambar kenangan dgn kwn2..

Timekasih..

Terimakasih, Syukran! Hadiah dari murid tersayang..Macam-macam ada..:-)



Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday ( operasi bersih )

Akhirnya...dah lama sgt simpan ni..hari ni kasi BERSIH..
Masa ni lah nak cari org.." surat khabar lama"..ehh..buku lama lah...hehe

Tiha bersemangat nak duit poket lh katakan..

Bukan tak nak blog walking..

Assalamualaikum.

Bukan akak tak nak blogwalking ke blog kengkawan..terutama yang baik budi dan rajin singgah ke blog akak.
Tapi..macam yg akak beritau minggu lepas, modem akak terbakar waktu ribut petir minggu lepas..nak kena tukar baru sebab dah habis gerenti, mahal juga tau..tak silap dalam dua tiga ratus juga..kebetulan hubby baru beli modem baru yang boleh bawa jalan dan cucuk kat lappy tu..Tapi..

Rupanya..jenis ni punyalah slownya..bukan takat slow lagi..lemmmbap..sekarang baru lah akak tahu macamana..bila org kata tenet slow..sebab selama ni yang akak pakai sebelum ni, jarang menghadapi masalah..lajuu je..huhu

Aduyai..kenapalah kau slow sgt..huhu




Akak dah buat baik2 dan pujuk2 hubby suruh ganti yang lama tu juga,,baru lah puas nak BW dan up date entri..Nampak dia macam sudi nak layan permintaan wife dia ni.., cuma katanya, nanti lah..tengoklah dalam bulan depan ke..hehe..TQ Abang for being understanding n sporting morting..:))

So..sabar je lah dulu..sementara tunggu dia ganti yg lama..hehe

Tuesday, May 15, 2012

I love you too..

Assalamualaikum.

Semalam merupakan hari penuh bermakna buat diriku..
Berbunga-bunga didalam hati ku..
Sesekali bersulam jua rasa terharu disudut hati kecilku..
semuanya kerana buah hatiku,
semuanya kerana permata hati ku..
Terimakasih diatas ingatan..dan ucapan kalian..
Buatku rasa terharu..
 
Umi love you too..My princess..Yaya, Tiha n Eisya
Kad sebagai tanda ingatan dari 3 org puteriku sempena hari ibu semalam,benar2 menyentuh hati kecilku..

Umi pun sayang kalian..muahh..

 SELAMAT HARI IBU..

Istimewa buat Bondaku, Zainab Bt Rashid.
Juga buat semua ibu-ibu cemerlang dan solehah diluar sana..
Moga Allah merahmati hidup kita semua,dunia dan akhirat.

Wednesday, May 9, 2012

Wordless wednesday ( Allah melihat apa yang anda buat)



Assalamualaikum.

"wordless" yg tak berapa wordless..hehe
Cuba teka kat mana gambar diatas diambil?

Penjualnya hanya bertawakal kepada Allah..Dalam dunia yang penuh penipuan ini, si penjual masih percaya pada..kejujuran dan kebaikan sekeping hati manusia..

Siapa nak beli,ambil dan bayar..:-)
Walaupun harga barangan nya tak seberapa.., namun Ariana seolah tak percaya bahawa masih ada insan yang begitu pasrah...

Terkenang pula Ariana kepada insan yang kehilangan selipar atau kasut dimasjid...
berbeza pula halnya disini..apakah si pencuri " memilih" tempat atau lokasinya? 
Fikir-fikirkan....


Gambar diatas diambil di......

~
~
~
~
~
~
Salah satu IPTA diKuala Lumpur.

Monday, May 7, 2012

Dah terbakar..

Assalamualaikum.

Malam Jumaat baru ni, lebat sungguh hujan, kilat sabung menyabung..berapa kali akak terkejut dek bunyi petir dan guruh. Teringat pesanan hubby, kalau hujan tutup wifi tu..Akak jeling juga ke arah komputer dan modem wifi tu..nampak dah tutup, takde api menyala dah..Akak pun relak lah.Terus buat hal lain, solat dan tengok TV.

Pas tu dalam pukul 9.00 lebih, hubby suruh buka internet..sekali anak akak Yaya kata, dah buka, tapi tak ada api pun..Maknanya something wrong lah tu..huhu.. Bila hubby pergi tengok..sah..memang takde..ni mesti kena panah petir waktu hujan lebat tadi..
Huh..nampaknya memang nak kena "slowdown" lah berfb dan berblog..kat h.set akak ni memang boleh, cuma tak sama macam kat lappy atau komputer. Nak jenjalan kat blog kawan-kawan pun susah..dah lah kecik..

Ada rezeki, tunggu hubby ganti modem kat rumah tu lah..tapi, tak silap akak mahal jugak..huh..sabar jelah.

Ni pun akak singgah kat opis hubby, tumpang menyebok ..update blog kat sini..hehe.
So, sori lah..akak menyepi lah beberapa waktu ni..tapi, akak akan cuba singgah juga guna h.set kecik akak ni..:)



Jumpa lagi. wassalam.

Friday, May 4, 2012

Kena tinggal, interview Yaya, tanggungjawabku.

Assalamualaikum.

Lamanya akak tinggalkan halaman blog kesayanganku ini.. dan rindunya nak menziarah ke blog kawan2.
Dalam seminggu akak berdiam diri dari dunia blog, sebaliknya kehidupan akak di luar sana amat lah hirukpikuk dan dalam keadaan terkejar-kejar sebenarnya..

Secara ringkasnya, buat pertamakali akak terpaksa "paksa" diri, beranikan diri demi anaknda kesayangan..,Kenapalah saat Abahnya tiada kerana out station ke Jakarta, saat tu pulak Yaya, ank akak mendapat panggilan interview ijazah architecture nya ke IPTA, bukan satu, malah tiga sekali..memanglah bersyukur sangat, cuma, akak tak de pilihan lain, terpaksa menggalas tanggung jawab sebagai mak dan ayah sekali..Tak pernah akak drive dari Kuantan ke Kuala Lumpur sorang2, ( selalunya ada abang disisi). lepas tu kat bandar KL pun terpaksalah beranikan diri, disamping doa banyak2 ( dalam hati punyalah gedebak gedebuknya) dan akhirnya tawakal pada Allah..mintak Allah permudahkan semua urusan kami..

Dengan langkah kanan dan Bismillah,bermulalah perjalanan kami bertiga beranak je..akak, yaya dan sibungsu eisya.( macam org nak gi perang pulak..hehe) Hari Sabtu interview di UKM, Bangi, hari Ahad di UITM, Shah Alam..kemudian hari Selasa tu kan cuti sempena hari buruh..kami rehat2 je dirumah adik akak di USJ. Timekasih Yin, bagi tumpang bermalam dan kami siap buat macam rumah sendiri je bila Yin balik kekampung cuti hari pekerja tu..hehe.Kemudian, interview Yaya yang terakhir ialah di UIA, Gombak pada hari Rabu tu..

Alhamdulillah, bila selesai interview Yaya yang terakhir tu, hilang semua migrain akak..rasa macam ringan bahu akak yg sebelum ni macam ada batu kat atas bahu..huhu.Syukur sangat..dan tak tau macamana dengan akak yang tak pernah memandu di bandaraya KL sebelum ni, boleh dapat kekuatan dan keberanian untuk drive..dan yang paling akak syukur sekali, tak de lah pulak kami tersesat jauh...cuma ada satu je insiden, yang mana akak nyaris mengakibatkan dua buah motor dari terlanggar akak bila akak stop secara tiba-tiba di persimpangan masa nak perhati jalan mana yang nak di ambil..kesian sungguh kat penunggang motor tu, maaf banyak2 dan memang salah akak..mujurlah penunggang motor tu pun cekap dan sempat mengelak..huhu

Demikian lah serba sikit kisah akak yang dapat dikongsikan..pada yang sudi..:)
Sebenarnya,perjalanan musafir kali ni, walaupun tak jauh dan tak lama sangat, tapi kesannya amat mendalam dan banyak yang dapat akak ambil sebagai pengajaran..kena berdikari dan tak bergantung sepenuhnya pada suami.. dan satu yang akak percaya, bila ingat Allah ada disisi..itu merupakan satu kekuatan buat akak..dan perjalanan kami ni sebenarnya tak de apa sangat pun jika dibanding dengan kesusahan2 yang banyak berlaku keatas insan lain diluar sana..dan perlu sangat-sangat akak bersyukur pada Ilahi..

Firman Allah "oleh itu terimalah apa yg aku kurniakan kpdmu dan jadikanlah dirimu drpd org-org yg bersyukur" -Al a'raf:144

Syukur..syukur Ya Allah,

Jom layan gambar yg sempat akak abadikan sebagai kenangan yang tak kan dilupakan..

p/s- Dalam gedebak gedebuk jantung tu, sempat juga akak melayan budak eisya ajak gi I-city ngan Putra Jaya..nanti akak sambung cerita ngan gambarnya..


Ni temuduga di UKM

suasana di UKM

Nasib baik boleh on 9..tak lah bising jemu bdk Eisya

Menunggu..pengorbanan seorang ibu..

Yaya..tengah berdebar tu..tunggu giliran dipanggil.


Nasib baik tak meragam sorento ku..hehe

kembara

Ni pula kat UIA

Senarai nama..ada tu.no 19

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink